Bagaimana pun, ada juga aktiviti melegakan stres hujung minggu. Seperti biasa, musim luruh - ialah musim memetik epal. Ini kali ketiga aku datang ke ladang ini.
Daripada makan yang dibeli di kedai, lebih baik makan di pokok. Ia percuma. Tapi berapa biji mampu makan? 3 biji sudah kenyang. Sebab itu tuan ladang tidak kisah. Lagi pula buah bersepah-sepah di atas tanah. Seperti buah macang di tempat kita.
Bawa baldi tu berlakon je. Mana larat budak-budak memetik epal.
Makan epal beramai-ramai. Terasa seperti di kebun sendiri!
Ini bukan aksi hendak makan buah. Ini hanya sekadar berposing.
Beratur panjang membayar. Tidaklah mahal. Berapa harga aku tidak pasti. Aku tidak pernah terlibat dalam urusan membayar.
3 comments:
nih g satu bas ke ape? katne r?
luqman dah besar!!
perlis la ni musim pelam Harum manis...lagi sedap dari epal...
Post a Comment