Yang Ikut

Monday, 22 March 2010

Mencari yang hilang

Reactions: 
Dalam hidup kita, berapa banyak kali kita kehilangan sesuatu.

Ketika kecil - kita menangis hanya kerana kehilangan wang siling. Kita juga mungkin tidak berasa gembira kalau ada barang yang hilang.

Semakin kita berusia, kita mungkin tidak menangis lagi kerana kehilangan wang siling. Kita juga mungkin tidak akan menangis hanya kerana kehilangan perkara yang bersifat fizikal.

Tetapi - air mata kita mungkin mengalir kalau kehilangan sesuatu yang berkait dengan emosi kita. Kita mungkin tidak mampu menahan sebak kalau ada kematian ahli keluarga atau sahabat akrab kita.

Kita juga mungkin berasa sedih kalau ditinggalkan seseorang. Kita berasa tidak gembira kalau kita hilang kepercayaan.

Tetapi - ada satu hal kehilangan yang lebih besar. Ia lebih besar dari kehilangan harta benda atau manusia.

Usia kita. Itulah kekasih kita yang setiap hari meninggalkan kita. Jarang kita menangis untuknya. Usia kita - hari yang berlalu tak akan berulang lagi.

Ia hilang buat selama-lamanya.

3 comments:

cucu Hipnie said...

salam wbt..

subhanallah.. terkena sy dengan entri ni, ditakdirkan pula sy telah berusia 23 tahun hari ini
[230310]..

btol3, yang hilang itu telah hilang selama-lamanya.. cuma mampu berusaha agar apa yang bakal hilang selepas ini telah pun dimanfaatkan sebaiknya..

terima kaseyh.. =]

FakirFikir said...

Kalau begitu - kita ucapkan selamat ulangtahun!

Auslaide said...

Bukan Usia kekasih kita Bg! tapi masa. Maslah lebih tepat lagi!!Masa bukan kekasih kita tapi peluang kita! sebab masa tak boleh menjanjikan kebahagiaan. Usia pula tak boleh menggembirakan kita!!

Kalau kita terlepas masa..rugilah kita sebab tuhan dah berjanji dgnnya!!

So...Jangan tinggalkan masa kita key!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails