Yang Ikut

Sunday, 8 March 2009

Anda pernah berbohong

Reactions: 
Anda pernah berbohong? Jangan katakan tidak. Anda mungkin sedang berbohong.

Dalam psikologi, ada satu kenyataan yang selalu diulang-ulang. "Ayat pertama adalah sikap". Ini bermaksud, ayat atau kata-kata pertama yang diucapkan oleh manusia itu biasanya adalah pernyataan yang paling jujur dan betul. Melainkan kalau ia dirancang lebih awal untuk mengucapkan sesuatu dengan maksud berbohong.

Ayat-ayat atau kata-kata selepasnya mungkin tidak selalu betul. Sebab ia sudah boleh dirancang. Atau dengan kata lain, ia dinyatakan dengan maksud sesuatu yang sama ada berselindung atau tidak. Atau dia sudah dimanipulasi melalui perbualan demi perbualan yang menyebabkan kenyataan selepas ayat pertama tadi tidak lagi benar.

Bolehkah kita tahu jika seseorang berbohong? Sebenarnya kita boleh lihat pada mata hitamnya. Walaupun mulut mungkin berkata lain, tetapi hanya otak sahaja yang tahu. Otak tidak berbohong, malangnya ia tidak boleh bercakap.

Orang yang berbohong mata hitamnya akan sedikit mengecil. Ini berlaku kerana tidak terdapat keserasian di antara otak dan biji mata. Pegawai yang menyiasat sesuatu kes biasanya akan merenung tajam mata seseorang yang ditanya. Tujuannya untuk memastikan seseorang itu berbohong atau tidak, dengan melihat mata hitamnya.

Ada juga alat bagi mengesan bohong. Ia dinamakan poligraf. Fungsinya juga untuk melihat mata hitam selain beberapa perubahan yang lain pada fizikal manusia.

Jadi, kepada kaum lelaki (i.e Azam) yang berangan-angan untuk berpoligami, ia perlu merancang dari sekarang dengan berbohong. Kaum lelaki kumpulan ini perlu memberitahu isteri masing-masing, bahawa kalau mereka berbohong mata hitam akan membesar. Jadi, pada satu saat nanti - apabila mereka perlu berbohong, isteri masing-masing akan merenung biji mata hitam mereka. Mereka akan melihat biji mata hitam suami kian mengecil. Jadi mereka ingat suami tadi bercakap benar!

Untuk gadis-gadis yang ingin berkahwin pula, ada baiknya anda meminta dibelikan alat poligraf sebagai hantaran. Ia akan berguna selepas beberapa tahun anda berkahwin. Anda tidak tahu bila waktunya anda perlu menggunakannya. Ia lebih baik dari sebentuk cincin yang lambat laun tidak lagi sesuai dengan jari anda yang kian menggemuk.

6 comments:

zarzh said...

Assalamualaikum, singgah sebentar diblog sdr dan masyaallah menarik betul tulisan sdr. Teruskan insyaallah....

FakirFikir said...

To Zarzh,
Selamat singgah.
Nanti kita bincang bab kenapa orang suka dan tidak suka :))

ihsan_huhu said...

care2 utk mengelak kantoi poligraf:
silelah contractkan Trnasverse abdominis & pelvic floor anda dr awal sampai abes interview tuh. nih akan menyebabkan vasoconstriction of saluran darah, so increase heartbeat etc... so poligraf xdpt detect r perubahan2 fiziologi anda sbb dh mmg diubah dan dimentenkan dr awal

apsal TA & PF muscles? sbb org xpasan pon ko wat, kl biceps ke kang cpt penat lak..

sekian tips2 utk lelaki2 yg mendapat awek yg memintak poligraf sbg hantaran

butterflytwinlove said...

bagus juga cadangan minta hantaran poligraf..:)

FakirFikir said...

To ihsan -> Awat guna bahasa saintifik sangat. Nanti pening bakal pencari isteri muda.

To butterflywinlove --> Tapi kalau dapat yang kaya ok. Jangan minta alat tu, minta sediakan banglo dan BMW. Alat tu mereka boleh beli yang murah Made in China.

mangkuk statik said...

woi mengumpat aku.
Kau mesti taunyer, kalau seseorang tu selalu dok menipu (kaki bohong), dier senag2 boleh beat polygraph. tak pon org yang dah praktis menghadapi soalan/situasi tersebut. Tu yang aku dok ulang2 pasal kawim empat kat blog tu..sebagai praktis untuk aku. muahhahah.
Ahh satu lagi, bini aku org perlis yer . Tak perlu mintak bini nyer sain. tak tau la kalau mufti baru ni buang tebiat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails