Yang Ikut

Saturday, 17 April 2010

Kenapa tak kahwin lagi?

Reactions: 
Ini soalan yang selalu ditanyakan kepada orang bujang - baik lelaki, baik perempuan. Soalan ini bertambah sensitif jika ditanyakan kepada gadis bujang. Ia akan bertambah menakutkan kalau diulang tanya kepada gadis yang kian berumur.

Adakalanya - manusia yang bertanya itu pun satu hal. Mereka seolah-olah tidak pernah mengambil kira faktor nisbah lelaki dan wanita. Mereka juga mungkin kurang membaca berita yang betapa banyaknya lelaki muda yang terlantar di pusat serenti, dan ramai pula gadis masuk ke universiti.

Dalam keadaan nisbah lelaki berbanding wanita, dan faktor jurang pendidikan yang kian ketara - mustahil bagi gadis-gadis yang jumlahnya kian bertambah - mendapatkan peluang berkahwin dengan lelaki yang baik. Semua ini hakikat yang terpaksa kita terima.

Tahun 1995 - aku ke beberapa kawasan perkampungan Melayu di Selatan Thailand. Di sana, belum ramai lagi rakyat berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Banyak faktor. Salah satunya kemiskinan.

Dengan keadaan hidup kais pagi petang tak makan, ibu bapa sukar untuk terus membiayai anak mereka bersekolah menengah. Jadi pilihan terbaik ialah mengahwinkan anak mereka. Ada satu rumah yang kami kunjungi - yang ketua keluarganya kami kenal - kerana berkerja menoreh di Malaysia. Anak perempuannya ketika itu baru berusia belasan tahun - sedang dalam proses untuk menjadi janda kerana perangai menantu lelakinya yang teruk. Kalau tidak salah, anak perempuannya itu sedang sarat mengandung ketika itu.

Seorang lagi anak gadisnya - berusia dalam 15 atau 16 tahun - sedang bersiap-siap membawa pisau ke rumah kenduri. Bayangkan bagaimana kesusahan itu mematangkan mereka. Mereka menjadi dewasa lebih awal. Di Malaysia - ada anak perempuan kita yang tahu hal ehwal kenduri kendara? Yang banyaknya ialah pergi makan sahaja.

Tetapi kita juga tidak boleh menyalahkan hal yang berlaku ini. Anak muda sekarang - sekurang-kurangnya sehingga umur 21 tahun baru menghabiskan alam pendidikan. Yang pintar ke universiti kerajaan, yang kurang ke kolej swasta. Yang biasa-biasa mungkin memilih institut teknikal.

Jadi - peluang mereka hidup dalam masyarakat adalah kurang.

Habis belajar - mereka ini pula masuk ke alam pekerjaan. Dunia pekerjaan juga semakin sibuk. Pergi pagi pulang malam. Mungkin tidak ada banyak masa untuk berfikir hal mencari pasangan. Hari demi hari berlalu, tiba-tiba umur sudah meningkat. Ini menjadikan hidup kian tertekan.

Kalau diikutkan - untuk mendapatkan pasangan bukanlah sukar. Tetapi untuk mendapat yang baik itulah yang payah. Banyak lelaki yang sebenarnya tidak kisah untuk mendapat pasangan mereka. Semakin banyak semakin baik. Sebab itu kita lihat banyak bayi yang dibuang di tepi jalan. Ini ialah contoh betapa pasangan lelaki itu mudah dicari. Tetapi mencari yang baik dan berkualiti itulah yang paling sukar.

Mungkin juga faktor tertekan untuk mendapatkan pasangan ini - yang anak-anak gadis ini setiap hari ditanyakan soalan yang sama - bila hendak berkahwin - menjadikan mereka sudi menjadi kekasih untuk sesiapa sahaja. Akhirnya itulah kesudahannya. Kesudahan yang tidak baik.

Dan pasangan lelaki tadi pergi menjajakan cintanya untuk orang lain pula. Ia bukan hal sukar. Mereka tahu nisbah lelaki dan wanita!

Jadi - ada baiknya kita jangan banyak bertanya mengapa tidak kahwin lagi. Yang patut kita tanya apakah yang patut kita lakukan bagi mengatasi isu semakin banyaknya anak gadis yang tidak berkahwin ini.

Menggalakkan poligami mungkin bukanlah satu idea yang disukai. Tidak memandang serong dengan poligami mungkin boleh difikirkan.

Ia isu kita semua.

3 comments:

aishah_conteng_je said...

lelaki yang baik pun belum tentu pandai mencari perempuan yang baik.

perempuan malaysia semaikn menakutkan lelaki malaysia

perkahwinan sekarang menjadi adat yang sukar dilaksanakan

pengukur pada kepereluan untuk kawen itu pun dsh lari dari hakikat

oh..dan lelaki yang baik selalunya memang suami orang

ismadiyusuf said...

lelaki yang baik biasanya suami orang? tak juga...jarang-jarang dan kadang-kadang..kalau aisyah nak cuba boleh lah...kami yang dah ada isteri-isteri ni sentiasa bersedia melaksanakan perintah Allah yang satu ni..

Othman Juliana said...

wah, encik ismadiyusuf membuat penawaran hebat nampaknya~ ekekekekee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails