Yang Ikut

Tuesday, 13 April 2010

Janji Melayu

Reactions: 
Ini bukanlah cerita berkaitan dengan mana-mana orang Melayu. Aku sekadar ingin membincangkan konsep masa kerja masyarakat kita. Sebanyak 3 kali survey, inilah juga jawapan yang aku dapatkan dari kajian aku. Puas aku berhujah meyakinkan penyelia aku akan hal ini.

Dalam konteks Barat, masa kerja dianggap penyebab utama stres. Dalam kajian aku - setelah 3 kali, menggunakan data populasi - jumlah masa berkerja tidaklah dianggap sebagai satu faktor stres.

Aku percaya dengan dapatan ini. Kita boleh melaporkan yang kita berkerja 12 jam sehari. Kita juga boleh melaporkan yang kita berkerja 7 hari seminggu. Tetapi kita mungkin tidak melaporkan jumlah 'masa sebenar' kita berkerja.

Ramai teman-teman Malaysia di sini - yang berkerja sebagai tukang cuci atau penyembelih kambing - mengalami sakit-sakit yang teruk. Ada yang perlu mengalami pembedahan tangan. Ada yang kemudiannya mendapat tanggungan Work Cover.

Ini kerana mereka berkerja dengan jumlah sebenar seperti yang ditentukan organisasi.

Aku tidak rasa kita berkerja seteruk itu. Jumlah 8 jam sehari, kita mungkin berkerja hanya 5 jam sahaja. Kita masih sempat membayar bil eletrik, minum kopi dan membeli belah di Jalan Masjid India. Orang yang teruk - mungkin sempat balik ke rumah menonton televisyen filem Hindustan.

Aku tidak fikir hal ini boleh terjadi dalam budaya Barat. Kerana hal ini mustahil terjadi dalam konteks Barat, aku kini sedang tertekan menerangkan bagaimana letak duduknya konsep 'masa' orang Malaysia.

1 comment:

ihsan_huhu said...

tp kje cleaner kat sini pon leh hidup mewah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails