Yang Ikut

Monday, 15 March 2010

Pedophilia - Simptom yang perlu anda tahu

Reactions: 
Nota: Tulisan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu atau kumpulan. Ia hanya menjelaskan simptom psikologi.

Satu hari anda didatangi oleh seseorang yang mungkin kelihatan warak. Dia meminang anak gadis anda yang masih di bawah umur. Berhati-hatilah. Kelihatan warak belum tentu sempurna. Kelihatan alim belum tentu mereka tidak sakit.

Adalah tidak masuk akal untuk kita - ada orang yang tertarik dengan anak gadis kita yang masih di bawah umur. Ia mungkin hal pelik bagi orang normal. Hakikatnya, hal yang jarang-jarang berlaku ini adalah satu penyakit psikologikal. Ada kemungkinan apa yang berlaku itu bersabit dengan simptom yang selalu dibincang dalam bidang psikologi.

Ia mungkin berkait dengan simptom Pedophilia. Anda boleh membaca di wikipedia hal ini. Aku tidak akan mengulas apa yang telah ditulis di dalam wikipedia itu. Sila baca agar anda faham.

Secara umumnya - pedophilia -ialah kecenderungan manusia tertarik secara seksualnya dengan kanak-kanak, atau dalam bahasa mudah 'ingin menjadikan kanak-kanak sebagai sahabat'. Walaupun penyakit ini boleh jadi menimpa sesiapa sahaja, tetapi ia biasanya merujuk kepada kesukaan orang dewasa terhadap kanak-kanak.

Bagaimana pun, simptom ini tidak semestinya seksual, walaupun banyak dari kecenderungan ini berasas kepada seksual. Ada juga perlakuan yang mungkin untuk menyakiti kanak-kanak misalnya merosakkan barang permainan mereka.

Secara puratanya penyakit ini selalu menimpa lelaki pertengahan umur, walaupun ada kajian menunjukkan wanita juga mungkin ada gejala ini.

Kajian-kajian yang dilakukan (misalnya Gebhard, 1965) menunjukkan pelaku atau pesakit pedophilia ini biasanya kenal dengan mangsa, misalnya mengenali keluarga mereka, hidup sebagai jiran atau sahabat keluarga. Kajian-kajian juga menunjukkan 10-15 peratus kanak-kanak terdedah dengan perlakuan sumbang ini.

Aku tidak begitu pasti dengan isu ini di Malaysia. Ia bukan bidang kepakaran aku. Bagaimana pun, isu-isu penderaan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak ada kemungkinan bersabit dengan masalah pedophilia ini.

Sebenarnya, yang patut kita utamakan ialah bagaimana kita dapat mengubati atau menghindar gejala pedophilia ini. Ini bukan masalah mana-mana kumpulan agama. Lainlah, kalau semua ahli jemaah itu tertarik dengan perkara yang sama, yakni mengahwini gadis bawah umur. Bagi aku, apa yang berlaku ini lebih merupakan masalah personaliti manusia. Ia penyakit psikologi yang perlu disedari oleh masyarakat dan ditangani bersama.

Sudah tiba masanya juga - pihak berkuasa khususnya memberikan juga kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit-penyakit psikologikal dan mental yang ada dalam masyarakat. Sekurang-kurangnya kita dapat menghindar dan mengambil langkah yang patut.

Jadi aku harap - dengan penjelasan ini - sedikit sebanyak membantu Ziarah76 dalam cuba memberikan isyaratnya dalam topik nila setitik di laman blog beliau.

Takut nanti akan ada orang awam cuba mencadangkan agar kumpulan tertentu diharamkan, sedangkan isu utama bukanlah kumpulan ini. Takut nanti lain yang sakit, lain yang diubat.

3 comments:

ziarah76 said...

thanks fakirfikir,
input dari segi akademik/psychology begini memang penting.
Aku harap ramai boleh baca input begini supaya org lebih rasional, objektif dan fokus kpd isu sahaja.

Peluncur Islam said...

satu perkara masyarakat pandang serong... Bila blaku sesuatu pada jemaah...habis seluruh disalahkan..

contoh mudah...tempat ana sendiri... dulu ada seorang ustaz dia buat dakwah..josh bkn main...tapi oleh kerana dia lama dah "sejuk" (dlam 10 tahun)... maka tiba-tiba dengar berita hari tu... dia bercerai dan kahwin dengan org lain...

Jadi apa yg telah kena pada ana adalah...merah telinga mendengar mulut2 org kampung!

"haaa tulah puak dakwah...kahwin pastu cerai"...
"puak dakwah apa..ceraikan isteri"...dan banyak lagi... panas telinga!!!

kenapalah masyarakat memandang macam tu... ana jgk yg dipersalahkan.. ana jgk yg kena..tapi tak pe...itu ujian dr Allah nak menguji hambanya...dan untuk tujuan islah dan peringatan buat diri yg berada dlm usaha agama...

dalam hati ana masa org kampung ckp mcm tu...

ana kata:

"yang tak buat dakwah...dan tak kahwin tapi bermain dengan bini org lagi ramai... yg tak buat dakwah...berapa ramai yg dah ceraikan isteri mereka... yg tak buat dakwah...berapa ramai yg berkhawin ramai... dan bla2..."

tapi apa2 pun dlm usaha dakwah..kena byk sabar dan doa nangis2..agar Allah bg hidayah...

ihsan_huhu said...

tp budak2 14, 15, 16 taun kat sini body dh mcm mak org dah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails