Yang Ikut

Friday, 9 April 2010

Cerita Adelaide di waktu pagi

Reactions: 
Catatan 7.05 minit pagi.

Adelaide di waktu pagi adalah cerita sunyi. Lihatlah jalannya yang sepi. Tidak ada tanda-tanda jalannya akan menjadi sibuk seperti Federal Highway, atau Jalan Cheras di depan Plaza Phoenix. Tidak juga ada tanda-tanda akan dibangunkan jalan bertol.

Ini juga berakhirnya musim anggur. Hanya ada beberapa tangkai anggur sahaja lagi. Sebahagian dari dahannya telah dipangkas minggu lalu. Sebahagian dari aktiviti menyibukkan diri di bandar Adelaide yang sunyi.

Adelaide di waktu pagi. Kapal terbang pulang dan pergi. Membelah awan tebal dan mendung hujan.

Bila boleh aku balik lagi?

5 comments:

ihsan_huhu said...

ko bkn dh nk balik dah ke?

FakirFikir said...

Adelaide di waktu pagi - aku dok mengarang surat minta lanjut :-

Othman Juliana said...

eh, kt mana skang?

Muhammad Teja said...

wah. merindui pagi di adelaide. lain sungguh auranya di sana

ziarah76 said...

suasana segar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails