Yang Ikut

Thursday, 25 March 2010

Mari menulis jurnal

Reactions: 
Budaya menulis jurnal bukan lagi budaya bagi kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi di negara kita. Kita tidak dilatih untuk menulis dan menerbitkan hasil kajian.

Walaupun kita banyak menjalankan kajian akademik, tetapi tidak banyak pendedahan untuk pelajar kita menghasilkan karya berkualiti yang dapat dibaca oleh khalayak akademik lain. Ia bukan sahaja berlaku bagi kebanyakan pelajar ijazah pertama, malah di kalangan pelajar lepasan ijazah juga. Kebanyakan tesis kita tidak ditulis semula dalam bentuk penulisan jurnal.

Tidak tahu apa sebabnya.

Mungkin sebab pensyarah kita juga tidak begitu menulis dalam jurnal berkualiti. Atau mungkin menulis jurnal adalah sesuatu yang meremehkan - memerlukan pembetulan demi pembetulan. Juga mungkin kerana kita banyak menghasilkan laporan dalam bahasa Melayu menyebabkan ia mustahil untuk dihantar ke jurnal antarabangsa yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Sebab itu - adakalanya apabila kita cuba mencari rujukan kajian bagi bidang tertentu khusus bagi kajian Malaysia dalam jurnal antarabangsa, kita tidak mampu menemuinya. Logiknya kita mempunyai universiti di setiap negeri, sekurang-kurangnya pengkaji kita telah menjalankan kajian akademiknya sendiri.

Sekiranya anda pelajar yang sedang membaca blog ini - ada baiknya kita mulakan sesuatu. Tentu ada kajian tertentu yang boleh diterbitkan. Anda boleh menggunakan laman google dengan menaipkan nama jurnal yang spesifik dalam bidang anda. Misalnya "Journal of Cross-Cultural Psychology". Di situ anda akan menjumpai laman web bagi jurnal tersebut, dan ikut arahannya bagaimana untuk menghantar makalah anda.

Ada juga jurnal tertentu yang menerbitkan Edisi Khas bagi topik tertentu. Misalnya, bagi kajian dalam topik prejudis, ia boleh dicari melalui "Call for paper + prejudice" di laman google. Jurnal terbitan isu khas ini biasanya lebih menonjol berbanding dengan jurnal penerbitan berkala. Ini kerana semua penyelidik dalam satu-satu bidang akan menulis bagi topik yang sama dengan menggunakan pendekatan berbeza.

Kualiti jurnal pula biasanya ditentukan oleh impacts yang biasanya diukur berdasarkan jumlah pembacanya dan berapa banyak ia dipetik oleh orang lain. Kategori yang biasa digunapakai ialah A*, A, B dan C. Ada juga jurnal yang dikategorikan sebagai "unranked" - biasanya jurnal-jurnal yang baru muncul.

Sekiranya anda seorang pengkaji baru, anda boleh melayari laman scientific.thomson.com bagi melihat ranking satu-satu jurnal. Kerajaan Australia juga ada menawarkan rankingnya sendiri. Ia boleh dilihat di laman ERA ini.

Selamat mencuba dan menulis.

3 comments:

Kalam Tintaku.... said...

-salam wbt. ...sy pun tgh menulis thesis peringkat akhir, belum sempat siap lagi, supervisior siap minta sy tulis journal untuk publish.....semangat nak tulis jurnal...
-semoga berjaya tuk fakirfikir.

ainishamsi said...

semalam masa pergi pesta buku, saya saje2 jalan kat booth MAPIM (yg jual hasil penulisan ipta malaysia). Yang banyak saya jumpa adalah penulisan kajian akademik yang dibukukan. jarang nak jumpa jurnal yg memang jurnal.

mungkin saya yg ignorant, tp adakah mmg agak sukar nak jumpa jurnal kat malaysia? satu lagi,utk student ipta, akses utk online jurnal mudah ke?

FakirFikir said...

Kalam Tintaku -selamat mencuba.

Aini - Di Malaysia, kita ada banyak jurnal hard copy. Untuk akses jurnal online, masih banyak yang belum disubscribe. Tidak semeriah sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails