Kita telah mengetahui sedikit sebanyak berkaitan 'working memory' - WM dalam tulisan lalu. Hari ini kita bincang adakah WM mempengaruhi 'agressive shooting behaviour' - atau 'tingkahlaku langsang menembak'.
Sebenarnya - kejadian pihak penguatkuasa tersalah tembak orang awam bukanlah perkara baru. Ia dilaporkan dalam banyak laporan. Antaranya seorang kulit hitam yang tidak bersalah telah ditembak oleh polis kulit putih di Amerika tahun 1999. Juga dilaporkan bahawa ada kecenderungan untuk menembak banyak berlaku dalam situasi persekitaran budaya masyarakat yang tidak selamat dan banyak jenayah.
Dalam kes pemuda kulit hitam tertembak mati - ia berkemungkinan berlaku kerana otak menggelintar dengan teruk. Orang kulit hitam sering dikaitkan dengan jenayah. Otak mungkin perlu memproses banyak hal termasuk prejudis yang mengaitkan jenayah orang kulit hitam. Dalam persekitaran yang banyak jenayah - otak kita juga mungkin terpaksa memproses banyak maklumat lain. Ia memproses situasi bahaya yang terpaksa dihadapi.
Bahasa yang mudah untuk difahami orang awam - kalau anda ke masjid, anda berasa tenang kerana anda tahu tiada siapa yang akan memeras ugut anda. Ia berbeza kalau anda berjalan di Lorong Haji Taib - ada seolah-olahnya hal yang tidak kena. Ada ancaman di situ. Inilah pekerjaan WM memproses situasi.
Semua ini adalah proses membuat keputusan - yang diasaskan oleh WM. Dan semua kejadian tersalah tembak ini dimasukkan dalam kategori 'agressive shooting behaviour'.
Berasaskan kepada andaian ini Kleider & Parrot (2009) membuat satu kajian berkaitan dengan tindakan agressif menembak. Mereka membuat kajian makmal. Orang yang tinggi dan rendah WM diukur dengan satu ujian yang ditadbir komputer. Subjek kajian ditunjukkan slide menunjukkan orang yang memegang senjata - sebagai bahaya, dan orang yang tidak - sebagai tidak bahaya. Kerana slide ini diubah-ubah secara pantas, subjek kajian juga perlu membuat keputusan dengan cepat sama ada menekan butang 'tembak' atau 'tidak menembak'.
Apa hasilnya?
Didapati orang yang rendah keupayaan WM mengambil keputusan untuk menembak. Ia bukan berlaku secara automatik - tetapi pada peringkat kognitif. Keputusan untuk menembak juga tidak membezakan sama ada keadaan itu terancam atau tidak. Walaupun tidak terancam, mereka menembak juga.
Sebaliknya, ini tidak berlaku kepada orang yang tinggi WM.
Apa yang anda faham dari kajian ini? Apa yang cuba anda simpulkan dari kejadian-kejadian tersalah tembak.
Pada masa depan - bagi agensi yang berkaitan, selain lulus akademik atau ujian fizikal, seseorang yang akan diterima berkerja patut juga lulus ujian WM. Ia melibatkan hal dalam otak. Hal pemprosesan maklumat dan membuat keputusan.
Kerana tugas polis berbeza dengan pekerjaan lain, yang setiap hari berhadapan dengan bahaya, autoriti dan 'suspicious' - pemprosesan maklumat pada akhirnya ibu kepada segala tindakan.
Kuliah tamat. Sedikit sebanyak anda juga tentu faham apakah kerja ahli psikologi. Mereka bukan hanya ingin mendengar masalah rumahtangga, mereka juga berminat dengan banyak hal masyarakat lain.
Rujukan
Kleider, H.M & Parrott, D.J. 2009. Aggressive shooting behavior: How working memory and threat influence shoot decisions, Journal of Research in Personality, Vol. 43.
Yang Ikut
Friday, 30 April 2010
Thursday, 29 April 2010
Siri kuliah psikologi - working memory
Pernah dengar istilah 'working memory'? - kita ringkaskan WM.
Sebagai orang awam, atau pembaca blog, istilah ini mungkin tidak penting untuk anda. Sebagai penulis blog, aku rasa patut mengkuliahkan hal ini. Siapa yang berminat ambil tahu, boleh membacanya.
Umumnya, 'Working memory is generally defined as a collection of interrelated abilities that enable people to modify thoughts and actions' (Kleider & Parrot, 2009).
Dalam bahasa mudah keupayaan manusia untuk mengubahsuai pemikiran dan tingkahlaku. Inilah sebenarnya ibu kepada proses kita dalam membuat keputusan dan tindakan.
Ketika kita memandu kereta misalnya, kita mungkin berfikir mengenai hal kerja atau barang yang akan dibeli dari pasaraya. Tetapi tangan kita tetap memegang stereng kereta, dan kaki tetap di pedal minyak. Ini satu contoh bagaimana WM kita berkerja yang mampu menyaring kedua-dua hal tadi - berfikir membeli barang (kognitif), dan tingkahlaku memandu kereta (automatik).
Kita juga mungkin besembang dengan rakan-rakan di kedai kopi mengenai perkembangan politik tanahair (kognitif). Tetapi, tangan kita tetap memasukkan karipap goreng ke mulut (automatik).
Apa yang disebutkan itu hanyalah hal mudah. Otak kita mungkin tidak perlu menggelintar dengan teruk. Jadi, banyak tindakan kita boleh berlaku secara automatik sahaja. Ia tidak begitu memaksa WM berkerja. Ia tidak memerlukan proses kognitif dengan banyak. Ia bergantung kepada pengalaman hidup kita.
Bagaimana pun ketika menghadapi peperiksaan misalnya, kita perlu menggunakan WM secara intensif. Kita tidak mampu berfikir atau membuat perkara lain. Kerana ia akan menggangu tindakan (action) kita, misalnya menulis. Jadi tindakan kita (menulis) perlu seiring dengan apa yang kita fikirkan.
Individu pula berbeza dari segi WM. Ada yang baik, ada yang tidak.
Bagaimana pula apabila dalam keadaan berasa terancam? Berasa terancam tidak semestinya ancaman itu semestinya ada. Misalnya, orang yang merasa ada harimau di belakangnya. Bagaimana WM dalam keadaan seumpama itu?.
Begitu juga dalam keadaan berhadapan dengan orang merasa terancam dengan sesuatu, misalnya penjenayah. Bagaimana reaksi mereka. Adakah tindakan mereka dikawal oleh tindakan automatik (spontan), atau dikawal oleh kognitif (sempat lagi befikir). Adakah berbeza di antara orang yang baik tahap WM dengan yang tidak dalam hal seumpama itu.
Sekiranya mereka mempunyai senjata - adakah orang yang WM rendah akan cepat-cepat menembak dibandingkan dengan orang yang tinggi. Atau kedua-duanya sama sahaja. Kalau sama, tentulah maksudnya tidak semua tindakan manusia berlaku secara spontan. Ia mungkin dipengaruhi personaliti atau karektor seseorang.
Itulah topik kita.
Kita sambung.

Tuesday, 27 April 2010
Kuliah Psikologi: Personaliti polis
Anda tentu telah mengetahui kisah seorang remaja berusia 15 tahun mati ditembak anggota polis kerana disangka penjenayah. Kita tidak mengulas hal itu. Kita bincang hal psikologi.
Personaliti polisI
Sebelum kita mulakan, ada baiknya kita tahu dulu apa yang dikatakan 'personaliti polis'. Hal ini sebenarnya banyak dibincangkan oleh ahli psikologi dan sosiologi apabila merujuk kepada kerja-kerja anggota polis. Kerja polis berbeza dengan pekerjaan lain.
Polis dikatakan mempunyai dua jenis 'personaliti kerja' - iaitu autoriti dan bahaya - merasa tidak selamat. Autoriti merujuk kepada taat dan patuh kepada arahan, dan juga merujuk kepada ketekalan mereka untuk menegakkan undang-undang. Keduanya - mereka juga sentiasa berhadapan dengan bahaya dan perasaan tidak selamat. Ia bukan hanya pada waktu kerja. Di luar waktu kerja pun mereka merasa tidak selamat.
Bagi memenuhi sifat kerja itu (penegak undang-undang dan hidup dalam bahaya), mereka sentiasa menjadi manusia yang suspicious. Suspicious ini bukanlah hal tidak baik. Anggota polis yang cekap perlu sentiasa menjadi manusia yang curiga. Kalau semua orang dilihat sebagai orang baik - sukar untuk mereka menegakkan undang-undang. Curiga juga merujuk kepada situasi dan tempat. Sifat suspicious ini mungkin tidak diperlukan dalam pekerjaan lain.
Selain curiga, polis juga dikatakan lebih autoktarik, tidak terbuka dan konservatif. Mereka tidak mudah menerima pandangan orang lain. Ia mungkin logik. Kalau semua anggota polis bertingkahlaku seperti pekerja khidmat sosial yang hanya tersenyum berhadapan dengan orang ramai, tidak ada orang yang akan takutkan mereka. Bahkan, perompak juga akan menyamun setiap minit di hadapan mata.
II
Kecurigaan dan bahasa tubuh.
Terkait dengan sifat pencuriga itu - ialah 'cues' atau isyarat bagi mengenal pasti orang yang bersalah. Latihan dalam hal 'cues' ini dikenali sebagai 'Reid Method'.
Apakah Reid Method?
Sebenarnya - dalam bidang kepolisan ada satu latihan yang diberikan bagi membolehkan mereka mengesan kesalahan seseorang. Latihan ini dinamakan 'Reid Method'. Metod ini berasaskan kepada andaian bahawa manusia yang melakukan kesalahan atau bersalah boleh dikesan dengan melihat bahasa tubuh mereka - 'non-verbal cues'. Anggota tubuh ini termasuklah senyuman, pertuturan, pergerakan mata, pergerakan tangan dan sebagainya.
Dikatakan orang yang bersalah akan menunjukkan kelakuan yang pelik. Misalnya senyum yang lebih kerap, atau senyum dalam bentuk yang bukan dalam kebiasaannya. Apabila bercakap, mereka berhenti (pause) dalam tempoh yang lebih lama. Orang bersalah juga bercakap tanpa mahu memandang mata. Semakin kerap tingkahlaku ini, semakin besar potensi seseorang itu dianggap sebagai 'suspek'.
Bahasa tubuh ini diyakini dan digunapakai oleh banyak anggota polis di seluruh dunia. Ia banyak digunapakai dalam penyiasatan. Di Amerika, anggota polis mengenal pasti pesalah dadah dengan menggunakan kaedah ini di jalanraya. Aku tidak pasti di Malaysia. Itu kena tanya rakan-rakan kita yang berkerja sebagai polis.
Bahasa tubuh ini juga digunakan oleh orang awam dalam menilai manusia. Bagaimana pun, kita mungkin tidak begitu terlatih.
III
Adakah isyarat atau reaksi non-verbal ini selalu betul?
Inilah yang sedang hangat dibincangkan dalam kajian psikologi mutakhir ini. Kajian-kajian mendapati bahawa 'bahasa tubuh' manusia adalah tidak sama. Tidak semestinya orang yang 'bercakap-berhenti-bercakap semula' itu orang yang salah. Tidak semestinya juga orang tersenyum dengan cara yang pelik itu penjenayah. Kerana ada orang yang memang berkelakuan begitu.
Ada orang yang apabila dalam keadaan tertekan, akan menunjukkan reaksi ini - walaupun dia bercakap benar. Begitu juga pengaruh budaya. Orang Afrika misalnya - didapati bercakap dengan cara banyak tersenyum dibandingkan dengan orang kulit putih.
Jadi, 'Reid Method' atau penilaian berdasarkan reaksi tubuh mungkin sesuatu yang bukan selalu betul. Dalam psikologi - hal ini dinamakan 'confounding effect'. Hal-hal lain yang menggangu proses penilaian kita.
Sebab itu, sebagai kakitangan awam yang diberikan kuasa dan senjata, mereka perlu lebih berhati-hati. Salah tanggap dalam menilai bahasa tubuh, atau mentafsir petunjuk (cues) boleh menyebabkan kejadian tidak diingini.
Sebagai orang awam pula, kita juga perlu lebih adil walaupun ada hal yang mungkin kita tidak setuju. Kerana kecurigaan itu merujuk juga kepada situasi, masa dan tempat, pelajar itu mungkin tidak menjadi bahan berita kalau mereka melewati jalan itu pada jam 8 pagi, dan bukannya lewat pagi. Mungkin tidak juga menjadi isu besar kalau remaja itu menaiki motosikal dan bukannya kereta. Kemungkinan juga tidak akan ada hal yang berlaku kalau kereta itu dinaiki seorang diri dan bukan berkumpulan.
Kerana semua petunjuk ini mungkin akan melengkapkan penafsiran bahawa remaja tadi mungkin seorang penjenayah, bagi anggota yang tidak cekap dan tidak berpengalaman menilai situasi.
Rujukan
***************************************
1. Skolnick dalam tajuk 'A Sketch of the Policemen's Working Personality' dalam buku Race, Ethnicity & Policing, eds. Rice & White, 2010.
2. Johnson, R.R. 2006. Confounding influences on police detection of suspiciousness, Journal of Criminal Justice, Vol. 34.
3. Robert W. Balch. 1972. "The Police Personality: Fact or Fiction?. The Journal of Criminal Law, Criminology, and Police Science, Vol. 63,
Monday, 26 April 2010
Berakhirnya satu perang
Tahniah kepada calon MIC kerana menang pilihanraya Hulu Selangor. Jangan bersedih pula untuk calon PKR yang tewas.
Inilah politik. Anda boleh berkata apa sahaja. Sesiapa sahaja boleh menganalisis. Hakikatnya, begitulah hasilnya. Politik adalah seni tempur. Pilihanraya adalah medan peperangan. Segala taktik perlu digunakan - yang baik dan yang buruk - kerana dalam peperangan orang hanya inginkan kemenangan. Tidak ada orang mahu seri. Apatah lagi inginkan kekalahan.
Kemenangan ini mungkin sedikit sebanyak mengubat luka moral BN yang telah mengalami kemerosotan, khusus sokongan golongan muda. Sebagaimana rakyat dibelai penuh manja sebelum pilihanraya - dengan bantuan dan lawatan, dengan penyelesaian kaedah segera dan kebajikan - hendaknya itu juga yang akan diberikan selepas pilihanraya. Jangan tunggu 3 atau 4 tahun lagi.
Untuk PKR - inilah masanya memperbaiki diri. Terlalu banyak 'politiking' adakalanya merosakkan politik. Gejala melompat parti - menjadikan PKR parti diragui. Ahli politik PKR tidak dilihat sejujur dan seteguh ahli PAS atau DAP. Mereka mungkin sukakan PKR, tetapi ragu-ragu kalau ahli politik itu kemudiannya menjadi anggota bebas. Inilah waktunya menilai semula. Kalau seorang yang keluar parti, tentu ada yang tidak kena dengan orang itu. Kalau setiap hari ada wakil rakyat cabut lari - orang itu tentu tahu ada yang tidak kena dengan parti.
Rakyat - pada akhirnya hanya mengharapkan pilihanraya dan demokrasi yang baik. Sampai masanya sidang parlimen perlu disiar langsung. Setiap parti diberi ruang iklan kempen di media massa. Semua orang bebas bercakap dan menyuarakan pandangan. Semua orang ada peluang menyumbang dan menilai pemimpinnya.

Saturday, 24 April 2010
Esok siapa yang menang?
Pilihanraya sekarang susah untuk diramal. Dua puluh tahun dahulu sungguh mudah. Tak perlu analisis. Sambil gosok gigi pun, kita sudah tahu siapa bakal menang. Sebut sahaja Barisan Nasional pasti menang. Sebut sahaja PAS, semua orang anggap itu parti tok lebai. Parti orang miskin. Parti jumud. Tolak kemajuan.
Masa dulu, kita boleh tahu siapa yang sokong PAS. Boleh dikira dengan jari. Tak perlu kalkulator. Jadi selebihnya, tentu BN.
Itu dulu. Sekarang ini tidak lagi boleh letak 'batang kayu' jadi calon. Tentu kalah.
Ketika aku budak-budak, aku tak faham sangat kenapa orang tampal poster sana sini. Tak juga faham kenapa orang perempuan berbaju cantik datang rumah aku bercakap dengan emak aku.
Peliknya, bila aku besar, keluar universiti, tak ada pula sesiapa yang singgah di rumah aku.
Masa dulu pilihanraya memang satu pesta. Tapi keluarga aku - aku tak pasti mereka sokong siapa. Arwah abang aku masa tu sokong BN. Abang aku yang seorang lagi sokong PAS.
Cuma - beberapa bulan sebelum arwah abang aku meninggal - dia selalu puji MB Kedah yang baru - Ustaz Azizan. Aku tak pastilah dia sudah sokong PAS atau masih lagi BN. Tak penting sangat untuk aku. Abang aku yang seorang lagi - sampai sekarang masih tegar dengan PAS. Jadi - dari segi pembahagian undi - kira balance.
Tahun 1999 - ketika reformasi begitu kuat - ada satu kenduri kahwin di kampung aku. Di rumah Ketua Cawangan PAS. Bayangkan fanatiknya mereka - sampaikan ayer sirap waktu itu semua jadi hijau. Ayer sirap yang merah tak ada.
Sekarang ini - aku rasa yang paling betul kita diam sahaja. Jangan banyak berbalah sangat bab parti. Bila kita berkesempatan undi, kita pangkah. Rasanya sebagai orang muda, kita ada banyak maklumat. Kita baca internet. Kita baca buku. Macam-macam. Kita berbeza dengan mak ayah kita dulu. Pemikiran kita lebih terbuka.
Sebenarnya - orang muda seperti kita - sama ada orang beri ceramah atau tidak, tak penting sangat pun. Aku rasa setiap dari kita, sebaik sahaja ikat tali kasut keluar dari pintu rumah, kita sudah tahu siapa yang akan kita beri undi.
Jadi tak perlulah kita bising-bising sangat. Kita bukan ahli politik pun. Ahli politik pun bukan ambil pot sangat pun dengan kita. Yang mesra sangat tu cuma dekat hari mengundi. Tak percaya? Tengok Isnin ini. Ada tak lagi semua pahlawan parti menjengah Hulu Selangor.
Sokong BN atau Pakatan, sebenarnya bukanlah isu sangat. Janji, kita ada alasan yang kukuh sebab apa kita sokong. Kalau kita rasa dengan sokong BN, kita ada banyak peluang mendapat projek mesin rumput tepi jalan - teruskan sokong. Ada alasan. Kalau rasa sokong Pakatan boleh beri perubahan - boleh juga. Tak ada masalah.
Yang bermasalah ini ialah bila kita dengar orang kampung bergolok berparang cuba tegakkan benang yang basah parti masing-masing. Tanya tahun bila parti yang dia sokong ditubuhkan pun tak tahu. Tanya siapa wakil Adun pun dia tak tahu. Ini yang bermasalah. Sokongan tak berbelah bahagi - tapi tak tahu hujung pakal ini yang merosakkan diri sendiri.

Ini pagi yang penuh derita
Update jam 3.58 petang.
Gigi baru dibaikpulih. Habis AUD 170. Murah juga. Doktor gigi, pemuda Cina berasal Sabah. Orang Malaysia yang sakit gigi boleh jumpa dia. Ada diskaun.
---------------------------
Sakit gigi.
Sakit gigi di Australia paling derita. Anda boleh jadi miskin kalau sakit gigi di sini. Anda boleh jadi kaya kalau jadi doktor gigi. Sebab itu, kalau yang masih ada waktu, selain dari bangun pagi gosok gigi, kena rajin baca buku. Agar jadi doktor gigi. Senang masa depan.
Initial check-up - termasuk x-ray dalam lingkungan AUD 250 = RM 740.00
Mencabut sebatang gigi - lebih kurang AUD 150 = RM 443.
Menampal di antara AUD 324-492 = RM 960 - RM 1455. Itu kalau bahagian depan. Bahagian belakang didarab dua lagi.
Aku termasuk dalam kategori paling mahal - sakit akar gigi. Rawatan' root canal' untuk sekali jumpa dalam AUD 1750 = RM 5177.
Rawatan yang aku pilih? Telan panadol dengan air suam. Selainnya tak mampu lagi.
Sebab itu, jagalah gigi anda sebaiknya. Ia boleh membuatkan kita papa kedana.

Friday, 23 April 2010
Selamat datang ke dunia kami
Kisah jurnal aku yang tak sudah belum sudah. Setelah beberapa hari, akhirnya siaplah draf awal kertas tersebut. Aku menghantarkan kepada supervisor kedua - beliau orang lama. Pakar dalam hal pembungaan bahasa. Sesuai dengan usianya yang sudah lebih 80 tahun. Mungkin lebih tua lagi.
Beliau pula - sebagai orang lama, tenaganya tidaklah seperti kami. Dia mengirimkan email - menyatakan perlu mengambil masa. Setelah beberapa hari, hari ini dikirimkan emel -katanya: "The paper needs a great deal of polishing. I will need until the end of today before I can complete it'.
Ini membawa maksud tulisan aku sangat 'hebat'. Tidak boleh disiapkan dalam masa sehari. Tentulah tatabahasa tunggang terbalik. Ayat mungkin disusun merata tempat. Sesuai dengan cara penulisan 'mee segera'.
Di celah-celah itu - mungkin untuk meredakan semangat aku - yang masih ada dua lagi kertas jurnal sebelum boleh dimuatkan ke dalam thesis - supervisor utama aku mengirimkan email: 'After this you need to take some days off ok'.
Ya. Menulis jurnal memang memenatkan. Ada 30 halaman double spacing. Ada hampir 10,000 patah perkataan.
Untuk mereka yang ingin sama-sama merasa keasyikan dunia pembelajaran, selamat datang ke dunia kami!

Thursday, 22 April 2010
Sejak bila kita mula berbohong?
Sebenarnya apabila kita berbual dengan seseorang, atau mendengar ucapan - besar kemungkinan kita sedang ditipu bagi satu-satu perkara. Itu hakikat yang perlu kita hadapi setiap hari - setiap saat.
Thomas Jefferson - Presiden Amerika Syarikat ke-3 pernah berkata:
"He who permits himself to tell a lie once finds it much easier to do it a second and third time, till at length it becomes habitual; he tell lies without attending to it,.." .
Adakah apa yang diucapkan oleh Presiden itu juga berbohong. Mungkin tidak. Kajian psikologi selepasnya membuktikan bahawa manusia lebih mudah untuk berbohong ketika bercakap, berbanding ketika menulis.
Kenapa begitu?
Sebab apabila bercakap - kita cenderung mengubah perkataan kita bagi menyesuaikannya dengan orang yang mendengar. Kita cenderung bercakap apa yang ingin orang lain dengar. Kita telah memasukkan perkataan bohong didalamnya agar ia sedap didengar.
Kita mungkin telah memulakan kata-kata bohong ini lama dahulu. Dari sehari ke sehari, kita mungkin tidak sedar ada sahaja patah bohong dalam perbualan kita. Hingga akhirnya kita tidak sedar lagi bila waktunya kita berbohong.
Kalau orang biasa pun begitu - apatah lagi orang yang memang terpaksa bercakap atau berucap bagi memenangi hati orang lain. Sebab itu, anda jangan bimbang sangat kalau ahli politik tidak menunaikan janji mereka.

Wednesday, 21 April 2010
Nolstalgia malam Rabu
Hari Rabu di Changlun adalah hari yang ditunggu-tunggu. Inilah harinya orang kampung keluar pekan mencari buah durian Siam, atau mencari laksa beras. Inilah juga waktunya anak-anak muda keluar mencuci mata. Inilah hari yang ada pasar malam terbaik dunia. Pasar malam Changlun.
20 tahun dulu - ketika aku masih remaja, kami menempuh gelap malam untuk sampai ke pekan Changlun dengan berbasikal. Hari Rabu adalah hari temasya untuk kami. Tidak ada duit pun tidak mengapa. Asalkan boleh turun ke Changlun melihat orang. Dulu-dulu, setiap hari Rabu adalah tempat kaki 'gocoh' bertembung. Anak-anak muda kampung aku antara yang juara dalam bab itu. Bab mengaji mungkin tidak.
20 tahun dulu, Universiti Utara Malaysia mungkin baru sahaja berdiri di situ. Aku tidak begitu pasti sejak bila universiti besar itu telah mencerahkan bukit bukau Sintok. Sebelum itu universiti itu ada di Bandar Darulaman. Setahu aku, tahun 1989 masih ada lori tanah keluar masuk. Ada buldozer bergigi tajam menebang hutan balak. Dulu, hutan Sintok sangat ditakuti. Sekarang ini hutan Sintok hanya ada seekor dua musang. Pelanduk, harimau, rusa dan gajah mungkin tidak ada lagi.
Sekarang ini, dengan adanya universiti itu, banyak orang baru datang ke pekan kami. Mereka ada duit yang lebih banyak dari orang kampung aku. Ada yang menaiki BMW, ada yang bergelar datuk. Ini telah menjadikan pekan Changlun lebih meriah. Ini juga menjadikan harga barang lebih mahal. Kami tidak mampu membeli, ada orang lain akan membelinya. Ini sebahagian kesan pembangunan. Kita tidak boleh berbuat apa-apa.
Pertengahan 80-an, malam Rabu juga ialah malam anak-anak muda 'mencakar rama-rama". Apa itu mencakar rama-rama. Itulah bercengkerama. Mereka bercengkerama di satu hutan di tepi jalan besar menuju ke kampung aku. Sekarang ini tidak ada lagi. Itu zaman rock kapak orang memakai baju Loudness dan berseluar ketat berbelang harimau bintang. Kasut boot Aliph yang dipakai anggota Lefthanded paling dicari orang.
Hari Rabu menjanjikan hidup yang sangat membahagiakan. Setelah penat mengayuh basikal sejauh 3 batu lebih, kami akan melepak lagi di kedai runcit di simpang jalan. Sampai jam 2 atau 3 pagi. Kedai itu letaknya di jalan masuk kampung aku. Kedai itu masih ada. Budak-budak lepak pun masih ada. Ia menjadi tempat semua anak muda kampung kami membesar. Yang tua pergi, yang muda datang.
Kedai itulah menjadi tempat kami berkuliah mendapat ilmu. Kini ramai di antara mereka yang sudah tua dan tidak bergigi. Mereka generasi yang lebih senior daripada aku. Ada juga yang mati.
Kedai itu lebih hebat dari universiti yang terbangun tidak jauh di kampung kami. Kedai itu mengajar kami makna hidup. Dia mengajar setiap orang di kampung kami, yang pandai dan yang tidak. Universiti hanya mengajar orang yang lulus periksa di bangku sekolah.

Krisis 'harga' politik kita
Mungkin tidak ada satu negara pun di dunia ini yang mana ahli politiknya melompat parti setiap bulan. Mungkin juga tidak ada satu pun ahli politik dalam dunia ini yang mengamalkan budaya lompat parti. Mungkin juga tidak ada lagi perbendaharaan kata dalam teori sains politik bagi menceritakan budaya lompat parti.
Tetapi semua itu ada di Malaysia. Ia menjadi fenomena baru politik kita. Ia menjadikan kita sama jenakanya cara berpolitik dalam filem Hindustan. Kita mungkin tidak tahu bahawa orang luar sedang ketawa berdekah-dekah melihat cara kita bermain politik.
Kedangkalan kita bermain politik itu sama teruknya dengan caragaya kita berkempen. Kita masih bermain dengan isu lapuk. Kita masih bercakap hal yang bodoh. Menjadikan orang tidak tahu apakah misi utama yang dibawakan oleh bakal wakil rakyat kita.
Sebab itu kempen pilihanraya di Malaysia kini dianggap satu pesta. Ia menjadi 'funfair' tempat orang berhibur melepaskan duka. Orang kita suka mendengar hal-hal kecil. Hal-hal lawak. Bukan lagi hal polisi. Bukan hal yang membawa kebaikan negara jangka panjang.
Berbondong-bondong orang pergi mendengar ceramah politik - sama seronoknya seperti kegilaan anak muda kita ingin menonton konsert Wings atau XPDC di tahun 90-an.
Kedangkalan bermain berpolitik - dan juga cara pengundi kita memilih calon - sama-sama menjadikan korpus politik Malaysia semakin menggelikan. Orang kita sangat mudah memberikan undi. Kita mudah memberikan undi dengan hanya diberikan sebotol air mineral. Dengan kerana hanya ada orang datang ke rumah kita, duduk bersila dan sembang-sembang, kita dengan cepat menjadi manusia baik hati.
Kita terlupa bahawa orang yang sama itulah yang datang 4 atau 5 tahun dahulu. Percayalah, dia tidak akan datang lagi selepas hari mengundi. Tetapi kerana kebaikannya menepuk belakang bahu kita, kita terlupa semuanya. Kita hanya menjadi 'raja' untuk berberapa minit. Sedangkan, selepas mereka menang, mereka akan menjadi 'maharaja' untuk beberapa tahun.
Sebab harga undi kita semakin murah, dan alasan kita mengundi juga semakin mudah - maka ahli politik tidak hairan lagi untuk melompat parti. Undi bukan lagi sesuatu yang ada harga. Ia sama tidak bernilainya dengan harga diri pemimpin yang telah kita pilih.
Semakin jenakanya politik kita dari hari ke sehari - menjadikan ada sebab untuk kita berfikir cara baru mengendalikan pilihanraya. Kita mungkin perlu berfikir cara lawak politik yang lebih bodoh lagi pada masa hadapan. Kita mungkin boleh mengundi secara sms, dan ahli politik pula boleh menjajakan lawak mereka di kaca tv - seperti yang dibuat dalam program idola hiburan masa kini.
Ia pasti bakal mencipta rekod baru dunia. Bukankah kita ini suka menjadi yang pertama dalam semua hal?
Biar orang bising-bising dengan cara kita. Biar orang tersenyum sumbing melihat keunikan kita.
Kita ada alasan kukuh bagi menjawab semua kritikan orang.
Inilah makna demokrasi. Kita boleh berbuat apa sahaja. Politik kita, cara kita.

Monday, 19 April 2010
Cerita jurnal tak sudah
Apa kesudahannya - tanya Aini.
Cerita seram memang selalu tak akan sudah.
Bila due date sudah berlalu, supervisor aku cuba menghubungi bahagian operasi jurnal minta pelanjutan. Mereka tidak memberikan sebarang jawapan. Maka, kami anggap cerita jurnal tak sudah sampai ke penghujungnya.
Tapi seperti biasa, supervisor aku memang berjiwa pejuang. Malam itu juga - dia menghubungi Ketua Editor jurnal. Minta dilanjutkan sampai malam ini. Isnin. Beberapa minit kemudian, Ketua Editor memberikan jawapan. Ok, beres.
Seperti biasa, menulis jurnal memang menyeramkan. Komputer aku diserang virus pula. Semua program SPSS dan AMOS tak boleh dibuka. Aku dan supervisor sudah membahagikan tugasan. Dia menulis bahagian pengenalan. Aku menulis bahagian analisa.
Bahagian dia disiapkan sepenuhnya. Bahagian aku pula menjadi seperti kuih separuh masak.
Dia menghubungi Ketua Editor lagi sekali. Ketua Editor itu memberikan jawapan paling positif - aku terjemahkan begini : "Memandangkan ini ialah jurnal Edisi Khas - jadi pada akhirnya, dalam apa keadaan sekalipun, sayalah yang akan memutuskan penerbitan. Jadi, teruskanlah menulis dan selesaikan tugas anda".
Jadi - cerita jurnal tak sudah terus tak sudah. Kerana kini aku ada masa yang lebih panjang untuk terus cool.
Hawa dingin bumi Adelaide terus dihirup dengan nyaman. Sekurang-kurangnya untuk beberapa hari ini.

Sunday, 18 April 2010
Mari belajar bahasa Siam - II
Pertamanya kita belajar membilang.
Satu (NENG)
Dua (SONG)
Tiga (SAM)
Empat (SE)
Lima (HA)
Enam (HOK)
Tujuh (TCET)
Lapan (PET)
Sembilan (KAOU)
Sepuluh (SIP)
Sebelas (SIP ET)
Dua belas - Sembilan belas (SIP + sebutan nombor)
Dua puluh (JE SIP)
Dua Puluh satu (JE SIP ET)
Dua Puluh Dua - Dua Puluh Sembilan (JE SIP + sebutan Nombor).
Bahasa Siam seperti juga bahasa Melayu. Frasanya lurus sahaja. Tidak terbalik seperti Inggeris, India atau Arab bagi perkataan jamak atau bagi perkara yang berlalu.
Cuma bagi sebutan 'saya' - jika penuturnya lelaki sebut "Phom", jika perempuan sebut 'Shan". Bagaimana pun, kalau menggunakan 'Ku" bagi merujuk saya juga difahami. Cuma agak kasar.
Contoh - "Saya makan nasi - Phom/Shan Kin(makan) Khao (nasi).
: Khun she aarai? - Awak nama apa?
: Ayuk thao ak'raai? Umur berapa? **ak'raai biasanya ada bagi setiap soalan.
: Teng ngan lew mai? Sudah berkahwin atau belum? (Teng ngan - kahwin)
: Tham ngaan ak'rai? - Kerja apa (Tham ngan - kerja)
: Yu thi nai? Tinggal di mana? (Yu - tinggal, thi nai - di mana)
Cukup dulu. Itu sahaja.
Sawwadikhraph* untuk semua.
Jika yang mengucapnya ialah wanita - sebut Sawwadikhak, bukan Sawwadikhraph.
Payah sangat - hanya sebut Sawwaddi sahaja. Ia boleh untuk kedua-dua.

Saturday, 17 April 2010
Mari belajar bahasa Siam
Masih dalam situasi tiada tajuk untuk ditulis. Jadi aku tulis hal mudah sahaja. Hal nama tempat.
Kalau orang biasa dengan pekan Changlun, mereka juga akan biasa dengan beberapa tempat lain di sekitarnya.
Changlun - seperti yang aku pernah tulis membawa makna "gajah jatuh'. Tidak jauh dari pekan Changlun - ada satu tempat bernama "Changhai". Ini bukan nama yang ditiru dari kota Shanghai di China. Ia berkaitan dengan gajah juga. Kononnya gajah yang jatuh tadi hilang di situ. 'Hai" ini bermakna hilang.
Adakah hanya Changlun terpengaruh dengan bahasa Siam. Kodiang - pekan lain tidak jauh dari Changlun juga dari perkataan Siam. Ia bermaksud bukit/gunung merah. "Kok - ialah bukit/gunung). 'Diang' - sebutannya "deng" ialah merah. Susah juga untuk membezakan bukit dan gunung dalam perkataan Siam. Sebab ada 3 kata utama - Khuan, Khao, Kok yang merujuk kepada tanah tinggi kawasan perbukitan. Khuan lebih kepada bukit, manakala Khao lebih kepada gunung.
Apa lagi nama Siam yang lain?
Jitra juga sebenarnya dari perkataan Siam. Kononnya di zaman dulu kala ada penghantar surat menaiki kuda bernama "Hurra". Jadi, apabila sampai ke satu pekan, dia selalu berhenti di situ. Dia menambatkan kudanya pada satu satu pohon. Jadi pekan yang menjadi tempat berhenti itu - dinamakan 'jut'- atau berhenti dalam bahasa kita. "Ra' pula merujuk kepada nama kuda tadi. Tapi entah bagaimana pula kata 'Jut' itu bertukar menjadi 'jit'. Sepatutnya pekan Jitra dikenali sebagai "Jutra".
Jenan - satu tempat berdekatan dengan Bandar Darulaman itu pula juga adalah kesinambungan nama Jitra tadi. Di Jenan, dikatakan penghantar surat tadi berhenti lebih lama, atau "jut naan". Jut' - berhenti, 'naan" - lama. Jadi nama itu kemudiannya menjadi Jenan.
Banyak lagi tempat lain di Kedah yang ada kaitan dengan nama Siam. Aku pasti Naka dan Nami merujuk kepada kata dari bahasa Siam juga. Tapi aku tidak pasti apa maksudnya. Yang pasti "Naa' itu merujuk kepada bendang/sawah.
Besok - kita belajar suku kata yang lain. Mungkin berguna untuk mereka yang merancang ke Thailand.

Kenapa tak kahwin lagi?
Ini soalan yang selalu ditanyakan kepada orang bujang - baik lelaki, baik perempuan. Soalan ini bertambah sensitif jika ditanyakan kepada gadis bujang. Ia akan bertambah menakutkan kalau diulang tanya kepada gadis yang kian berumur.
Adakalanya - manusia yang bertanya itu pun satu hal. Mereka seolah-olah tidak pernah mengambil kira faktor nisbah lelaki dan wanita. Mereka juga mungkin kurang membaca berita yang betapa banyaknya lelaki muda yang terlantar di pusat serenti, dan ramai pula gadis masuk ke universiti.
Dalam keadaan nisbah lelaki berbanding wanita, dan faktor jurang pendidikan yang kian ketara - mustahil bagi gadis-gadis yang jumlahnya kian bertambah - mendapatkan peluang berkahwin dengan lelaki yang baik. Semua ini hakikat yang terpaksa kita terima.
Tahun 1995 - aku ke beberapa kawasan perkampungan Melayu di Selatan Thailand. Di sana, belum ramai lagi rakyat berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Banyak faktor. Salah satunya kemiskinan.
Dengan keadaan hidup kais pagi petang tak makan, ibu bapa sukar untuk terus membiayai anak mereka bersekolah menengah. Jadi pilihan terbaik ialah mengahwinkan anak mereka. Ada satu rumah yang kami kunjungi - yang ketua keluarganya kami kenal - kerana berkerja menoreh di Malaysia. Anak perempuannya ketika itu baru berusia belasan tahun - sedang dalam proses untuk menjadi janda kerana perangai menantu lelakinya yang teruk. Kalau tidak salah, anak perempuannya itu sedang sarat mengandung ketika itu.
Seorang lagi anak gadisnya - berusia dalam 15 atau 16 tahun - sedang bersiap-siap membawa pisau ke rumah kenduri. Bayangkan bagaimana kesusahan itu mematangkan mereka. Mereka menjadi dewasa lebih awal. Di Malaysia - ada anak perempuan kita yang tahu hal ehwal kenduri kendara? Yang banyaknya ialah pergi makan sahaja.
Tetapi kita juga tidak boleh menyalahkan hal yang berlaku ini. Anak muda sekarang - sekurang-kurangnya sehingga umur 21 tahun baru menghabiskan alam pendidikan. Yang pintar ke universiti kerajaan, yang kurang ke kolej swasta. Yang biasa-biasa mungkin memilih institut teknikal.
Jadi - peluang mereka hidup dalam masyarakat adalah kurang.
Habis belajar - mereka ini pula masuk ke alam pekerjaan. Dunia pekerjaan juga semakin sibuk. Pergi pagi pulang malam. Mungkin tidak ada banyak masa untuk berfikir hal mencari pasangan. Hari demi hari berlalu, tiba-tiba umur sudah meningkat. Ini menjadikan hidup kian tertekan.
Kalau diikutkan - untuk mendapatkan pasangan bukanlah sukar. Tetapi untuk mendapat yang baik itulah yang payah. Banyak lelaki yang sebenarnya tidak kisah untuk mendapat pasangan mereka. Semakin banyak semakin baik. Sebab itu kita lihat banyak bayi yang dibuang di tepi jalan. Ini ialah contoh betapa pasangan lelaki itu mudah dicari. Tetapi mencari yang baik dan berkualiti itulah yang paling sukar.
Mungkin juga faktor tertekan untuk mendapatkan pasangan ini - yang anak-anak gadis ini setiap hari ditanyakan soalan yang sama - bila hendak berkahwin - menjadikan mereka sudi menjadi kekasih untuk sesiapa sahaja. Akhirnya itulah kesudahannya. Kesudahan yang tidak baik.
Dan pasangan lelaki tadi pergi menjajakan cintanya untuk orang lain pula. Ia bukan hal sukar. Mereka tahu nisbah lelaki dan wanita!
Jadi - ada baiknya kita jangan banyak bertanya mengapa tidak kahwin lagi. Yang patut kita tanya apakah yang patut kita lakukan bagi mengatasi isu semakin banyaknya anak gadis yang tidak berkahwin ini.
Menggalakkan poligami mungkin bukanlah satu idea yang disukai. Tidak memandang serong dengan poligami mungkin boleh difikirkan.
Ia isu kita semua.

Friday, 16 April 2010
Adelaide bergegar!
Berita 11.24 malam.
Ini bukan berita band Metallica atau Iron Maiden turun ke Adelaide.
Ini berita gegaran betul. Beberapa minit tadi, aku terdengar bunyi kuat di atas bumbung rumah dan dinding, dari sebelah utara ke selatan. Seperti ada orang berlari.
Aku tanya isteri aku: "Apa tu?" Isteri aku jawab: "Apa lagi. Possum la tu'.
Isteri aku selalu salah sangka dengan binatang possum. Di atas bumbung rumah aku ada sekeluarga possum yang tinggal bersama. Sekitar 4-6 ekor.
Tiba-tiba kawan aku yang tinggal dalam 2km dari rumah call. 'Hang dengar bunyi apa-apa tak?
Ah. Ini bukan gegaran possum lagi. Ini gegaran bumi.
Tak nak bertaubat lagi?

Selamat datang para pengunjung
Memandangkan aku sibuk dengan urusan akademik, aku tidak sempat berfikir apa topik yang patut aku tulis.
Jadi - aku hanya ucapkan selamat datang kepada semua pengunjung. Selamat sejahtera dan semoga anda semua baik-baik belaka.
Sesiapa yang ada cadangan apa lagi yang patut aku tulis - boleh beri cadangan.
Aku sudah tulis hal politik, hal bahasa, hal bangsa. Bila aku berasa aku masih muda, aku menulis hal cinta. Bila aku terasa aku sudah tua, aku tulis hal kematian. Sesekali sekala aku terasa dalam bilik kuliah, jadi aku tulis topik psikologi. Bila aku berasa aku masih berkerja dalam organisasi - aku tulis hal pengurusan. Bila aku dilambung dengan nolstalgia, aku menulis cerita lama aku. Bila aku [tidak] terasa hendak kahwin lagi, aku tulis hal poligami. Kalau boleh, aku ingin tulis belaka.
Jadi - aku fikir aku sudah menulis banyak perkara. Ada yang relevan, ada yang tidak. Ada yang boleh dipakai, banyak yang patut dibuang.
Siapa yang boleh beri cadangan?
Selamat datang semua pengunjung - yang kenal dan yang tidak kenal. Yang bahagia dan yang derita.

Ini bukan khutbah Jumaat
Ini pagi Jumaat.
Tidak ada bezanya hari Jumaat di mana-mana tempat pun. Ini hari untuk kita semua bersembahyang Jumaat.
Cuma yang berbeza, di Adelaide khutbahnya sama ada disampaikan dalam bahasa Inggeris atau Arab, tetapi di tempat kita khutbah dibacakan dalam bahasa Melayu.
Di tempat kita, khutbah bercampur baur dengan banyak hal. Ada berkait dengan kemalangan jalanraya, ada yang menceritakan tanam semula getah asli. Di kampung aku, khutbah akan diulang baca beberapa kali Jumaat. Membuatkan kita tidur lebih nyenyak dari kebiasaannya.
Di sini, khutbah banyak memperkatakan roh Islam. Itu yang banyaknya. Mereka bercakap hal yang benar sahaja. Tidak ada hal yang memuja atau memuji. Tidak juga menyuruh atau berkata orang itu dan ini. Tidak pernah pula aku mendengar mereka mengajak kita untuk menyokong atau menolak mana-mana parti.
Cuma ada juga masjid di sini - yang imamnya agak ekstrim - kalau dalam budaya kita. Beliau membacakan khutbah sambil menghentakkan kaki tanda marah. Waktu itu, hal yang diperkatakan ialah mengenai zionisme. Mereka menyenaraikan hampir kebanyakan syarikat yang ada kaitan dengan Israel yang ada di Australia - dengan kajian yang mendalam. Juga turut disebut jumlah kewangan syarikat berkaitan.
Agaknya ada tak tok imam kita yang berani menyenaraikan syarikat yang ada kaitan dengan Israel di negara kita?
Makmum yang datang lambat juga ditegur sebaik sahaja mereka melangkah masuk kaki ke dalam ruang sembahyang - sekalipun ketika itu dia sedang membaca khutbah. Makmum diminta datang awal untuk bersembahyang sunat.
Minggu lepas - semasa di masjid, ada seorang pelajar baru ijazah pertama bertanya aku: "Pakcik dah lama ke kat sini (Adelaide)". Terasa benar aku ini sudah kelihatan tua di mata orang yang masih muda. Aku rasa pertanyaan pelajar itu lebih memberi kesan dari puluhan kali mendengar khutbah Jumaat.

Thursday, 15 April 2010
Aku cuba menjadi cool
Ini mungkin hari yang paling stress tahun 2010.
Beberapa bulan lalu, aku menghantar satu manuskrip ke jurnal luar negeri. Para penilai telah membaca, menyemak dan memberikan komen. Ia kertas kedua aku dari survey aku pertama dulu - yang banyak cacat dan celanya. Jadi banyak yang dikomen.
Tidak mengapa. Aku masih cool.
Sebab aku tidak kisah kalau dikritik hebat sekalipun. Sebab due datenya menghantar balik ialah 16hb April, aku masih ada banyak waktu.
Proses membaiki kertas itu pula berselirat dan mencelah-celah dengan menulis dua lagi kertas lain, pada masa yang sama. Kertas yang lain sudah dihantar, kertas yang sepatutnya diperbaiki masih belum. Jangan bimbang, due datenya 16hb April. Masih panjang. Masih lama. Aku tetap cool.
Kerja menulis dan memperbaiki itu berselang seli.
Ia mencelah-celah di antara proses key-in data baru dari kajian terakhir aku. Jadi, prosesnya menjadi bertambah sibuk. Aku memang sentiasa cool.
Proses memperbaiki kertas itu memang payah. Satunya data sedikit, cuma 135 orang. Keduanya, ia dicurigai ditanda sendiri. Jadi, masuklah berapa kali statistik dengan apa rumus sekalipun, ia tidak akan menjadi. Ia data pelik. Hasilnya tetap pelik.
Kelmarin - 14hb April - setelah berbincang sana sini dengan penyelia - akhirnya dia mencadangkan jangan digunakan data itu lagi. Kita gunakan data yang baru siap di 'key in'. Data dari kotak stress aku yang terakhir. Ia data yang elok. Ada lebih 345 orang. Ia juga bukan hasil ditanda sendiri. Keputusannya juga baik.
Jadi - kami putuskan untuk menggunakan data yang baru. Bagaimana pun, penulisan kertas itu bukan pembaikan lagi. Ia menulis hal yang baru. Keputusan yang baru.
Aku cool lagi.
Sebab kelmarin baru 14 haribulan April. Bukan 16hb April. Jadi, aku masih ada dua hari. Sehari analisis dan membuat statistik, sehari lagi menulis.
Jangan bimbang, seperti mana menulis blog, aku juga boleh menulis jurnal dengan cepat. Masa 24 jam memang cukup kalau keadaan terdesak. 2 jam membaca. 2 jam merangka. 2 jam berfikir. Banyak lagi jam yang ada.
Aku tetap cool.
Tadi, aku membuka balik e-mel yang dihantar oleh penerbit. SElama ini, aku tersalah baca rupanya. Selama ini aku tersalah tafsir.
Due date bukan esok, bukan 16hb. Bukan satu hari lagi. Bukan 24 jam lagi.
Due date ialah 15hb. April. Hari ini. Sekarang ini. Due datenya mungkin ada beberapa minit lagi.
Aku cuba menjadi cool.
Aku bancuh kopi - aku cucuh rokok. Aku update blog.

Dunia para barua
Perkataan 'barua' membawa konotasi yang tidak baik. Orang akan marah kalau mereka dipanggil barua. Ia jijik dan menghinakan.
Walaupun 'barua' itu istilah yang menghinakan - tetapi bagi kebanyakan orang di utara Semenanjung, istilah barua selalu disebut juga. Ia hanya ayat yang digunakan bagi menegur seseorang. Misalnya 'hoi barua, mana hang?'. Atau menceritakan kisah orang lain - 'barua betui mamat tu'. Barua dalam konteks ini tidak jijik. Perkataan barua ini hanya boleh digunakan dalam konteks sahabat baik sahaja.
Bagaimana pun, kalau bertemu dengan seseorang yang belum pernah berjumpa, atau bukan kawan baik kita - barua - akan menyebabkan mereka marah.
Walaupun orang tidak suka dengan istilah barua, tetapi hakikatnya dunia hari ini ialah dunia para 'barua'. Para barua ini menjadi broker menjual segala yang ada. Para barua ini menjadi talibarut kepada orang lain. Para barua ini kehidupannya senang. Mereka tidak perlu berkerja keras. Hidup mereka hanya membodek dan mendapatkan untung.
Mereka tidak pedulikan orang lain. Mereka hanya fikirkan diri sendiri.
Mereka inilah barua yang sebenar.
Siapakah 'barua"? Ia ada di sekeliling anda. Anda tidak tahu. Tetapi anda boleh tahu melihat perwatakan dan gelagat mereka. Anda tahu siapa barua apabila membaca berita di akhbar.
Kawan baik yang selalu anda tegur sebagai 'barua' itu bukanlah barua.

Wednesday, 14 April 2010
Aku
Aku petik sajak Almarhum Chairil Anwar - penyajak tersohor dari Indonesia.
Aku
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
********************************
Aku tidak berhajat mengulas sajak itu. Itulah sebenarnya cerita resah pelajar PhD. Berhadapan dengan gelisah, berhempas pulas dengan cerita demi cerita. Sama ada sakit atau demam, setiap hari kerja perlu diteruskan juga. Tidak mampu menaip seratus patah, menaip 2 patah kata sudah dianggap usaha.
Kemudiannya bertembung lagi dengan masalah baru. Berhujah dan berdebat. Menghantar hasil kajian untuk persidangan atau penerbitan jurnal. Ada yang diterima, ada yang ditolak. Dikritik hebat. Patah hati. Kecewa. Tetapi, bangun berjuang lagi. Kalau terus diselimut resah, masa tetap mengejar juga. Ia tidak mengira cukup atau tidak.
Masa cuma 3 tahun.
Ah, apa yang sudah aku tulis dalam tempoh 2 tahun setengah ini?

Pilihanraya - peluang kita semua berubah
Gendang pilihanraya dipalu lagi. Kali ini di Hulu Selangor.
Pilihanraya bukan sekadar meminta perubahan kuasa, tetapi juga adalah ruang perubahan parti bertanding.
Sejak kita masih kecil, kita lihat trend memancing pengundian tidak pernah berubah. Ia berlaku sepanjang zaman.
Menjelangnya pilihanraya, ahli politik masuk kampung. Dijanjikan peruntukan pembangunan untuk rakyat. Balairaya dicat semula dan jalan baru diturap. Rakyat dijanjikan dengan pembinaan sekolah atau masjid.
Sebenarnya - bukan ini yang diminta rakyat. Rakyat tidak meminta ia dibangunkan dengan projek 'segera' atau janji pembangunan. Bayangkan, dengan tempoh tidak sampai sebulan - apabila jalanraya diturap baru - tanpa perancangan yang kemas - pada akhirnya ia akan menyebabkan jalan tersebut rosak di sana sini. Belum pun tamat pengiraan undi, jalan berlubang semula.
Apa tidaknya. Kontraktor segera dipilih. Mereka juga ditugaskan dengan misi segera. Kita tentu tidak mahu ini berlaku. Rakyat tentu mahukan sesuatu yang berkualiti untuk kehidupan mereka. Bukan sekadar projek segera. Bagi rakyat - siapa yang memerintah tidak penting. Yang penting ialah sejauh mana nasib mereka terbela. Jangan jadikan pembangunan sebagai 'gula-gula getah' - yang pada akhirnya ia melekat kotor di sana sini.
Parti yang bertanding juga perlu berubah. Isyarat telah diberikan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya lalu. Mereka tidak mahukan lagi pemimpin yang hanya bijak berniaga, atau bijak bercakap - tetapi moralnya sangat rendah. Pemimpin yang lama juga harus memberikan peluang kepada orang baru. Negara hak kita semua. Bukan tanah pusaka yang harus diberikan kepada 'anak sulong' semata-mata. Negara juga bukan hak mana-mana individu - yang menjadikan ia peluang untuk mereka cepat kaya dan membolot harta.
Kontrak tidak masuk akal juga tidak harus lagi ada. Gunalah peluang mentadbir wang rakyat dengan bijaksana. Ia bukan milik mana-mana ahli politik.
Parti Keadilan Rakyat pula harus memilih calon yang berintegriti. Tidak lagi harus ada pemimpin yang hanya pandai bercakap - tetapi hujungnya sama juga. Mereka kemudiannya menjadi katak yang melompat ke tasik yang lebih cantik dan lebih luas.
Jangan hanya berkata parti kami memperjuangkan itu dan ini setiap kali menjelangnya pilihanraya. Sebaliknya, apabila mereka berubah haluan, mereka berkata mereka dipilih oleh rakyat, jadi bertukar parti bukan alasan mereka meletak jawatan. Ini juga perangai manusia tamak. Rakyat memilih wakil mereka kerana kedua-duanya - parti dan individu. Itu hakikatnya di Malaysia.
Pilihanraya. Peluang untuk kita semua berubah. Peluang untuk kita semua mengubah. Rakyat perlu menjadi lebih cerdik. Ahli politik perlu menjadi lebih baik.
Kalau tidak - kita tidak ubah seperti filem Bollywood.
Sesekali kita ketawa. Pada akhirnya, kita merasa kita patut menangis. Kerana kita tahu kita bukanlah penontonya, tetapi kitalah sebenarnya watak filem itu.

Tuesday, 13 April 2010
Janji Melayu
Ini bukanlah cerita berkaitan dengan mana-mana orang Melayu. Aku sekadar ingin membincangkan konsep masa kerja masyarakat kita. Sebanyak 3 kali survey, inilah juga jawapan yang aku dapatkan dari kajian aku. Puas aku berhujah meyakinkan penyelia aku akan hal ini.
Dalam konteks Barat, masa kerja dianggap penyebab utama stres. Dalam kajian aku - setelah 3 kali, menggunakan data populasi - jumlah masa berkerja tidaklah dianggap sebagai satu faktor stres.
Aku percaya dengan dapatan ini. Kita boleh melaporkan yang kita berkerja 12 jam sehari. Kita juga boleh melaporkan yang kita berkerja 7 hari seminggu. Tetapi kita mungkin tidak melaporkan jumlah 'masa sebenar' kita berkerja.
Ramai teman-teman Malaysia di sini - yang berkerja sebagai tukang cuci atau penyembelih kambing - mengalami sakit-sakit yang teruk. Ada yang perlu mengalami pembedahan tangan. Ada yang kemudiannya mendapat tanggungan Work Cover.
Ini kerana mereka berkerja dengan jumlah sebenar seperti yang ditentukan organisasi.
Aku tidak rasa kita berkerja seteruk itu. Jumlah 8 jam sehari, kita mungkin berkerja hanya 5 jam sahaja. Kita masih sempat membayar bil eletrik, minum kopi dan membeli belah di Jalan Masjid India. Orang yang teruk - mungkin sempat balik ke rumah menonton televisyen filem Hindustan.
Aku tidak fikir hal ini boleh terjadi dalam budaya Barat. Kerana hal ini mustahil terjadi dalam konteks Barat, aku kini sedang tertekan menerangkan bagaimana letak duduknya konsep 'masa' orang Malaysia.

Monday, 12 April 2010
Misi tamat
Misi tamat.
Aku jangkakan masa yang panjang perlu diambil untuk analisis data. Nampaknya tidak. Setelah seharian tidak bergerak, akhirnya semuanya sudah selesai. Menjelang pagi sampai lewat pagi yang satu lagi - akhirnya analisis aku berjaya. Sekurang-kurangnya ia tidak menampakkan tanda-tanda data yang berkeceramuk.
Daripada 400 orang, hanya 291 data yang boleh digunakan kerana beberapa masalah teknikal. Itu adat kajian. Ia hal biasa sahaja. Hal yang tidak biasa hanyalah apabila borang soal selidik ditanda sendiri. Itu yang selalunya menyebabkan data menjadi kelam kabut.
Aku juga telah menganalis semua data menggunakan structural equation modelling. Berjaya juga percubaan kali ini.
Kali ini - semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua responden yang menjawab soal selidik yang panjang. Terima kasih untuk Suraya, Ann, Asbah, Amiruddin, Maizatul dan beberapa orang lagi yang tidak dikenali dalam menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga buat isteri yang membancuhkan kopi untuk aku.

Sunday, 11 April 2010
Blog bercuti

Update jam 11.45 malam.
Seperti yang anda lihat di dalam gambar, begitulah banyaknya soal selidik untuk dianalisis. Itu hanya sebahagian. Sebahagiannya lagi sedang berselerak di atas lantai.
Ini masuk hari ke-3 aku cuba menyiapkan proses 'data entry'. Kemudian beberapa hari lagi akan digunakan untuk menganalisis.
Oleh itu - blog ini akan bercuti selama beberapa hari.
Saturday, 10 April 2010
Mengapa aku suka Adelaide?
Hujung minggu ini memang stres.
Bagaimana pun, ada juga aktiviti melegakan stres hujung minggu. Seperti biasa, musim luruh - ialah musim memetik epal. Ini kali ketiga aku datang ke ladang ini.
Daripada makan yang dibeli di kedai, lebih baik makan di pokok. Ia percuma. Tapi berapa biji mampu makan? 3 biji sudah kenyang. Sebab itu tuan ladang tidak kisah. Lagi pula buah bersepah-sepah di atas tanah. Seperti buah macang di tempat kita.
Bawa baldi tu berlakon je. Mana larat budak-budak memetik epal.
Makan epal beramai-ramai. Terasa seperti di kebun sendiri!
Ini bukan aksi hendak makan buah. Ini hanya sekadar berposing.
Beratur panjang membayar. Tidaklah mahal. Berapa harga aku tidak pasti. Aku tidak pernah terlibat dalam urusan membayar.

Friday, 9 April 2010
Mengapa aku tinggalkan Malaysia?
Kita sendiri tentu jarang bertanya soalan ini. Bagaimana pun, rupanya banyak sebab orang tinggalkan negara untuk hidup di negara lain.
Inilah antara perkara menarik yang disiarkan oleh Malaysiakini. Anda patut membaca cerita mereka, mengapa Malaysia tidak menarik untuk mereka. Baca di sini.
Kita boleh bersetuju atau tidak dengan alasan mereka. Itu hak individu. Seperti juga mereka yang berhijrah dan menetap di negara luar. Mereka juga ada alasan sendiri.
Manusia membuat keputusan atas apa yang terbaik untuk diri dan kehidupan masing-masing. Bukan hak kita yang mengadilinya. Kita tidak hidup sebagai mereka. Jadi kita tidak tahu apa sebenarnya perasaan mereka.
Aku pun - boleh juga membuat keputusan menetap di luar negara. Di Malaysia tidak ada pekerjaan spesifik sebagai psychologist. Tidak terdapat pun iklan yang memerlukan mana-mana organisasi melantik ahli psikologi. Yang mungkin ada ialah ialah ahli psikitiari. Tetapi itu adalah cabang doktor perubatan. Yang paling dekat pun ialah kaunselor.
Tetapi - untuk aku, tidak ada pekerjaan sebagai ahli psikologi tidak memungkinkan aku meninggalkan negara.
Aku tidak boleh hidup tanpa teh tarik dan roti canai. Aku tidak boleh hidup tanpa suasana kedai mamak. Juga aku tidak betah kalau tidak menghirup aroma daun padi di musim kemarau. Aku juga mungkin tidak berpeluang merasa nikmatnya makan nasi kenduri yang dimasak di dalam kawah.
Aku juga bimbang kalau anak aku tidak dapat membesar dalam budaya bangsa kita. Biarlah sekalut mana pun kekusutan bangsa ini, sekurang-kurangnya itulah hakikat bangsa. Masih banyak nilai baik yang perlu kita sanjung.
Setidak-tidaknya, aku tidak mampu melupakan pekan kecil - Changlun. Itulah tempat aku mula terjatuh, bangun dan berlari. Aku tidak mampu melupakannya.

Cerita Adelaide di waktu pagi
Catatan 7.05 minit pagi.Adelaide di waktu pagi adalah cerita sunyi. Lihatlah jalannya yang sepi. Tidak ada tanda-tanda jalannya akan menjadi sibuk seperti Federal Highway, atau Jalan Cheras di depan Plaza Phoenix. Tidak juga ada tanda-tanda akan dibangunkan jalan bertol.
Ini juga berakhirnya musim anggur. Hanya ada beberapa tangkai anggur sahaja lagi. Sebahagian dari dahannya telah dipangkas minggu lalu. Sebahagian dari aktiviti menyibukkan diri di bandar Adelaide yang sunyi.
Adelaide di waktu pagi. Kapal terbang pulang dan pergi. Membelah awan tebal dan mendung hujan.Bila boleh aku balik lagi?
Wednesday, 7 April 2010
Apa nama kotak ini?

Ini bukan kotak rahsia seperti yang pernah diwar-warkan oleh seorang pejuang politik beberapa tahun dahulu. Juga bukan kotak yang berisi surat cinta yang dihanyutkan ke Laut China Selatan. Tapi inilah kotak yang paling berharga untuk hidup aku - sekurang-kurangnya buat masa ini.
Kotak ini berisi lebih dari 400 borang soal selidik yang dikumpulkan selama hampir 3 bulan oleh beberapa orang anak-anak muda dari Kuala Lumpur. Mereka meneroka taman perumahan, ladang, kota, sawah padi dan hutan belukar. Mereka menemukan semua bangsa Malaysia bertanyakan mereka lebih dari 100 soalan. Orang menjawabnya stres. Orang bertanya juga stres. Kini tiba giliran aku pula yang stres.
Untuk mendapatkan kotak ini, aku terpaksa berkeliling pinggang berhutang wang. Setelah mendapatkan kotak ini, aku berkeliling kampung membayar hutang.
Inilah kotak terakhir untuk penyelidikan aku.
Inilah kotak stres!
Kita memang sentiasa menjengkelkan
Kalau kita melihat kepada senario politik tanahair sejak beberapa tahun terakhir ini - terdapat dua perkara utama yang sering dilaporkan. Pertamanya kes saman di antara satu sama lain. Keduanya, kes laporan polis bagi sesuatu isu.
Walaupun dunia demokrasi membenarkan hal itu - saman dan laporan polis, tetapi kecenderungan dua perkara itu bukanlah sesuatu yang baik. Tatkala negara sedang mengalami banyak masalah kes tertunggak yang tidak sempat diselesaikan mahkamah, kita ditimbunkan lagi dengan masalah kes saman.
Begitu juga dengan laporan polis. Negara sedang menghadapi banyak masalah lain. Masalah jenayah, penculikan, masalah sosial dan segala macam isu yang wajar ditangani oleh pihak polis. Bagaimana pun, mereka kini diberatkan pula dengan laporan polis bagi isu yang adakalanya remeh sahaja. Adakah patut kita membuat laporan polis hanya kerana ada ahli politik tersalah cakap atau menyatakan pandangan mereka bagi sesuatu perkara. Sedangkan, banyak hal lain lagi yang patut ditangani.
Sewajarnya - jika benar kita ingin menyaman seseorang atau membuat laporan polis - sewajarnya ia melibatkan isu yang menjejaskan masyarakat. Mengapa tidak ada orang yang menyaman peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Atau, kenapa tidak ada orang yang membuat laporan polis melihat ada anak muda merempit siang dan malam dan mengganggu ketenteraman penduduk.
Kini - undang-undang telah dijadikan medium baru mencari populariti. Penyakit sebenar masyarakat tidak sempat kita selesaikan.
Nampaknya kecenderungan bagi kedua-dua hal ini telah dilakukan oleh orang yang ada nama dan berada. Mereka yang berkedudukan ini bijak menggunakan segala ruang yang ada.
Ia adakalanya menjengkelkan.

Selamat datang dunia sibuk
Setelah beberapa hari, pagi ini aku kembali menulis.
Dunia ini sentiasa sibuk. Kita yang menjadikan dunia semakin sibuk, atau dunia itu menjadikan manusia kian sibuk? Itu soalan yang ada dalam diri kita.
Dahulu - aku selalu membayangkan hal ini. Kita sibuk setiap saat. Pagi dan petang. Malam dan siang. Cuma bila melihat seseorang itu sudah tidak ada lagi di dunia - baru sesekali kita berfikir, tidak ada apa juga yang dibawa pulang. Dunia terus bergerak. Ketika hidup kita berasa diri kita sangat penting. Setelah mati, tidak ada sesiapa pun membicarakan hal kita.
Dunia sibuk itu jugalah menjadikan solat kita sering tersongsang. Orang selalu berkata, kita mesti mendapatkan khusyuk dalam sembahyang. Sebenarnya khusyuk tidak didapatkan di dalam sembahyang. Khusyuk didapatkan di luar sembahyang lagi. Jika kita tidak terlalu mencintai dunia, selalu ingatkan Tuhan setiap saat, ingatkan kematian - ketika solat kita akan mendapatkan khusyuk itu. Sekiranya di luar sembahyang kita sudah sibuk dengan banyak hal, berfikir dengan hal yang tidak sudah - itulah juga akan dibawakan semasa sembahyang.
Itu pengalaman aku sendiri. Bukan orang lain.
Dunia sibuk itu bukan berada di Jakarta, Kuala Lumpur, Dhaka, Bangkok, New York atau London. Dunia sibuk itu berada dalam diri kita.
Selamat menempuh dunia sibuk kepada semua.

Thursday, 1 April 2010
Selamat bercuti
Mulai besok sehingga Isnin, warga Adelaide bakal bercuti sempena Hari Easter. Aku tidak berminat untuk tahu apa kaitannya dengan cuti ini, kerana ia melibatkan perayaan orang Nasrani. Ia mungkin tidak ada kaitannya dengan kita.
Beberapa hari lagi, borang soal selidik kajian aku akan sampai. Kali ini, seramai 408 orang memberikan respons. Ini adalah kutipan data terakhir. Tidak ada lagi kajian selepas ini untuk penyelidikan aku.
Begitulah sebahagian kesukaran PhD. Ia melibatkan masa dan wang. Aku tidak pasti berapa banyak wang untuk seluruh kajian sejak tahun 2008. Aku tidak pernah mencatatkannya. Ia mungkin sekitar RM 40,000 juga. Mungkin boleh membeli sebidang tanah.
Aku juga mula bercuti menulis blog ini untuk beberapa hari berikutnya. Mungkin tidak ada update akan dilakukan. Bagaimana pun anda boleh membaca apa yang sudah ditulis selama ini.
Aku akan menulis semula apabila keadaan kembali reda, dan kehidupan kembali tenang.
Selamat bercuti untuk mereka yang bercuti.

Wednesday, 31 March 2010
Apa ada dalam rokok?
Bulan Julai nanti, aku mungkin akan ke Darwin - salah satu tempat yang sangat ingin aku jengah di Australia ini bagi mengikuti Persidangan Psikologi Asia.
Aku akan membentangkan hal bagaimana globalisasi telah mengubah nasib para pekerja. Bagaimana globalisasi telah menjadikan manusia robot - dan akhirnya menjejaskan kehidupan mereka.
Apakah dengan persidangan boleh membantu menyelesaikan masalah masyarakat? Adakah hasil kajian hanya untuk keseronokan sendiri semata-mata. Mungkin ya dan mungkin tidak.
Ada pula dapatan kajian yang mengejutkan. Kadang-kadang menakutkan.
Apa dia?
Cuba KLIK untuk mengetahui mengapa kita sebagai orang awam perlu juga membaca laporan kajian.

Tuesday, 30 March 2010
Nota fikir sesudah maghrib
Tanya Datuk A Samad Said:
'...mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?'. Ia dipetik dari sini.
Melayu terancam kerana kita tidak lagi mempunyai pejuang yang tulen. Tidak ada lagi golongan budayawan dan seniman yang memacu gerak perjuangan bangsa. Tidak ada lagi golongan guru yang menjadi nadi perjuangan. Tidak ada lagi golongan marhaen yang tulus menyatakan hasrat.
Lihatlah di sekeliling anda. Tidak perlu lihat jauh-jauh. Lihat di kampung anda.
Para kontraktor, pemodal dan peniaga itulah yang menjadi manusia politik - yang kemudiannya melaungkan kata keramat perjuangan bangsa. Politik telah dibungkuskan bersama dengan berahi untuk cepat kaya dalam dunia yang sementara ini.
Sebab itu kita selalu mendengar ungkapan: "Nak kaya masuk politik". Tidak ada lagi orang berkata: "Kita berpolitik untuk memajukan bangsa'.
Ia kini menjadi trend penggiat politik dari semua parti.
Ada hal yang perlu diperbaiki. Ada yang boleh kita perbetulkan. Ada juga yang patut kita tinggalkan. Kalau tidak, ia boleh merosakkan kita.
Kasihan kita. Kita mungkin terancam. Kita juga mungkin tidak terancam.
Siapa mengancam siapa.

Monday, 29 March 2010
Update 11.45 malam
Jam 11.45 malam waktu Australia Selatan.
Setelah beberapa bulan - seingat aku sejak penghujung Disember 2009 lagi aku mula menulis satu artikel untuk dihantar ke jurnal. Seperti biasa, aku akan memaksa diri untuk menyiapkan dalam tempoh 10 hari sahaja untuk draf pertama. Biasanya matlamat aku ini berjaya.
Selepasnya, aku hantar kepada penyelia aku untuk menyemaknya. Ada komen di sana sini, khususnya hal statistik dan konseptual. Setelah itu, aku hantar pula kepada seorang kawan aku berbangsa Jerman di Guternberg University. Artikel yang panjangnya 5,000 patah perkataan dikomen sana sini. Kemudian aku semak, baca dan tulis lagi.
Sepanjang 3 bulan ini, rasanya itulah perkerjaan aku. Menghantar artikel kepada penyelia aku. Dia komen dan tulis semula. Pulang semula kepada aku. Aku baca dan tulis semula. Aku hantar balik. Proses ulang alik ini berlaku sama ada seminggu sekali atau 3 hari sekali. Tergantung kesibukan kami.
Malam ini - artikel aku yang kini panjangnya 10,000 patah perkataan akhirnya selamat di upload ke Journal of Occupational Health Psychology.
Proses ulang alik itu juga menjadikan tulisan aku hanya tinggal beberapa kerat. Selebihnya ia sudah menjadi karangan penyelia aku. Baki tulisan aku yang tinggal mungkin hanya Malaysia.
Ah. Ada satu lagi artikel sedang menunggu. Data baru pun sedang menunggu juga.

Catatan 2 tahun setengah
Enam bulan lagi - genaplah 3 tahun aku di bumi Adelaide.
Cepat sungguh masa berlalu. Musim berganti musim. Tidur dan bangun tidur. Matahari naik dan matahari jatuh.
Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Ada yang mampu dilupakan. Ada yang menjadi kenangan.
Bekas pensyarah aku di UKM, Dr Aminuddin kembali menemui Allah beberapa bulan setelah aku berada di Australia. Beliau adalah 'sifu' aku dalam banyak hal berkaitan psikologi. Beliau menyelia tesis sarjana muda dan sarjana aku.
Banyak hal yang aku tulis dalam blog ini sebenarnya ialah bidang psikologi sosial - pengetahuan yang aku dapatkan daripada beliau. Dalam istilah akademiknya, kami mungkin tergolong dalam kelompok aliran Kurt Lewin. Aku akan coretkan nama beliau dalam tesis aku nanti sebagai penghargaan untuk guruku yang ulung itu.
Hari ini pula, genap setahun abang aku pulang ke Rahmatullah. Sepertinya hanya beberapa bulan lalu sahaja. Bapa dan emak saudara aku juga meninggal dunia semasa aku berada di sini. Nenek sebelah isteri aku juga. Semua mereka telah kembali.
Seorang lagi rakan baik - usianya sebaya arwah ayah aku - sekitar lewat 60-an atau awal 70-an, Haji Din juga kembali dua atau tiga bulan lalu. Semasa aku balik Malaysia tahun lalu, aku sempat bergurau dengannya di kedai kopi. Kami bercakap dalam bahasa Siam. Aku menyapanya: 'Hah, tak mati lagi?'. Haji Din menjawab: 'Hang jangan dok cakap lagu tu Dam'. (Adam ialah nama panggilan arwah ayah aku di kampung. Jadi, setelah ayah aku tiada, Haji Din memanggil aku dengan Adam. Katanya, aku membawa sifat ayah aku).
Setelah kami kutuk mengutuk, dia seperti biasa akan bercerita hal anak-anaknya. Hari itu dia dengan begitu beriya-iya ingin membelanjakan aku kopi ais. Aku yang melepak di kedai kopi itu tentu tidak menolaknya.
Rupanya - itulah sapaan aku yang terakhir kalinya dengan beliau.
Begitulah hubungan aku dengan Haji Din. Rasanya kami banyak mengutuk di antara satu sama lain. Tetapi, aku rasa itu adat di kampung kami juga. Cara orang Kedah memang banyak melawak dan berjenaka. Bagaimana pun, ia tidak pula membawa apa-apa perasaan marah. Bagi kami, itu sebahagian dari cara kami menegur dan berbual.
Sepanjang tempoh dua tahun setengah ini, banyak kenangan indah yang ditemui. Banyak juga kenangan indah yang hilang.
Ia mungkin sebahagian dari pengorbanan apabila kita memilih untuk belajar lagi. Pengalaman kehilangan ini tentu dirasakan oleh orang lain juga. Cuma jalan ceritanya yang berbeza.

Saturday, 27 March 2010
Persatuan Blog Melayu
Tajuk itu tidak ada kena mengena dengan catatan di bawah ini.
Aku merasa perlu menulis tajuk itu - kerana setiap hari akan ada sahaja orang yang tiba-tiba terbangun dari tidurnya, dan membisingkan seantero dunia bahawa mereka adalah pejuang. Mereka berseminar. Mereka menubuhkan persatuan. Mereka membincangkan permasalahan Melayu.
Aku kagum dengan para pejuang-pejuang ini. Dahulu mereka berparti. Mereka terjun dari satu pasukan ke satu pasukan yang lain. Mereka tetap bercakap hal Melayu. Mereka sungguh berani. Suara mereka lantang. Mereka sangat terkenal.
Bila mereka hilang jawatan, hilang kuasa - mereka mencari bahtera yang lain. Dari satu kapal ke satu kapal, mereka merentas samudera perjuangan Melayu. Kerana mereka pejuang tulen, yang beranu, mereka mudah tersingkir. Biasalah, mana ada pejuang tulen yang disukai oleh manusia hari ini.
Kerana mereka ini pejuang tulen, mereka tetap melawan. Mereka berpersatuan pula. Bagus. Niat mereka murni. Mereka ingin membela Melayu. Mereka ingin memajukan orang Melayu. Mereka berforum dan berseminar lagi. Masalah orang Melayu dibentangkan lagi. Satu demi satu. Panjang masalah orang Melayu ini mungkin sudah sampai ke bulan.
Anehnya, walaupun banyak pejuang, masalah orang Melayu yang bertimbun tak selesai juga.
Salah satu dari masalahnya ialah ialah terlalu ramai di kalangan kita yang ingin menjadi jagoan bangsa. Setiap orang ada agendanya. Setiap orang ada mimpinya.
Semuanya ingin jadi pemimpin. Semua ingin jadi presiden. Kita ada begitu banyak persatuan. Ada juga banyak NGO. Ada persatuan pelajar. Ada persatuan usahawan. Ada persatuan nelayan. Ada pertubuhan politik. Ada yang membela bahasa. Semuanya menggunakan perkataan Melayu di hujungnya. Sekarang mungkin beratus, bahkan beribu.
Persatuan yang banyak ini sekarang ini sudah menjadi satu lagi senarai permasalahan orang Melayu. Ia memecahkan lagi kita.
Kadang-kadang aku jadi curiga. Aku jadi tidak percaya lagi dengan semua ini. Adakah nama Melayu itu digunakan bagi tujuan populariti, atau itu memang niat yang murni.
Bagi aku - kalau semua orang ikhlas berjuang, tanpa mahukan nama, tanpa mahukan populariti - kita akan berjaya. Perjuangan orang Melayu bukanlah pentas Akademi Fantasia yang perlukan orang menyebut nama tanpa henti.
Aku pun - mungkin bakal jadi manusia terkenal juga jika aku tubuhkan Persatuan Blog Melayu. Aku jadi presidennya. Masalah orang Melayu tak akan selesai juga. Kerana aku hanya inginkan populariti.
Jangan bimbang - kalau gagal, nanti aku tubuhkan persatuan baru. Aku tetap juga presidennya.
-----------------------
NOTA
Sebab itu juga - mungkin generasi hari ini tidak begitu kenal dengan Pak Sako, Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi dan sebagainya. Mereka tidak terkenal. Tetapi mereka yang tidak terkenal inilah pejuang tulen.

Friday, 26 March 2010
Senyum mesra jiwa parah
Fikiran serabut, jiwa kacau.
Sudah dua hari, analisis statistik tidak menjadi. Ini data survey pertama aku dulu terhadap 185 orang pekerja di negeri Selangor. Puas aku cuba memanipulasi coding. Tidak berhasil juga.
Ada dua sebab utama. Satunya, mungkin sebab data yang sedikit. Sebab lebih besar ialah data ini berkemungkinan telah cuba diisi sendiri seperti yang aku ulas sebelum ini.
Dalam statistik, biasanya terdapat hubungan di antara satu fenomena dengan fenomena lain. Misalnya 'suka' dengan 'gembira". Orang yang suka tentu akan gembira, atau orang yang gembira besar kemungkinan akan suka.
Bagaimana pun, dalam kes data aku ia pelik. Ia seolah-olahnya, 'suka' berhubungan secara positif dengan 'marah'. Sepatutnya ia negatif. Sebab itulah aku mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kutipan data peringkat pertama dahulu. Pertamanya aku terkesan dengan tulisan yang sama dalam setiap borang soal selidik. Keduanya warna pen pun sama juga. Ketiganya, jawapan di antara setiap responden juga sama. Keempatnya - dalam satu kawasan yang didiami penduduk Cina, mereka dapat hampir semua responden!
Nasib baik kerja yang tidak jujur ini tidak dilakukan pembantu penyelidik yang lain. Kalau tidak tentu keadaan akan lebih parah.
Untuk kajian peringkat 2 dan 3, masalah seperti ini tidak ada. Terima kasih untuk Ann, Su dan rakan-rakan mereka.
Jadi apa yang patut aku buat? Mungkin kita patut bernyanyi 'senyum mesra jiwa parah, walau luka ketawa jua"!
Thursday, 25 March 2010
Mari menulis jurnal
Budaya menulis jurnal bukan lagi budaya bagi kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi di negara kita. Kita tidak dilatih untuk menulis dan menerbitkan hasil kajian.
Walaupun kita banyak menjalankan kajian akademik, tetapi tidak banyak pendedahan untuk pelajar kita menghasilkan karya berkualiti yang dapat dibaca oleh khalayak akademik lain. Ia bukan sahaja berlaku bagi kebanyakan pelajar ijazah pertama, malah di kalangan pelajar lepasan ijazah juga. Kebanyakan tesis kita tidak ditulis semula dalam bentuk penulisan jurnal.
Tidak tahu apa sebabnya.
Mungkin sebab pensyarah kita juga tidak begitu menulis dalam jurnal berkualiti. Atau mungkin menulis jurnal adalah sesuatu yang meremehkan - memerlukan pembetulan demi pembetulan. Juga mungkin kerana kita banyak menghasilkan laporan dalam bahasa Melayu menyebabkan ia mustahil untuk dihantar ke jurnal antarabangsa yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Sebab itu - adakalanya apabila kita cuba mencari rujukan kajian bagi bidang tertentu khusus bagi kajian Malaysia dalam jurnal antarabangsa, kita tidak mampu menemuinya. Logiknya kita mempunyai universiti di setiap negeri, sekurang-kurangnya pengkaji kita telah menjalankan kajian akademiknya sendiri.
Sekiranya anda pelajar yang sedang membaca blog ini - ada baiknya kita mulakan sesuatu. Tentu ada kajian tertentu yang boleh diterbitkan. Anda boleh menggunakan laman google dengan menaipkan nama jurnal yang spesifik dalam bidang anda. Misalnya "Journal of Cross-Cultural Psychology". Di situ anda akan menjumpai laman web bagi jurnal tersebut, dan ikut arahannya bagaimana untuk menghantar makalah anda.
Ada juga jurnal tertentu yang menerbitkan Edisi Khas bagi topik tertentu. Misalnya, bagi kajian dalam topik prejudis, ia boleh dicari melalui "Call for paper + prejudice" di laman google. Jurnal terbitan isu khas ini biasanya lebih menonjol berbanding dengan jurnal penerbitan berkala. Ini kerana semua penyelidik dalam satu-satu bidang akan menulis bagi topik yang sama dengan menggunakan pendekatan berbeza.
Kualiti jurnal pula biasanya ditentukan oleh impacts yang biasanya diukur berdasarkan jumlah pembacanya dan berapa banyak ia dipetik oleh orang lain. Kategori yang biasa digunapakai ialah A*, A, B dan C. Ada juga jurnal yang dikategorikan sebagai "unranked" - biasanya jurnal-jurnal yang baru muncul.
Sekiranya anda seorang pengkaji baru, anda boleh melayari laman scientific.thomson.com bagi melihat ranking satu-satu jurnal. Kerajaan Australia juga ada menawarkan rankingnya sendiri. Ia boleh dilihat di laman ERA ini.
Selamat mencuba dan menulis.

Sampai masanya kita menolong mereka
Membaca berita berkaitan orang asli di Malaysiakini dan juga jelajah Krenmaut dalam satu programnya, membuat aku bertanya, tidak adakah langkah yang lebih efisien bagi memajukan mereka. Maju dalam erti kata mereka kekal dalam tradisi mereka, tetapi mereka mempunyai peluang terdidik dalam ruang pemodenan. Melihat kepada bangunan surau yang usang, dan gambar rumah yang tidak teratur sudah cukup menceritakan kehidupan mereka.
Tidaklah pula bermakna, untuk memajukan mereka, kita perlu merosakkan hutan mereka. Kita merosakkan sungai, bukit dan tradisi kehidupan mereka. Tidak ada gunanya jika tanah mereka diteroka, bangunan baru dibangun - tetapi mereka kemudiannya kehilangan hak.
Mereka patut dimajukan tanpa menghilangkan identiti mereka. Mereka perlu diberikan pendidikan yang baik. Syarat untuk mereka mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam mungkin perlu dilonggarkan. Begitu juga dengan kouta khas untuk mereka bagi mendapatkan pendidikan tinggi dalam dan luar negara. Tindakan rasional perlu diambil bagi membela nasib mereka.
Kita juga patut berfikir - mengapa tidak ada wakil orang asli dalam parti politik? Bukan wakil sebagai ahli biasa, tetapi wakil pada peringkat tertinggi parti. Sekurang-kurangnya sebagai ahli Majlis Tertinggi. Adakah mereka tidak mempunyai calon yang sesuai. Selama ini, politik kita banyak menjurus kepada perjuangan etnik Melayu, Cina dan India. Jarang-jarang disebutkan perjuangan untuk kaum pribumi itu, khususnya bagi mereka di Semenanjung Malaysia.
Sesuatu harus difikirkan bagi memastikan mereka ada wakil dalam parti politik negara.
Atau, melihat kepada banyak permasalahan yang sedang berlaku kini, mungkin sudah tiba masanya kita mewujudkan jawatan Menteri Orang Asli dan Kaum Pribumi. Sekurang-kurangnya dalam merangka dasar dan polisi negara - ada hal berkaitan mereka boleh dibangkitkan.
Kita tidak boleh membiarkan mereka terjerat dalam perangkap globalisasi ini. Hutan mereka tak punya, bandar pula milik orang lain.

Datuk, ada bawa suara kami ke parlimen?
Sidang Parlimen bergema lagi. Kali ini ahli-ahli parlimen kita sedang mengusung nasib lebih 25 juta rakyat Malaysia. Semoga mereka membahaskan hal kehidupan kita. Semoga mereka berbicara soal anak-anak kita. Semoga mereka merasa belas dengan penderitaan yang sedang dihadapi sebahagian daripada kita. Moga, mereka juga mampu merancang masa depan kita dengan bijaksana.
Sesekali cuba kita perhatikan. Perhatikan diri kita sendiri. Bukan orang lain. Kita sering sibuk setiap kali pilihanraya. Seolah-olah satu pesta besar dalam hidup kita. Kita sanggup berjaga sampai lewat pagi. Bermandikan embun menampal poster di sana sini. Kita juga sibuk menganalisis. Siapa yang akan bertanding. Siapa yang bakal memerintah negara. Akan kecundangkan si polan dan si polan.
Cuma sayang - kita hanya sibuk untuk berkempen pilihanraya. Selepasnya kita diam. Selepasnya kita tidak lagi hebat. Paling hebat pun, bertanya bila akan diadakan pilihanraya lagi.
Jarang kita ambil kisah pun parlimen yang bersidang. Jarang kita ambil tahu pun sama ada wakil rakyat yang kita pilih itu membahaskan hal kehidupan kita. Atau mereka cuma membahaskan hal mereka sendiri? Adakah mereka bercakaran di parlimen itu kerana ingin memastikan kebaikan untuk kita, atau hanya untuk menutup keburukan mereka?
Jika pilihanraya itu penting, sidang parlimen itu lebih utama. Pilihanraya hanya menentukan siapa yang memerintah. Persidangan di parlimen itulah yang bakal menentukan nasib kita. Itulah sidang yang bakal menentukan berapa kali lagi harga barang yang akan naik, atau berapa banyak pula peluang pekerjaan baru akan disediakan.
Jika secara tidak sengaja kita terserempak dengan wakil rakyat kita - kita lebih merasa bangga dapat mencium tangan mereka. Kita berasa semacam itu hal yang sangat luarbiasa. Kita mungkin jarang membayangkan pun, ada hal yang lebih hebat daripada itu. Kita tentu akan menjadi rakyat paling istimewa kalau dapat bertanya: "Datuk, ada bawa suara kami ke parlimen?".
Sayang - kita kurang peka hal ini. Mungkin juga kerana kita memang sengaja tidak 'dipekakan' agar kita tidak begitu tahu hal ahli politik kita. Kita tidak perlu bimbang hal perdebatan di parlimen - kerana kita orang kampung yang tidak bijak. Mungkin itu juga sebabnya kita tidak diberikan peluang menonton perbahasan secara langsung.
Kita tidak tahu. Jawapannya tidak ada pada kita.
Yang perlu kita tahu - jangan lupa mengundi. Sama ada suara kita akan dibawa ke dewan yang mulia itu atau tidak - yang pasti suara wakil rakyat kita akan tetap bergema di parlimen.
Suara yang sama akan bergema lebih lunak lagi setiap kali menjelangnya pilihanraya.
Tolong. Tolonglah bawakan suara kami!

Wednesday, 24 March 2010
Selamat pagi Malaysia!
Jam 2.45 pagi. Mata belum mahu tidur lagi.
Jam 2.45 pagi. Kalau di tempat kita, Jalan Doraisamy masih penuh dengan manusia yang mencari sup kambing. Di Jalan Alor jenuh dengan wanita jelita seksi yang entah dari mana asalnya. Kedai mamak di Setiawangsa masih riuh dengan anak-anak muda menonton bola EPL. Mat rempit pun gamaknya masih belum tidur lagi.
Jam 2.45 pagi. Kutu-kutu dadah mungkin sedang sibuk menyuntik jarum di belakang bangunan usang Jalan Tunku Abdul Rahman. Kaum pondan pula mungkin masih ligat berurusniaga di Lorong Haji Taib.
Jam 2.45 pagi - Bandar Baru Bangi masih lagi cerah menyala. Pembuat teh tarik dan roti tempayan masih lagi berpeluh tak menang tangan mendengar jerit tukang order. Budak-budak universiti juga mungkin sedang sibuk menyelak satu dua muka surat buku - yang masih lagi belum dibaca. Banyaknya hanya duduk berborak dan bermain gitar.
Jam 2.45 pagi. Adelaide tidak ada apa-apa. Semuanya sudah mati. Sunyi dan sepi.

Tuesday, 23 March 2010
Perang politik ini memang menyusahkan
Perang memang menyusahkan.
Perang bukan sekadar peperangan ketenteraan. Percanggahan ideologi politik juga peperangan. Mungkin tidak banyak negara yang mengalami 'kempen sepanjang tahun' seperti Malaysia. Kita kelihatannya seperti akan menghadapi pilihanraya beberapa bulan lagi.
Semua ini mungkin kerana cara kita berpolitik juga. Kita tidak memberikan banyak ruang melalui media. Jadi orang menggunakan media alternatif - internet untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Orang terpaksa berkempen sepanjang hari - dengan ceramah dan seminar. Orang perlu mencipta isu demi isu, polemik demi polemik.
Semua ini tentu bukanlah hal yang sihat, dalam keadaan banyak isu rakyat yang masih belum selesai.
Sebentar tadi - Perdana Menteri Australia dan Ketua Pembangkang berdebat secara langsung dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Kesatuan Akhbar Australia. Perdebatan ini berkaitan polisi kesihatan yang menimbulkan banyak bantahan. Rakyat pula boleh bersoal jawab dengan kedua-dua tokoh tadi. Ia disaksikan melalui kaca televisyen seluruh negara.
Itulah peperangan politik di negara maju. Semua orang berpeluang mendengar dan mengulas isu. Tidak ada yang menang. Tidak ada yang kalah.
Kita pun - sampai masanya perlu juga membuka ruang kebebasan media. Agar tidak ada banyak khabar angin yang berlegar dalam langit pemikiran kita.
Kalau tidak - sampai bila-bila pun perang politik ini akan terus menyusahkan. Tidak ada berita lain yang dibualkan, melainkan gossip politik yang tak kunjung padam.
Apa isu yang kita ada? Lompat parti, krisis politik MCA, siapa pemimpin sebenar PPP, ketuanan Melayu, liwat, dan bermacam-macam lagi.
Siapa mahu menerangkan kepada kita tentang situasi ekonomi semasa? Apakah langkah yang telah diambil?

Monday, 22 March 2010
Mencari yang hilang
Dalam hidup kita, berapa banyak kali kita kehilangan sesuatu.
Ketika kecil - kita menangis hanya kerana kehilangan wang siling. Kita juga mungkin tidak berasa gembira kalau ada barang yang hilang.
Semakin kita berusia, kita mungkin tidak menangis lagi kerana kehilangan wang siling. Kita juga mungkin tidak akan menangis hanya kerana kehilangan perkara yang bersifat fizikal.
Tetapi - air mata kita mungkin mengalir kalau kehilangan sesuatu yang berkait dengan emosi kita. Kita mungkin tidak mampu menahan sebak kalau ada kematian ahli keluarga atau sahabat akrab kita.
Kita juga mungkin berasa sedih kalau ditinggalkan seseorang. Kita berasa tidak gembira kalau kita hilang kepercayaan.
Tetapi - ada satu hal kehilangan yang lebih besar. Ia lebih besar dari kehilangan harta benda atau manusia.
Usia kita. Itulah kekasih kita yang setiap hari meninggalkan kita. Jarang kita menangis untuknya. Usia kita - hari yang berlalu tak akan berulang lagi.
Ia hilang buat selama-lamanya.

Stres - sebahagian dari PhD
Aku ingat, bila sudah tidak berkerja, tidak lagi stres. Nampaknya tidak. Sesekali ia datang singgah juga.
Sudah beberapa hari aku stres. Hari Khamis lepas, langsung tak boleh nak tidur. Cuma tidur beberapa jam. Pagi Jumaat, aku e-mel penyelia aku hal statistik yang kacau bilau. Ada beberapa hal yang sepertinya tidak kena dengan teori.
Beberapa minit kemudian - penyelia aku call. Itulah cara kami berkerja sejak dia bercuti sabatikal 6 bulan. Khidmat penyeliaan melalui telefon, sambil tangan aku menggerakkan analisis Structural Equation Modeling. Sebab perbualan kami panjang, aku beritahu beliau, lebih baik aku ke rumahnya sahaja.
Aku menaiki kereta buruk aku terus ke rumahnya di Churchill Road. Di sana kami berbincang lagi. Beberapa hal selesai.
Balik rumah analisis lagi. Ada hal yang tak kena juga. Dua hari - Sabtu dan Ahad fikiran kacau bilau datang semula.
Cuma pagi ini, aku terima e-mel dari penyelia aku:
Dont worry too much about res--> eng. It could be a chance finding in the odd group. We have good theoretical reasons for believing it, we see the relationship in other studies, so I think say results provide some support for res--eng.
Baru mental aku kembali stabil. Sebenarnya inilah sebahagian dari pengalaman PhD. Adakalanya gembira, adakalanya tidak. Ia juga sebahagian pengalaman belajar di luar negara. Pensyarah di sini juga - kalau pun tidak semua - mereka tidak ada budaya 'power distance'.
Jadi, mereka tidak kisah dengan banyak hal melibatkan skema dan protokol. Mereka mudah berkira.
Ada sesiapa dari Malaysia yang berhasrat untuk buat PhD dalam bidang work stress? Boleh contact aku.

Sunday, 21 March 2010
Siri kuliah psikologi 2 - Art of Persuasion - Bah 3
Bagaimana mempengaruhi manusia?
Dalam psikologi - terdapat satu konsep yang dikenali sebagai "the foot-in-the-door phenomenon", atau 'fenomena kaki di pintu'. Orang awam yang jarang terbiasa dengan bidang psikologi mungkin jarang mendengar istilah ini. Bagaimana pun, kita selalu menghadapi situasi ini di banyak tempat dalam hidup kita.
Kita adakalanya mendapat panggilan telefon dari syarikat yang tidak diketahui yang menawarkan kita pakej percutian di sebuah pusat peranginan ternama selama beberapa hari. Kita mungkin berasa gembira dengan tawaran pelik ini. Sebaik sahaja kita menerima jemputan mereka itu - kita sebenarnya tahu bahawa ia bukanlah satu percutian.
Sebaliknya kita diberikan taklimat mengenai kebaikan program mereka, atau meminta kita menjadi ahli. Dalam banyak hal, orang tidak ada banyak pilihan. Sebaik sahaja kita 'melangkah masuk ke pintu', mereka boleh dengan mudahnya mempengaruhi kita selepasnya. Di Malaysia, strategi ini banyak digunakan oleh syarikat skim cepat kaya.
Begitu juga dengan penyertaan dalam persatuan tertentu. Kita pada mulanya kita mungkin tidak berhasrat pun menyertai persatuan mereka. Kita pada mulanya hanya dijemput untuk majlis makan-makan sahaja.
Beberapa hari kemudiannya mereka menjemput lagi dengan majlis yang lain pula. Mereka juga mungkin memberikan kita bantuan tertentu. Akhirnya, kerana 'malu muka', apabila diajak menganggotai kumpulan mereka - kita terpaksa mengikut dengan berat hati.
Kaedah ini juga -dalam bahasa yang mudah - "meminta yang kecil, mengharap yang besar". Dalam dunia moden kini, banyak orang tertipu dengan kaedah ini. Banyak manusia pembelit yang menghantarkan 'spam email' yang menawarkan pelbagai kekayaan. Sebagai kononnya akan memasukkan wang kepada kita. Sekiranya kita membalas respons mereka (sesuatu yang kecil), kemudiannya mereka akan meminta pula kita memberikan salinan pasport sebagai kononnya sebahagian dari proses memasukkan wang.
Setelah kita memberikan salinan pasport, kali ini mereka akan meminta lagi. Ia sedikit besar dari permulaannya. Mereka akan meminta kita memasukkan wang dalam jumlah tertentu kepada mereka, sebelum mereka akan memindahkan wang yang banyak ke akaun kita.
Semua ini adalah tipudaya 'fenomena kaki di pintu'. Sebab itu, jangan sesekali membuka pintu untuk segala permintaan yang dihantar melalui emel orang yang tidak dikenali.
Graduan muda yang baru mendapat pekerjaan - yang kemudiannya ditangkap kerana mengedar dadah di negara luar mungkin telah melalui langkah-langkah ini. Mereka pada mulanya mungkin hanya diberikan tugas yang kecil. Lama-lama kelamaan, ketua mereka ini meminta lagi - misalnya membawa beg ke luar negara. Sedangkan beg yang dibawa itu mungkin berisi dadah.
Banyak juga pasangan muda yang tertipu dengan pasangan mereka kerana kaedah ini. Pada mulanya mereka mungkin hanya akan meminta memegang tangan. Kalau mereka berjaya, bermakna mereka akan meminta lagi kemudiannya anggota yang lebih besar. Kita tidak sedar bahawa kita sudah terpengaruh, kerana kita membuka pintu untuk permulaan tadi. Kalau kita menutupnya lebih awal, hal yang buruk mungkin tidak bakal terjadi.
Jurujual yang datang ke rumah kita juga mungkin diajar dengan cara ini. Mereka pada mulanya mengetuk pintu rumah kita hanya untuk menilai keselamatan peralatan dapur kita. Kalau kita terpedaya, kita akan tergoda. Logiknya, kenapa harus ada orang yang ingin menilai tahap keselamatan dapur rumah. Jika jabatan kerajaan pun tidak pernah melakukannya, mengapa pula hanya syarikat swasta yang teringin melaksanakan tugas itu.
Sekiranya kita telah membenarkan orang tadi masuk, dia kemudiannya akan meminta lagi. Jadi untuk mengelak hal yang buruk, lebih baik jangan biarkan mereka masuk ke rumah. Melainkan kita orang bijak menafasir manipulasi dan teknik pengaruh mereka.
Begitulah sedikit sebanyak bagaimana orang memulakan langkah mempengaruhi manusia. Adakalanya kita tertipu. Jika kita pandai, kita juga boleh menggunakan kaedah ini untuk kebaikan. Misalnya untuk memimpin pekerja kita, atau mendidik anak murid kita di sekolah.
Sebagai permulaan - sekiranya anda seorang isteri, jika anda inginkan perhiasan, jangan meminta dibelikan rantai emas yang besar. Mintalah dibelikan cincin dahulu. Kemudian mintalah pula untuk membelikan gelang tangan. Anda mungkin tidak mendapat apa-apa kalau terus meminta dibelikan rantai emas yang besar dari suami anda!
Bagaimana pun, sekiranya anda hanya memerlukan cincin, lain pula caranya. Anda boleh sedikit sebanyak membaca hal ini dalam topik psikologi betis dan paha.
Tamat. Kalau ada masa, nanti kita sambung dengan tajuk lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)