Yang Ikut

Friday, 5 March 2010

Selamat datang

Reactions: 
Sejak seminggu kebelakangan ini, ramai pelajar baru dari Malaysia datang. Aku kira, mereka tentulah orang yang pintar - yang lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan mereka. Umur mereka tentulah masih belasan, atau awal 20-an. Selamat datang aku ucapkan.

Siapa pun mereka, dari mana latar belakang sekalipun - mereka akan menjadi manusia musafir seperti aku juga. Mereka terpaksa meninggalkan banyak kenangan indah di negara sendiri. Meninggalkan ibu dan ayah, sahabat handai dan saudara mara. Mereka akan menemui komuniti baru di sini.

Seperti aku juga - mereka akan diharapkan pulang dengan ijazah. Pulang dengan kejayaan.

Mereka ini sebenarnya kumpulan yang bernasib baik. Tidak semua anak muda mampu ke luar negara jika dihitung kepada usia mereka. Bahkan, belum tentu orang dewasa juga mampu memijak bumi asing seumur hayat mereka. Mereka juga akan dihadapkan dengan persekitaran ilmu yang lebih baik. Budaya asing yang tertib. Budaya menghormati undang-undang. Menjaga kebersihan. Inilah ilmu baru yang mereka pelajari nanti.

Sekalipun mereka akan merasa sepi - merasa bosan - dan sesekali ditimpa simptom 'separation anxiety', jangan bimbang. Ia dirasai semua orang. Semua orang akan tetap mengenang asal usulnya.

Selamat belajar. Ingat, anda adalah pelajar pintar. Tetapi jangan sesekali merasa besar diri dengan peluang itu. Jadilah diri anda sendiri. Anda tidak akan kehilangan apa pun. Sekiranya anda menjadi besar diri dan besar kepala, kelak ia bakal membakar diri anda.

2 comments:

hainur hapis said...

Assalamualaikum bang

doa utk ana gak


www.hainur.com

dpt wat dakwah stiap tmpt di mana sy dihantar Insya Allah


Amin...


Assalamualaikum

Chah said...

2,3 ari lepas aku ke KB, pakcik teksi tu sibuk bercerita dia baru balik dr KLIA anta anak belajar kt adelaide. Erm for sure akan terjumpa jugak ngan hang satu ari nanti..

aku tumpang berdoa,walaupun anak dia tk jadi org yg super duper baik, dpt jadi cm hang pun jadik la...hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails