Yang Ikut

Friday, 9 April 2010

Mengapa aku tinggalkan Malaysia?

Reactions: 
Kita sendiri tentu jarang bertanya soalan ini. Bagaimana pun, rupanya banyak sebab orang tinggalkan negara untuk hidup di negara lain.

Inilah antara perkara menarik yang disiarkan oleh Malaysiakini. Anda patut membaca cerita mereka, mengapa Malaysia tidak menarik untuk mereka. Baca di sini.

Kita boleh bersetuju atau tidak dengan alasan mereka. Itu hak individu. Seperti juga mereka yang berhijrah dan menetap di negara luar. Mereka juga ada alasan sendiri.

Manusia membuat keputusan atas apa yang terbaik untuk diri dan kehidupan masing-masing. Bukan hak kita yang mengadilinya. Kita tidak hidup sebagai mereka. Jadi kita tidak tahu apa sebenarnya perasaan mereka.

Aku pun - boleh juga membuat keputusan menetap di luar negara. Di Malaysia tidak ada pekerjaan spesifik sebagai psychologist. Tidak terdapat pun iklan yang memerlukan mana-mana organisasi melantik ahli psikologi. Yang mungkin ada ialah ialah ahli psikitiari. Tetapi itu adalah cabang doktor perubatan. Yang paling dekat pun ialah kaunselor.

Tetapi - untuk aku, tidak ada pekerjaan sebagai ahli psikologi tidak memungkinkan aku meninggalkan negara.

Aku tidak boleh hidup tanpa teh tarik dan roti canai. Aku tidak boleh hidup tanpa suasana kedai mamak. Juga aku tidak betah kalau tidak menghirup aroma daun padi di musim kemarau. Aku juga mungkin tidak berpeluang merasa nikmatnya makan nasi kenduri yang dimasak di dalam kawah.

Aku juga bimbang kalau anak aku tidak dapat membesar dalam budaya bangsa kita. Biarlah sekalut mana pun kekusutan bangsa ini, sekurang-kurangnya itulah hakikat bangsa. Masih banyak nilai baik yang perlu kita sanjung.

Setidak-tidaknya, aku tidak mampu melupakan pekan kecil - Changlun. Itulah tempat aku mula terjatuh, bangun dan berlari. Aku tidak mampu melupakannya.

5 comments:

ihsan_huhu said...

kenape aku tinggalkan mesia?

fuh panjang cerita

Othman Juliana said...

changlun-ok, rindu kt PMC (pasar mlm changlun). yong tau fu best ada lg ke kat PMC tu? huhu~

ziarah76 said...

meh balik, org kampung rindu tu...

ismadiyusuf said...

hijrah satu kewajiban bagi seorang manusia dan hijrah akan terus berlaku dalam pelbagai bentuk, cara, keadaan dan apa jua...

Chah said...

ermmmm....tk jadi la hang tinggaikan kami teruih kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails