Yang Ikut

Tuesday, 27 April 2010

Kuliah Psikologi: Personaliti polis

Reactions: 
Anda tentu telah mengetahui kisah seorang remaja berusia 15 tahun mati ditembak anggota polis kerana disangka penjenayah. Kita tidak mengulas hal itu. Kita bincang hal psikologi.
I
Personaliti polis

Sebelum kita mulakan, ada baiknya kita tahu dulu apa yang dikatakan 'personaliti polis'. Hal ini sebenarnya banyak dibincangkan oleh ahli psikologi dan sosiologi apabila merujuk kepada kerja-kerja anggota polis. Kerja polis berbeza dengan pekerjaan lain.

Polis dikatakan mempunyai dua jenis 'personaliti kerja' - iaitu autoriti dan bahaya - merasa tidak selamat. Autoriti merujuk kepada taat dan patuh kepada arahan, dan juga merujuk kepada ketekalan mereka untuk menegakkan undang-undang. Keduanya - mereka juga sentiasa berhadapan dengan bahaya dan perasaan tidak selamat. Ia bukan hanya pada waktu kerja. Di luar waktu kerja pun mereka merasa tidak selamat.

Bagi memenuhi sifat kerja itu (penegak undang-undang dan hidup dalam bahaya), mereka sentiasa menjadi manusia yang suspicious. Suspicious ini bukanlah hal tidak baik. Anggota polis yang cekap perlu sentiasa menjadi manusia yang curiga. Kalau semua orang dilihat sebagai orang baik - sukar untuk mereka menegakkan undang-undang. Curiga juga merujuk kepada situasi dan tempat. Sifat suspicious ini mungkin tidak diperlukan dalam pekerjaan lain.

Selain curiga, polis juga dikatakan lebih autoktarik, tidak terbuka dan konservatif. Mereka tidak mudah menerima pandangan orang lain. Ia mungkin logik. Kalau semua anggota polis bertingkahlaku seperti pekerja khidmat sosial yang hanya tersenyum berhadapan dengan orang ramai, tidak ada orang yang akan takutkan mereka. Bahkan, perompak juga akan menyamun setiap minit di hadapan mata.


II
Kecurigaan dan bahasa tubuh.

Terkait dengan sifat pencuriga itu - ialah 'cues' atau isyarat bagi mengenal pasti orang yang bersalah. Latihan dalam hal 'cues' ini dikenali sebagai 'Reid Method'.

Apakah Reid Method?

Sebenarnya - dalam bidang kepolisan ada satu latihan yang diberikan bagi membolehkan mereka mengesan kesalahan seseorang. Latihan ini dinamakan 'Reid Method'. Metod ini berasaskan kepada andaian bahawa manusia yang melakukan kesalahan atau bersalah boleh dikesan dengan melihat bahasa tubuh mereka - 'non-verbal cues'. Anggota tubuh ini termasuklah senyuman, pertuturan, pergerakan mata, pergerakan tangan dan sebagainya.

Dikatakan orang yang bersalah akan menunjukkan kelakuan yang pelik. Misalnya senyum yang lebih kerap, atau senyum dalam bentuk yang bukan dalam kebiasaannya. Apabila bercakap, mereka berhenti (pause) dalam tempoh yang lebih lama. Orang bersalah juga bercakap tanpa mahu memandang mata. Semakin kerap tingkahlaku ini, semakin besar potensi seseorang itu dianggap sebagai 'suspek'.

Bahasa tubuh ini diyakini dan digunapakai oleh banyak anggota polis di seluruh dunia. Ia banyak digunapakai dalam penyiasatan. Di Amerika, anggota polis mengenal pasti pesalah dadah dengan menggunakan kaedah ini di jalanraya. Aku tidak pasti di Malaysia. Itu kena tanya rakan-rakan kita yang berkerja sebagai polis.

Bahasa tubuh ini juga digunakan oleh orang awam dalam menilai manusia. Bagaimana pun, kita mungkin tidak begitu terlatih.

III

Adakah isyarat atau reaksi non-verbal ini selalu betul?

Inilah yang sedang hangat dibincangkan dalam kajian psikologi mutakhir ini. Kajian-kajian mendapati bahawa 'bahasa tubuh' manusia adalah tidak sama. Tidak semestinya orang yang 'bercakap-berhenti-bercakap semula' itu orang yang salah. Tidak semestinya juga orang tersenyum dengan cara yang pelik itu penjenayah. Kerana ada orang yang memang berkelakuan begitu.

Ada orang yang apabila dalam keadaan tertekan, akan menunjukkan reaksi ini - walaupun dia bercakap benar. Begitu juga pengaruh budaya. Orang Afrika misalnya - didapati bercakap dengan cara banyak tersenyum dibandingkan dengan orang kulit putih.

Jadi, 'Reid Method' atau penilaian berdasarkan reaksi tubuh mungkin sesuatu yang bukan selalu betul. Dalam psikologi - hal ini dinamakan 'confounding effect'. Hal-hal lain yang menggangu proses penilaian kita.

Sebab itu, sebagai kakitangan awam yang diberikan kuasa dan senjata, mereka perlu lebih berhati-hati. Salah tanggap dalam menilai bahasa tubuh, atau mentafsir petunjuk (cues) boleh menyebabkan kejadian tidak diingini.

Sebagai orang awam pula, kita juga perlu lebih adil walaupun ada hal yang mungkin kita tidak setuju. Kerana kecurigaan itu merujuk juga kepada situasi, masa dan tempat, pelajar itu mungkin tidak menjadi bahan berita kalau mereka melewati jalan itu pada jam 8 pagi, dan bukannya lewat pagi. Mungkin tidak juga menjadi isu besar kalau remaja itu menaiki motosikal dan bukannya kereta. Kemungkinan juga tidak akan ada hal yang berlaku kalau kereta itu dinaiki seorang diri dan bukan berkumpulan.

Kerana semua petunjuk ini mungkin akan melengkapkan penafsiran bahawa remaja tadi mungkin seorang penjenayah, bagi anggota yang tidak cekap dan tidak berpengalaman menilai situasi.

Rujukan
***************************************
1. Skolnick dalam tajuk 'A Sketch of the Policemen's Working Personality' dalam buku Race, Ethnicity & Policing, eds. Rice & White, 2010.
2. Johnson, R.R. 2006.
Confounding influences on police detection of suspiciousness, Journal of Criminal Justice, Vol. 34.
3. Robert W. Balch. 1972. "
The Police Personality: Fact or Fiction?. The Journal of Criminal Law, Criminology, and Police Science, Vol. 63,

12 comments:

ihsan_huhu said...

nih translation assignment ko ke ape?

Muhammad Teja said...

terkejut mendengar berita itu tadi. serius, terkejut.

terbayang-bayang, kalau diri sendiri terlibat dalam situasi itu.

ainishamsi said...

silap, bukan tuisyen kot. pukul 2 pagi. hurmmmm

ainishamsi said...

baca sumber utusan malaysia dan malaysiakini. memang jauh bercanggah laporan.

gile aaa! balik tuisyen kena tembak ngn polis.

nabihah zulhemay said...

ahahhahaha. dah rase macam bace buku psikologi pulak. apelah pak cik2 polis fikir kalau die bace kan?? huhuh

FakirFikir said...

Harapnya kita akan lebih adil dalam membuat penilaian. Perkara itu mungkin tidak akan berlaku kalau mereka melewatinya lebih awal lagi. Polis juga manusia. Yang melewatinya juga manusia.

Pelajar psikologi patut membuat kajian dalam hal ini. Adakah berbeza penilaian manusia disebabkan faktor masa. Buat kajian experimen.

ziarah76 said...

kalau bukan polis tapi bekerja ada mirip2 polis macam ner pulak?

FakirFikir said...

To Nabihah - Tajuk pun kuliah :-
To Ziarah - bini kita pun macam polis juga. Suspicious selalu :-

Othman Juliana said...

lepas Dip dulu pernah pergi interview untuk jadi inspektor-tp tak lepas sebab masalah gigi tak cukup~ oh! nak sangat tahu 'kisah benar' kes ini.

Othman Juliana said...

tambahan: saya selalu balik drive sorang2 pukul 2,3 pagi. mm..

ismadiyusuf said...

beraninya...bolehlah jadi seorang polis diraja malaya...ronda-ronda

FakirFikir said...

Tuan ismadiyusuf---offer la jadi org tolong hantar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails