Yang Ikut

Saturday, 17 April 2010

Mari belajar bahasa Siam

Reactions: 
Masih dalam situasi tiada tajuk untuk ditulis. Jadi aku tulis hal mudah sahaja. Hal nama tempat.

Kalau orang biasa dengan pekan Changlun, mereka juga akan biasa dengan beberapa tempat lain di sekitarnya.

Changlun - seperti yang aku pernah tulis membawa makna "gajah jatuh'. Tidak jauh dari pekan Changlun - ada satu tempat bernama "Changhai". Ini bukan nama yang ditiru dari kota Shanghai di China. Ia berkaitan dengan gajah juga. Kononnya gajah yang jatuh tadi hilang di situ. 'Hai" ini bermakna hilang.

Adakah hanya Changlun terpengaruh dengan bahasa Siam. Kodiang - pekan lain tidak jauh dari Changlun juga dari perkataan Siam. Ia bermaksud bukit/gunung merah. "Kok - ialah bukit/gunung). 'Diang' - sebutannya "deng" ialah merah. Susah juga untuk membezakan bukit dan gunung dalam perkataan Siam. Sebab ada 3 kata utama - Khuan, Khao, Kok yang merujuk kepada tanah tinggi kawasan perbukitan. Khuan lebih kepada bukit, manakala Khao lebih kepada gunung.

Apa lagi nama Siam yang lain?

Jitra juga sebenarnya dari perkataan Siam. Kononnya di zaman dulu kala ada penghantar surat menaiki kuda bernama "Hurra". Jadi, apabila sampai ke satu pekan, dia selalu berhenti di situ. Dia menambatkan kudanya pada satu satu pohon. Jadi pekan yang menjadi tempat berhenti itu - dinamakan 'jut'- atau berhenti dalam bahasa kita. "Ra' pula merujuk kepada nama kuda tadi. Tapi entah bagaimana pula kata 'Jut' itu bertukar menjadi 'jit'. Sepatutnya pekan Jitra dikenali sebagai "Jutra".

Jenan - satu tempat berdekatan dengan Bandar Darulaman itu pula juga adalah kesinambungan nama Jitra tadi. Di Jenan, dikatakan penghantar surat tadi berhenti lebih lama, atau "jut naan". Jut' - berhenti, 'naan" - lama. Jadi nama itu kemudiannya menjadi Jenan.

Banyak lagi tempat lain di Kedah yang ada kaitan dengan nama Siam. Aku pasti Naka dan Nami merujuk kepada kata dari bahasa Siam juga. Tapi aku tidak pasti apa maksudnya. Yang pasti "Naa' itu merujuk kepada bendang/sawah.

Besok - kita belajar suku kata yang lain. Mungkin berguna untuk mereka yang merancang ke Thailand.

5 comments:

mangkuk statik said...

camner nak cakap.
"Ala brader...kasi diskaunt la bro.Gua amik 2 gadis nih? Gua sepak lu kang, terus tempat hang jatuh tergolek-dog tu di namakan kampung LUN-Tergolek-dog. Kan LUN tu jatuh"
.......dlm bahasa thai yg sopan....kalau silap aribulan aku plak yg LUn...tak pon trus HAI!!

FakirFikir said...

Mangkuk = Thuai

sha my heart said...

Bagus entri ni..

baru tahu nama sbnr Kodiang.
Yg tau, tok guru cakap kodiang tu = tanah merah. Sekarang ni baru faham.

Changlun = gajah jatuh. yg ni kawan dari Thai bgtau.

Changhai kat mana? Kg ke?

FakirFikir said...

Changhai - satu kampung kecil di sebelah kiri arah dari UUM, sebelum ke Changlun.

Anonymous said...

Kg Chang-hai dekat Changlun, hala ke Sintok dekat dg Kg Changkat Setoi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails