Yang Ikut

Monday, 12 April 2010

Misi tamat

Reactions: 
Misi tamat.

Aku jangkakan masa yang panjang perlu diambil untuk analisis data. Nampaknya tidak. Setelah seharian tidak bergerak, akhirnya semuanya sudah selesai. Menjelang pagi sampai lewat pagi yang satu lagi - akhirnya analisis aku berjaya. Sekurang-kurangnya ia tidak menampakkan tanda-tanda data yang berkeceramuk.

Daripada 400 orang, hanya 291 data yang boleh digunakan kerana beberapa masalah teknikal. Itu adat kajian. Ia hal biasa sahaja. Hal yang tidak biasa hanyalah apabila borang soal selidik ditanda sendiri. Itu yang selalunya menyebabkan data menjadi kelam kabut.

Aku juga telah menganalis semua data menggunakan structural equation modelling. Berjaya juga percubaan kali ini.

Kali ini - semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua responden yang menjawab soal selidik yang panjang. Terima kasih untuk Suraya, Ann, Asbah, Amiruddin, Maizatul dan beberapa orang lagi yang tidak dikenali dalam menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga buat isteri yang membancuhkan kopi untuk aku.

6 comments:

mala said...

aik cepatnya... ingatkan lama lagi nak update blog

ziarah76 said...

pantas gitu!

Chah said...

sedap dak kopi chah tu? org nama Chah mmg pandaipun bancuh kopi....ermm...tera hang no, aku dok ingat, dan la hang gila barang sedas dua b4 setel misi hang tuh..pre-syabas la untuk hang...

ihsan_huhu said...

sudah habisalullazi.

dh 2 jam lebey aku dok bace journal nih argh!

WanBeruas said...

..salam,nice blog bro..tq..

nkecik said...

alhamdulillah

all the best bos!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails