Yang Ikut

Friday, 16 April 2010

Selamat datang para pengunjung

Reactions: 
Memandangkan aku sibuk dengan urusan akademik, aku tidak sempat berfikir apa topik yang patut aku tulis.

Jadi - aku hanya ucapkan selamat datang kepada semua pengunjung. Selamat sejahtera dan semoga anda semua baik-baik belaka.

Sesiapa yang ada cadangan apa lagi yang patut aku tulis - boleh beri cadangan.

Aku sudah tulis hal politik, hal bahasa, hal bangsa. Bila aku berasa aku masih muda, aku menulis hal cinta. Bila aku terasa aku sudah tua, aku tulis hal kematian. Sesekali sekala aku terasa dalam bilik kuliah, jadi aku tulis topik psikologi. Bila aku berasa aku masih berkerja dalam organisasi - aku tulis hal pengurusan. Bila aku dilambung dengan nolstalgia, aku menulis cerita lama aku. Bila aku [tidak] terasa hendak kahwin lagi, aku tulis hal poligami. Kalau boleh, aku ingin tulis belaka.

Jadi - aku fikir aku sudah menulis banyak perkara. Ada yang relevan, ada yang tidak. Ada yang boleh dipakai, banyak yang patut dibuang.

Siapa yang boleh beri cadangan?

Selamat datang semua pengunjung - yang kenal dan yang tidak kenal. Yang bahagia dan yang derita.

1 comment:

Othman Juliana said...

Hari ini saya terima email dari salah sorang pembaca blog saya. Satu soalan diutarakan-"kenapa Cik Othman, Juliana masih tidak berkahwin lagi pada usia 31 tahun. Memilih sangat ke? atau kecewa?"

Saya belum reply-cuma saya percaya qada & qadar. Jodoh ni rahsia Allah.
1. Memilih? Bukan soal jodoh memang kita kena pilih? Takkan nak tangkap muat aje~ tapi jangan TERLEBIH memilih sudah.

2. Kecewa? Yea, saya pernah mengalami kekecewaan tapi itu tidak bermakna saya terus hanyut dan give up. Tidak-kekecewaan pada saya adalah untuk mengingati balik bahawa Cinta pada Allah SWT adalah cinta sejati. Dan saya bangun kembali dari kekecewaan itu. Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails