Yang Ikut

Saturday, 24 April 2010

Esok siapa yang menang?

Reactions: 
Pilihanraya sekarang susah untuk diramal. Dua puluh tahun dahulu sungguh mudah. Tak perlu analisis. Sambil gosok gigi pun, kita sudah tahu siapa bakal menang. Sebut sahaja Barisan Nasional pasti menang. Sebut sahaja PAS, semua orang anggap itu parti tok lebai. Parti orang miskin. Parti jumud. Tolak kemajuan.

Masa dulu, kita boleh tahu siapa yang sokong PAS. Boleh dikira dengan jari. Tak perlu kalkulator. Jadi selebihnya, tentu BN.

Itu dulu. Sekarang ini tidak lagi boleh letak 'batang kayu' jadi calon. Tentu kalah.

Ketika aku budak-budak, aku tak faham sangat kenapa orang tampal poster sana sini. Tak juga faham kenapa orang perempuan berbaju cantik datang rumah aku bercakap dengan emak aku.

Peliknya, bila aku besar, keluar universiti, tak ada pula sesiapa yang singgah di rumah aku.

Masa dulu pilihanraya memang satu pesta. Tapi keluarga aku - aku tak pasti mereka sokong siapa. Arwah abang aku masa tu sokong BN. Abang aku yang seorang lagi sokong PAS.

Cuma - beberapa bulan sebelum arwah abang aku meninggal - dia selalu puji MB Kedah yang baru - Ustaz Azizan. Aku tak pastilah dia sudah sokong PAS atau masih lagi BN. Tak penting sangat untuk aku. Abang aku yang seorang lagi - sampai sekarang masih tegar dengan PAS. Jadi - dari segi pembahagian undi - kira balance.

Tahun 1999 - ketika reformasi begitu kuat - ada satu kenduri kahwin di kampung aku. Di rumah Ketua Cawangan PAS. Bayangkan fanatiknya mereka - sampaikan ayer sirap waktu itu semua jadi hijau. Ayer sirap yang merah tak ada.

Sekarang ini - aku rasa yang paling betul kita diam sahaja. Jangan banyak berbalah sangat bab parti. Bila kita berkesempatan undi, kita pangkah. Rasanya sebagai orang muda, kita ada banyak maklumat. Kita baca internet. Kita baca buku. Macam-macam. Kita berbeza dengan mak ayah kita dulu. Pemikiran kita lebih terbuka.

Sebenarnya - orang muda seperti kita - sama ada orang beri ceramah atau tidak, tak penting sangat pun. Aku rasa setiap dari kita, sebaik sahaja ikat tali kasut keluar dari pintu rumah, kita sudah tahu siapa yang akan kita beri undi.

Jadi tak perlulah kita bising-bising sangat. Kita bukan ahli politik pun. Ahli politik pun bukan ambil pot sangat pun dengan kita. Yang mesra sangat tu cuma dekat hari mengundi. Tak percaya? Tengok Isnin ini. Ada tak lagi semua pahlawan parti menjengah Hulu Selangor.

Sokong BN atau Pakatan, sebenarnya bukanlah isu sangat. Janji, kita ada alasan yang kukuh sebab apa kita sokong. Kalau kita rasa dengan sokong BN, kita ada banyak peluang mendapat projek mesin rumput tepi jalan - teruskan sokong. Ada alasan. Kalau rasa sokong Pakatan boleh beri perubahan - boleh juga. Tak ada masalah.

Yang bermasalah ini ialah bila kita dengar orang kampung bergolok berparang cuba tegakkan benang yang basah parti masing-masing. Tanya tahun bila parti yang dia sokong ditubuhkan pun tak tahu. Tanya siapa wakil Adun pun dia tak tahu. Ini yang bermasalah. Sokongan tak berbelah bahagi - tapi tak tahu hujung pakal ini yang merosakkan diri sendiri.

Esok siapa yang menang?

3 comments:

ainishamsi said...

sejak hari berkempen, surat khabar yg bhgn utama tu, 3/4 cerita pasal hulu selangor, semua menteri turun, kutuk PR, semua janji manis utk Hulu Selangor.

Tunggu la minggu depan, entah2 1/4 akhbar utk cerita hulu selangor pon dah takde.

Othman Juliana said...

zaid

Othman Juliana said...

oh, kamalanathan~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails