Yang Ikut

Thursday, 15 April 2010

Dunia para barua

Reactions: 
Perkataan 'barua' membawa konotasi yang tidak baik. Orang akan marah kalau mereka dipanggil barua. Ia jijik dan menghinakan.

Walaupun 'barua' itu istilah yang menghinakan - tetapi bagi kebanyakan orang di utara Semenanjung, istilah barua selalu disebut juga. Ia hanya ayat yang digunakan bagi menegur seseorang. Misalnya 'hoi barua, mana hang?'. Atau menceritakan kisah orang lain - 'barua betui mamat tu'. Barua dalam konteks ini tidak jijik. Perkataan barua ini hanya boleh digunakan dalam konteks sahabat baik sahaja.

Bagaimana pun, kalau bertemu dengan seseorang yang belum pernah berjumpa, atau bukan kawan baik kita - barua - akan menyebabkan mereka marah.

Walaupun orang tidak suka dengan istilah barua, tetapi hakikatnya dunia hari ini ialah dunia para 'barua'. Para barua ini menjadi broker menjual segala yang ada. Para barua ini menjadi talibarut kepada orang lain. Para barua ini kehidupannya senang. Mereka tidak perlu berkerja keras. Hidup mereka hanya membodek dan mendapatkan untung.

Mereka tidak pedulikan orang lain. Mereka hanya fikirkan diri sendiri.

Mereka inilah barua yang sebenar.

Siapakah 'barua"? Ia ada di sekeliling anda. Anda tidak tahu. Tetapi anda boleh tahu melihat perwatakan dan gelagat mereka. Anda tahu siapa barua apabila membaca berita di akhbar.

Kawan baik yang selalu anda tegur sebagai 'barua' itu bukanlah barua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails