Yang Ikut

Friday, 13 March 2009

Apa khabar orang muda

Reactions: 
Beberapa hari ini sudah tulis yang berat-berat. Kali ini ingat nak cerita hal yang ringan-ringan sahaja. Lagi pun, sekarang ini fikiran kita pun sudah berserabut dengan macam-macam cerita. Kalau kita baca tajuk depan surtakhabar Malaysia, rasanya sudah tidak ada berita yang menyeronokkan. Saman, politik lompat, bongkar-membongkar, tangkap-menangkap dan rasuah merasuah.

Kebanyakannya melibatkan orang kita juga. Mungkinkah inilah juga sebabnya tentera Portugis dengan jumlah tidak sampai 50 orang mudah sangat menawan Melaka.

Cuma lega sikit ada berita ada anak Melayu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah. Nanti bila sudah ke luar negara, jangan lupa ibu ayah. Jangan lupa orang kampung. Jangan lupa guru. Jangan lupa rakan-rakan yang membesar dan berkongsi duka. Semua itu adalah penyumbang kejayaan besar. Tanpa mereka semua, mungkin kita tidak ke mana pun.

Semalam, ketika merayau-rayau dalam dunia siber, terjumpa satu artikel lama. Artikel itu aku tulis sekitar tahun 2000-2001 dahulu. Waktu itu umur masih muda. Belum masuk 30 tahun lagi. Waktu itu aku kerja penulis di sebuah syarikat portal pendidikan, Sekolah.Com. Mungkin itulah satu-satunya artikel aku yang masih ujud. Yang lain dah banyak terpadam dengan berkuburnya portal tersebut. Kakitangannya pun merayau ke merata tempat. Tak pernah berjumpa lagi. Yang terakhir berjumpa, Hisham. Dahulu di Jerman, sekarang tidak tahu.

Hari ini, kalau kita melihat anak-anak sekolah di tepi jalan, kita kadang-kadang berasa semacam juga. Ada yang menghisap rokok, ada yang merempit dan ada juga yang sudah pandai pasang teman lelaki atau wanita masing-masing. Kita berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Tetapi, bila diingat balik, yang berubah hanyalah persepsi kita sahaja. Penafsiran baik dan buruk bergantung kepada usia dan pengalaman. Ketika kita masih muda, kita pun sama juga. Kita juga sembunyi-sembunyi merokok di belakang tandas, atau sesekali keluar asrama di waktu malam menonton konsert Search atau Lefthanded. Waktu itu kita ingat tidak ada apa yang salah pun. Bagi kita, itu hal biasa sahaja. Yang melihat ia sebagai tidak betul ialah guru, ibu bapa atau orang yang lebih dewasa daripada kita.

Sekarang, apabila kita berumur - kita juga melihat orang yang lebih muda dengan perspektif yang lain. Kita menggunakan kayu ukur berbeza. Kita menggunakan tahap umur kita untuk menilai mereka yang berada pada tahap yang lain. Kita selalu berkata kita 'makan garam terlebih dahulu' - falasi yang biasa. Apa kaitan makan garam dengan pengetahuan?

Sebenarnya, bagi aku - kita dan mereka yang lebih muda sebenarnya sama sahaja. Kita pernah melakukan kesalahan di masa muda. Sekarang pun, kita masih melakukan kesalahan juga sesuai dengan umur kita. Anak-anak muda ini pula - akan sampai saatnya nanti akan melihat generasi lain yang lebih muda - sama seperti apa yang kita lihat.

Jadi - apa penyelesaiannya? Kita perlu berkongsi cerita. Kita perlu bersahabat dengan mereka. Itu sahaja. Sebab itu, sekitar Jun nanti aku akan kembali ke sekolah lama aku. Aku hendak bercerita sesuatu dengan mereka.

Kalau ada masa, nanti kita berbincang cerita benar seorang teman yang terjebak dengan dadah.

4 comments:

mangkuk statik said...

Ape yg kau nak merepek kat budak2 sekolah tu fakir? Tolong kirim salam kat cikgu yg cun2 tu yer. Budak sekolah yg cun2 tu pon boleh kirim salam kalau kau rajin.

FakirFikir said...

Ini salah contoh orang tua yang masih lakukan kesalahan sesuai dengan usianya :))

isuzu_aizu said...

betullah kata abg awang tuh. walaupun saye takde la tua sgt, tp mcm tu jugak bila tengok budak2 first year/ adik2 junior yang masih study, kalau diperhatikan tindak tanduk diorg, saya akan terfikir, budak2 nih, sgtlah budak2, macam aku dulu2 jugak, belum tempuh alam final year, belum tempuh alam kerja, etc2 awal2 nak enjoy jek, cintan cintun, kecewa2, shopping2, hidup naik dan turun macam tak fikir benda lain. dan nanti, mereka akan alami proses untuk menjadi dewasa, kesusahan2, ujian2, dan macam2 lagi proses hidup. benda yang sama, tapi tak serupa untuk setiap orang. saya pun masih belajar untuk hidup, proses yang takkan terhenti selagi tak mati. :)

nnt mungkin bila mereka pada umur saya, mereka juga akan berfikir begitu terhadap adik2 yang akan datang. :D

niesa.imana said...

salam wbt..

memang pernah terfikir akan hal ini, tapi belum nak diluahkan lagi atas blog.. hehe.. terima kasih untuk entri yang menarik ni.. +)

hanya jauhari yang mngenal manikam.. (btol ke pribahasa ni?)
kalo org yg stok baik2 & x buat salah waktu muda2, mmg susah nak faham isu orang muda.. +)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails