Yang Ikut

Wednesday, 7 April 2010

Apa nama kotak ini?

Reactions: 

Ini bukan kotak rahsia seperti yang pernah diwar-warkan oleh seorang pejuang politik beberapa tahun dahulu. Juga bukan kotak yang berisi surat cinta yang dihanyutkan ke Laut China Selatan. Tapi inilah kotak yang paling berharga untuk hidup aku - sekurang-kurangnya buat masa ini.

Kotak ini berisi lebih dari 400 borang soal selidik yang dikumpulkan selama hampir 3 bulan oleh beberapa orang anak-anak muda dari Kuala Lumpur. Mereka meneroka taman perumahan, ladang, kota, sawah padi dan hutan belukar. Mereka menemukan semua bangsa Malaysia bertanyakan mereka lebih dari 100 soalan. Orang menjawabnya stres. Orang bertanya juga stres. Kini tiba giliran aku pula yang stres.

Untuk mendapatkan kotak ini, aku terpaksa berkeliling pinggang berhutang wang. Setelah mendapatkan kotak ini, aku berkeliling kampung membayar hutang.

Inilah kotak terakhir untuk penyelidikan aku.

Inilah kotak stres!

8 comments:

Muhammad Teja said...

semoga berjaya menghabiskan PhD. InsyaAllah kita jumpa di Adelaide minggu depan!

ihsan_huhu said...

kotak stress aku xde, kotak basikal aku ade 2

nak?

Md Yuzeiry said...

Semoga berjaya sdr fakirfikir. Fikir boleh pasti boleh.

ainishamsi said...

all the best abang awang!

Chah said...

aku tau hang buleh!

mala said...

semoga berjaya!

Kalam Tintaku.... said...

semoga Allah memudahkan urusan anda, Fakirfikir....

Anonymous said...

Dah sampai! bagus...selamat stress!!!tapinyer...stress lak laki aku x der kawan minum kopi kongsi stress...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails