Yang Ikut

Showing posts with label epal. Show all posts
Showing posts with label epal. Show all posts

Saturday, 10 April 2010

Mengapa aku suka Adelaide?

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Hujung minggu ini memang stres.

Bagaimana pun, ada juga aktiviti melegakan stres hujung minggu. Seperti biasa, musim luruh - ialah musim memetik epal. Ini kali ketiga aku datang ke ladang ini.

Daripada makan yang dibeli di kedai, lebih baik makan di pokok. Ia percuma. Tapi berapa biji mampu makan? 3 biji sudah kenyang. Sebab itu tuan ladang tidak kisah. Lagi pula buah bersepah-sepah di atas tanah. Seperti buah macang di tempat kita.

Bawa baldi tu berlakon je. Mana larat budak-budak memetik epal.

Makan epal beramai-ramai. Terasa seperti di kebun sendiri!

Ini bukan aksi hendak makan buah. Ini hanya sekadar berposing.

Beratur panjang membayar. Tidaklah mahal. Berapa harga aku tidak pasti. Aku tidak pernah terlibat dalam urusan membayar.

Sunday, 3 May 2009

Berita bergambar kebun epal

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik

Ahad-3 Mei 2009

Hari ini aku, keluarga dan beberapa rakan lain memanjat Adelaide Hill untuk melakukan aktiviti memetik epal. Sebenarnya, epal boleh dibeli dengan murah di pasar raya atau pasar Gepp Cross. Memetik epal di kebun sesekali menghilangkan nolstalgia memetik rambutan di dusun bapa mertua aku di Sungai Kerang. Ini kali kedua aku sampai ke kebun epal ini (Gambar atas, beratur untuk membayar buah yang dipetik).

Ini gambar curam Adelaide Hill. Diambil ketika sedang memandu dengan mengabaikan kualiti gambar.
Gambaran dekat kebun epal. Gambar paling depan ialah seorang anak Melayu yang sudah jadi pemastautin tetap di bumi kanggaru ini.

Gambar aksi ganas anak aku. Ganas konon! Pampers pun dok pakai lagi.

Gambar rumah seorang peladang yang tidak dikenali di sebelah kebun epal. Gambar asap keluar di corong di atas bumbung menandakan dia sedang memasang 'heater' kayu api. Tentu suhu di dalam rumahnya sejuk.

Gambar Yasmin dan anak aku.


Bertemu 'musim luruh' dalam perjalanan pulang. Isteri aku teringin pula hendak bergambar. Sekarang ini sepatutnya musim luruh. Tetapi dengan suhu yang kadang-kadang 7 darjah Celcius, menjadikan musim luruh 'hilang' dan tidak diketahui lagi sifatnya. Salji dilaporkan turun di Mt Buller.

Itulah sahaja berita bergambar kali ini.

Thursday, 3 April 2008

Musim yang satu lagi

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Suasana di Adelaide yang panas sejak beberapa bulan yang lalu tiba-tiba sejuk. Musim bertukar. Masa berubah. Dahulu musim panas. Sekarang musim gugur. Seperti politik. Mulanya panas pilihanraya, kemudian ada yang gugur! Dulu, kita masih boleh melihat matahari turun jam 9 malam. Kini, matahari turun lebih awal. Jam 7.30, keadaan di Adelaide sudah jadi kelam dan sunyi. Menunggu bas di celah kedinginan menjadikan kita begitu bencikan bas yang berwarna kuning itu.

Selain kecekapan sistem pengangkutannya, yang membezakan Adelaide dengan Kuala Lumpur, ialah di sini tidak begitu banyak penyangak. Di Kuala Lumpur, belum sempat kita berdiri menunggu bas, ada sahaja mat-mat pet yang datang meminta wang. 

Malamnya pula bising dengan keriuhan mat rempet. Kuala Lumpur dan Adelaide, dua alam yang berbeza. Ada di antara kita mendakwa Islam kita lebih baik dari orang lain. Tapi, di Adelaide yang orang putihnya mungkin tidak faham pun agama mereka sendiri, bersikap lebih santun dan mesra manusia. Begitulah.

Jadual hidup aku juga banyak yang berubah. Tidak ada lagi roti canai, teh tarik dan lepak di kedai kopi. Tapi, yang masih tak berubah, aku tetap makan nasi. Lauknya pula mungkin lebih banyak dari yang pernah aku makan di Malaysia. Walaupun tidak banyak kedai daging dan ayam yang halal, tetapi banyak orang Pakistan di sini yang berjaya membuka kedai. 

Di Asian Grocery, banyak produk halal yang dihasilkan dari negara Thailand. Mereka tidak pernah pun membising pun mahu menjadi 'hub-halal', tetapi nampaknya banyak produk halal dari negara Buddha itu berbanding dengan Malaysia.

Bahkan ada produk halal dari Hong Kong. Nampaknya orang Islam perlu belajar dari negara bukan Islam untuk memasarkan produk halal. Kita perlu banyak belajar dari mereka. Mengekspot ikan masin dan buah petai pun boleh jadi permulaan yang baik. Sekarang ini, kami bergantung harap dari produk dari Thailand dan Vietnam.

Aku juga sudah memulakan aktiviti menghasilkan produk halal. Beberapa hari kebelakangan ini, entah mabuk apa, aku mendapat begitu banyak ikan bream yang dipancing di West Lake. Memandangkan aku dah meluat melihat ikan itu, selalunya aku berikan kepada abang Zul. Mungkin lepas ini aku boleh buka pasar ikan di Adelaide!

Isteri aku, yang dahulunya terkenal seantero Sungai Kerang sebagai satu-satunya tukang masak berijazah di warung pak mentua aku (tentulah aku juga satu-satunya pemegang ijazah master yang memancuh teh tarik!) kini kembali menyibukkan diri dengan masak-masak. Rumah aku sudah jadi sebahagian hub untuk makan-makan di hari Sabtu atau Ahad. Kadang-kadang ramai, kadang-kadang sedikit orangnya. Kalau tidak makan di rumah sewa buruk aku di Rose St, aku boleh juga makan-makan di rumah Jabar, Sidi, Abang Zul atau Abang Nizam. Yang paling penting, semua itu percuma!

Adelaide, bandar sepi yang dingin kini sedang dilanda musim yang satu lagi - musim buah epal. Dengan ladang-ladangnya yang besar di Adelaide Hill, setiap pengunjung boleh memetik sendiri buah epal dengan harga sekilo AUD 1.20. Murah. Buah-buah itu berguguran jatuh ke bumi, seperti mana tak berharganya buah macang di kampung kita. Tapi kalau semata-mata mahu makan buah epal, tak perlulah datang sampai ke Adelaide. Cukuplah di beli di pasar malam Changlun!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails