Yang Ikut

Wednesday, 24 March 2010

Selamat pagi Malaysia!

Reactions: 
Jam 2.45 pagi. Mata belum mahu tidur lagi.

Jam 2.45 pagi. Kalau di tempat kita, Jalan Doraisamy masih penuh dengan manusia yang mencari sup kambing. Di Jalan Alor jenuh dengan wanita jelita seksi yang entah dari mana asalnya. Kedai mamak di Setiawangsa masih riuh dengan anak-anak muda menonton bola EPL. Mat rempit pun gamaknya masih belum tidur lagi.

Jam 2.45 pagi. Kutu-kutu dadah mungkin sedang sibuk menyuntik jarum di belakang bangunan usang Jalan Tunku Abdul Rahman. Kaum pondan pula mungkin masih ligat berurusniaga di Lorong Haji Taib.

Jam 2.45 pagi - Bandar Baru Bangi masih lagi cerah menyala. Pembuat teh tarik dan roti tempayan masih lagi berpeluh tak menang tangan mendengar jerit tukang order. Budak-budak universiti juga mungkin sedang sibuk menyelak satu dua muka surat buku - yang masih lagi belum dibaca. Banyaknya hanya duduk berborak dan bermain gitar.

Jam 2.45 pagi. Adelaide tidak ada apa-apa. Semuanya sudah mati. Sunyi dan sepi.

3 comments:

ismadiyusuf said...

itulah kualiti kehidupan sesebuah negara...

azharjaafar said...

Jam 2.45 pagi - ada manusia yang sedang bersunyian sambil bermunajat kepada Allah.. Yang kedengaran hanya suara tangisan dan seduan mengharap simpati dari tuhannya..

~cinonet~ said...

Jam 2.45 pagi - mungkin ada anak kecil yang menangis kerana lapar dalam erti kata dahagakan susu. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails