Yang Ikut

Thursday, 2 April 2009

Meramal 3 pilihanraya kecil

Reactions: 
Pilihanraya muncul lagi. Kali ini di tiga tempat sekaligus. Di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Siapa yang bakal menang? Ini soalan yang akan selalu muncul dalam minda pemerhati amatur seperti kita. Pemerhati profesional pun akan bertanya soalan yang sama juga. Ini belum termasuk broker projek yang juga meramal kalah menang sesebuah parti.

Jadi kali ini blog ini juga cuba meramal. Benar atau salah kemudiannya tidak begitu penting. Yang penting ramalan sudah dibuat.

Sebelum ramalan dibuat, ada baiknya semua orang tahu bahawa semalam pasukan bolasepak Argentina dibelasah 6-1 oleh pasukan Bolivia. Pasukan Argentina memang diketahui sebagai gergasi dunia. Jurulatihnya pula bukan calang-calang manusia, Diego Maradona. Anda boleh berkaki bangku, tetapi anda tidak boleh untuk tidak kenal manusia bernama Maradona ini.

Apa kaitannya? Jangan lupa, pasukan besar juga boleh tewas.

Kita ramalkan pula pilihanraya kecil di ketiga-tiga tempat.

1. Di Batang Ai - Barisan Nasional menang.
Alasannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak adalah kubu kuat BN. PKR pula parti yang relatifnya baru. Mustahil akan menang di sana. Percubaannya kali ini boleh kita anggap sebagai salam perkenalan sahaja.

2. Di Bukit Selambau - Ini kawasan yang paling susah untuk diramal. Ada 15 individu yang bertanding. PKR dan BN tentulah parti pilihan. Bagaimana pun, sekiranya semua saudara mara dan sahabat handai (katakan 50 orang) telah memilih calon bebas, maksudnya PKR dan BN telah kehilangan 500 orang lebih. Ini ditambah dengan pemilihan calon PKR yang dikatakan tidak serasi dengan masyarakat setempat. Juga masalah-masalah dalaman PKR (seperti di Pulau Pinang dan Adun lompat parti) juga akan menjejaskan peluangnya kali ini. Peluang untuk BN menang 51:49.

3. Bukit Gantang - sosok YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah manusia paling popular di Perak dan Malaysia sejak kebelakangan ini. Bagaimana pun, walaupun popular belum tentu beliau menang dengan mudah juga. Melihat kepada perubahan politik tanahair, dan juga perubahan cara kempen politik BN - seakan-akannya PAS akan menghadapi laluan sukar kali ini. Ini termasuk juga pergolakan dengan pihak istana sebelum ini. Memang, kelihatannya banyak orang memihak kepada Pakatan Rakyat. Bagaimana pun, dalam konteks tempatan, menyanggah kata Raja adalah sesuatu yang jarang berlaku. Apatah pula Bukit Gantang itu sendiri bersebelahan dengan bandar diraja Kuala Kangsar. Jadi, peluang untuk PAS kalah ini mungkin ada. Peluang untuk PAS menang cuma 51:49.

Itulah ramalannya kali ini. Jangan anda menggunakan ramalan ini. Peluang untuk ramalan ini benar hanyalah 1:99 sahaja!

2 comments:

mangkuk statik said...

1. Nampaknya, sejak bdan anda di nyahbersihkan drpd nikotina, anda telah menjadi sasau. Ramalan saudara adalah ibarat pengadil tomoi diminta mengadili gimrama.
2.Anda di nasihatkan untuk kembali ke pangkuan nikotina atau memasukkan diri anda ke wad psyhchiatric di hospital berdekatan.
3. Ramalan pemerhati politik tegar , mcam aku ni adalah
Bukit gantang: PAS ngan majoriti bertambah.
Bukit selambau: PKR, same majoriti
Batang Ai: BN ngan majoriti bertambah.
Selepas keputusan keluar, semua paper akan mengembar gemburkan kemenangan di batang ai, dan mengbawang merahkan keputusan BG dan BS(ehh bawang merah ke bwg putih yg jahat?)

FakirFikir said...

Baik hang buat pepatah baru. Mencili merahkan atau mencabai hijaukan. Kita tunggu dan lihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails