Yang Ikut

Tuesday, 31 March 2009

Selamat tinggal rokok

Reactions: 
Aku ada berita terkini.

Aku dah berjaya berhenti merokok sejak 24 jam yang lalu tanpa sebatang rokok pun. Aku akan cuba untuk bertahan 24 jam lagi. Semalam Prof Tony tanya aku, 'bila kali terakhir aku hisap rokok?". Aku jawab "Dah berhenti". Dia tengok atas bawah. Macam tak percaya. Setiap kali jumpa aku, itulah soalan pertamanya. Dalam emel pun dia akan mula dengan ayat itu juga. Tapi bila aku jawab dah berhenti, dia jadi ragu-ragu.

Sebab utama aku berhenti merokok dalam 24 jam yang lalu, dan 24 jam yang akan datang bukanlah kerana pertanyaan Prof Tony itu. Aku tak ada masalah pun. Aku mula berfikir untuk berhenti bila aku kenang-kenang, abang aku tinggalkan 5 orang anak. Tentu susah kakak ipar aku nak besarkan anak-anak dia. Aku sedikit sebanyak kena tolong juga. Yang paling besar pun baru nak masuk universiti tahun ini.

Walaupun hidup di sini sekadar cukup-cukup makan, tetapi bila hitung balik perbelanjaan rokok Marlboro aku AUD10 sehari, maksudnya AUD300 sebulan. Kalau ditukar dalam ringgit, sudah jadi hampir RM1000. Daripada aku habiskan dengan rokok, lebih baik aku guna duit itu untuk tolong anak-anak saudara aku. Walaupun tak mungkin semua wang itu pergi ke sana, tetapi sekurang-kurangnya aku ada lebihan wang untuk bantu mereka.

Jadi itulah punca aku berhenti rokok dalam 24 jam ini, dan 24 jam akan datang. Aku akan cuba lagi untuk 24 hari ke depan, dan mungkin 240 hari selanjutnya.

Lagi pula, bila aku ingat balik aku dah mula merokok tahun 1986 sembunyi-sembunyi. Tahun 1989 bila habis SPM dah ada lesen penuh. Masa tingkatan 6, aku dah ada kotak Dunhill 20 dalam beg sekolah tanpa ragu-ragu. Jadi hitung-hitung balik, dah hampir 23 tahun aku merokok ini. Jadi baik aku mula belajar untuk berhenti pula. Mana tahu hidup aku pun ada 23 tahun lagi. Itupun kalau cukup panjang.

Apa aku rasa? Sedikit perit bila setiap saat nikotin dalam badan aku cuba memujuk aku kembali merokok, terutamanya waktu pagi dan malam. Dalam psikologi, kita namakan ini sebagai 'terikan psikologi". Inilah antara kekacauan yang selalu menghalang kita berhenti.

Tapi aku dah cuba reverse psychology. Aku cuba menikmati 'kegelisahan' tidak merokok. Aku cuba berkata inilah yang aku inginkan. Cabaran itulah yang aku mahu.

Sudah lama aku menikmati keseronokan merokok, kali ini aku cuba menikmati sesuatu yang terbalik pula.

11 comments:

Abang Ben said...

selamat berhenti. 2 minggu pertama tu memang hati panas wooo nak hilangkan candu tu.

Gua start merokok tahun 1988 dan berhenti 1993. Sebelum berhenti tu dah masuk sehari sekotak. Tak larat nak beli kotak, gua hisap rokok balut. Bison. Standard gak tu.

2 minggu pertama, sapa tegur aku tak pasal2 mesti nak kena pelempang punya hahahaha....

FakirFikir said...

Ini pun dah jadi cacing. Gelisah semacam. Kelmarin balik uni awal. Hari ini tak jadi pi. Kacau sungguh.

Anonymous said...

Mudah-mudahan berjaya...
tapi tak buleh berhenti mengejut kena kurangkan, mungkin sebatang sehari ka...

saifz2@yahoo.com

muhriz rahmat said...

Berapa peratus ya kekuatan tarikan psikologi terhadap perbuatan yang kita lazim lakukan? Kalau sudah melebihi 10 tahun perkara yang sama kita lakukan, maknanya mungkin lagi kuat terbayang di otak untuk lakukan perkara itu juga. Pendek kata sudah menjadi hobi.

Tapi mungkin kita boleh berjaya tinggalkan 100% dengan melihat faktor kerugian pada diri bila merokok. Mungkin orang tidak akan tinggalkan operasi merokok diwaktu sihat. Namun apa yang saya lihat, perokok akan berhenti terus (bukan sekejap-sekejap bahkan selama-lamanya) apabila diserang penyakit pada skala yang merbahaya. Begitu jugak dengan wang. Perokok perlu jadi fakir dahulu sebelum berhenti 100% ;)

Anonymous said...

wah! satu pendekatan & permulaan yg baik!! disokong 100%.."semoga berjaya". Sat g hang boleh psiko kawan2x yg lain jugak supaya mereka berhenti. Pratice make perfect..at least u're already practice!! Good on u :)

Anonymous said...

hulamak cayalah, kalau macam ni dah kuranglah pencemaran udara sikit di adelaide ni...satu permulaan yg bagus,yakin boleh...

Anonymous said...

ASsalamualaikum wahai sahabatku...semoga azam tuan untuk tidak merokok berterusan.biar minda menjadi tuan dan raja...selamat berhenti merokok
ahmad najmi abas

isuzu_aizu said...

selamat berusaha & berjaya abg awang :)

mangkuk statik said...

Slm,
1.Semue komen2 tak berguna kecuali abg ben. Ape dier kata tu betul2 ape yg aku rase. Hati macam di rasuk syaitan sampai aku sepak terajang tong sampah tempat aku kerje.Tu namernyer withdrwal symptoms = physiological bukan psychological semata2.

2.Walaupun aku dah 3-4 tahun quit, tapi aku masih rase mcm masih dlm process quit.

3. Sedikit cadangan. Reverse psychology yg aku gunakan lain drp engakau. Aku guna teknik "menipu diri sendiri". Gini. Biler aku raser macam nak isap, aku cepat2 kata pada diri sendiri, "kan tadi baru isap, baru sat tadi,. Tunggu lah sat nanti". Macam posa lah kan. Kau kata tunggu lah sat nanti maser buka baru isap. Kan possible tu.

Kalau teruk sanggat, aku bayangkan yg aku tenggah isap rokok. Aku imbas kembali rase kelat di lidah, bau terbakar di hidung dan high maser isap. Jadi otak aku tertipu seolah2 aku dah isap. Legalah sikit.

Aku tak pernah sekali2 cakap kat diri aku yg aku ni tenggah quit ni. Aku tak bagitau org dan tak tulis lam blog pon. In my mindset, aku masih pengisap rokok.

The pshylogical association tu kene lah kukuhkan iman. Lepas makan nasi, cuba lah mamah epal ke mamah apa2 yg halal di mamah.

Tapi physiological withrwal tu sungguh HEBAT. AKu tak tau camner nak kata. AKu tercirit, insomnia, mood swing, baran, panas sejuk, negaraku tak tentu pasal. KAdang aku terase nak isap balik, tapi mengenagkan peritnye akunyer withdrawal, trus kansel.

Buang semeur rokok dan ashtray dan lighter tu.

Klau fail, aku balik ni bawak semporna untyuk sidi wei.Meelepaslah kau.

zarzh said...

Eeem...mangkuk statik nak berhenti rokok macam "cold turkey" aje, tu rokok atau popi? Kalau rokok, dia punya fizikologikal, sebenarnya bukanlah teruk sangat, jadi kuat makan aje, sebab itu kebanyakan yang berhenti rokok, badan cepat naik...dan bagus untuk peniaga resturant bila ramai pelanggan kuat makan....ahak ahak

ihsan_huhu said...

owh xpe dh ok kang aku kaco2 ko balik kat uni.

kl kaco skang sure r kene pelempang siam xpasal2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails