Yang Ikut

Monday, 29 March 2010

Update 11.45 malam

Reactions: 
Jam 11.45 malam waktu Australia Selatan.

Setelah beberapa bulan - seingat aku sejak penghujung Disember 2009 lagi aku mula menulis satu artikel untuk dihantar ke jurnal. Seperti biasa, aku akan memaksa diri untuk menyiapkan dalam tempoh 10 hari sahaja untuk draf pertama. Biasanya matlamat aku ini berjaya.

Selepasnya, aku hantar kepada penyelia aku untuk menyemaknya. Ada komen di sana sini, khususnya hal statistik dan konseptual. Setelah itu, aku hantar pula kepada seorang kawan aku berbangsa Jerman di Guternberg University. Artikel yang panjangnya 5,000 patah perkataan dikomen sana sini. Kemudian aku semak, baca dan tulis lagi.

Sepanjang 3 bulan ini, rasanya itulah perkerjaan aku. Menghantar artikel kepada penyelia aku. Dia komen dan tulis semula. Pulang semula kepada aku. Aku baca dan tulis semula. Aku hantar balik. Proses ulang alik ini berlaku sama ada seminggu sekali atau 3 hari sekali. Tergantung kesibukan kami.

Malam ini - artikel aku yang kini panjangnya 10,000 patah perkataan akhirnya selamat di upload ke Journal of Occupational Health Psychology.

Proses ulang alik itu juga menjadikan tulisan aku hanya tinggal beberapa kerat. Selebihnya ia sudah menjadi karangan penyelia aku. Baki tulisan aku yang tinggal mungkin hanya Malaysia.

Ah. Ada satu lagi artikel sedang menunggu. Data baru pun sedang menunggu juga.

3 comments:

ainishamsi said...

waaahhh!!!!tahniah abang awang! saye dulu baru buat sikit je dah macam nak gila. ni nak tulis artikel 10k perkataan, lepas tu uploaded kat journal.. mmg salute abes aaa!!

tahniah abg awang!

ziarah76 said...

10k?
semoga terus sukses

p/s: kalau tak silap iklan pen kilometrico 'menulis beribu-ribu perkataan...kilometrico

FakirFikir said...

Kalau tulih blog, 10juta pun boleh siap lama dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails