Yang Ikut

Thursday, 29 April 2010

Siri kuliah psikologi - working memory

Reactions: 
Pernah dengar istilah 'working memory'? - kita ringkaskan WM.

Sebagai orang awam, atau pembaca blog, istilah ini mungkin tidak penting untuk anda. Sebagai penulis blog, aku rasa patut mengkuliahkan hal ini. Siapa yang berminat ambil tahu, boleh membacanya.

Umumnya, 'Working memory is generally defined as a collection of interrelated abilities that enable people to modify thoughts and actions' (Kleider & Parrot, 2009).

Dalam bahasa mudah keupayaan manusia untuk mengubahsuai pemikiran dan tingkahlaku. Inilah sebenarnya ibu kepada proses kita dalam membuat keputusan dan tindakan.

Ketika kita memandu kereta misalnya, kita mungkin berfikir mengenai hal kerja atau barang yang akan dibeli dari pasaraya. Tetapi tangan kita tetap memegang stereng kereta, dan kaki tetap di pedal minyak. Ini satu contoh bagaimana WM kita berkerja yang mampu menyaring kedua-dua hal tadi - berfikir membeli barang (kognitif), dan tingkahlaku memandu kereta (automatik).

Kita juga mungkin besembang dengan rakan-rakan di kedai kopi mengenai perkembangan politik tanahair (kognitif). Tetapi, tangan kita tetap memasukkan karipap goreng ke mulut (automatik).

Apa yang disebutkan itu hanyalah hal mudah. Otak kita mungkin tidak perlu menggelintar dengan teruk. Jadi, banyak tindakan kita boleh berlaku secara automatik sahaja. Ia tidak begitu memaksa WM berkerja. Ia tidak memerlukan proses kognitif dengan banyak. Ia bergantung kepada pengalaman hidup kita.

Bagaimana pun ketika menghadapi peperiksaan misalnya, kita perlu menggunakan WM secara intensif. Kita tidak mampu berfikir atau membuat perkara lain. Kerana ia akan menggangu tindakan (action) kita, misalnya menulis. Jadi tindakan kita (menulis) perlu seiring dengan apa yang kita fikirkan.

Individu pula berbeza dari segi WM. Ada yang baik, ada yang tidak.

Bagaimana pula apabila dalam keadaan berasa terancam? Berasa terancam tidak semestinya ancaman itu semestinya ada. Misalnya, orang yang merasa ada harimau di belakangnya. Bagaimana WM dalam keadaan seumpama itu?.

Begitu juga dalam keadaan berhadapan dengan orang merasa terancam dengan sesuatu, misalnya penjenayah. Bagaimana reaksi mereka. Adakah tindakan mereka dikawal oleh tindakan automatik (spontan), atau dikawal oleh kognitif (sempat lagi befikir). Adakah berbeza di antara orang yang baik tahap WM dengan yang tidak dalam hal seumpama itu.

Sekiranya mereka mempunyai senjata - adakah orang yang WM rendah akan cepat-cepat menembak dibandingkan dengan orang yang tinggi. Atau kedua-duanya sama sahaja. Kalau sama, tentulah maksudnya tidak semua tindakan manusia berlaku secara spontan. Ia mungkin dipengaruhi personaliti atau karektor seseorang.

Itulah topik kita.

Kita sambung.

1 comment:

ismadiyusuf said...

bagaimana pula WM ni boleh berfungsi dalam kita bersolat, adakah dengan gambaran tentang akhirat, menghayati surah yang kita baca, dan kadang-kadang menyelesaikan permasalahan harian dalam solat - kognitif.
gerakan solat - automatik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails