Yang Ikut

Sunday, 1 March 2009

Menujum kegagalan orang lain

Reactions: 
Kita mulakan kembali perbincangan psikologi. Kali ini kita berbincang hal yang sering berlaku di sekeliling kita sahaja. Kita bercerita mengenai 'self fulfilling prophecy'. Dalam bahasa Melayu ia dikenal juga sebagai nujuman penyempurnaan kendiri.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi sebegini:
a) Anda menganggap matematik subjek yang sukar.
b)Anda menganggap jiran anda sebagai sombong.
c)Anda beranggapan pelajar yang berpakaian selekeh dan nakal sebagai bodoh.
d) Anda beranggapan orang Melayu tidak tahu berniaga.

Semua situasi di atas hanyalah sesuatu yang berlegar dalam kognitif minda sahaja. Ia mungkin tidak betul pun. Tetapi semua ini adalah bentuk-bentuk nujuman yang berlaku dalam diri kita setiap hari.

NUJUMAN:Apabila menganggap matematik sebagai sukar, maka kita tidak memberikan perhatian untuknya. Kita mengurangkan ulangkaji. Kita tidak memfokuskan usaha belajar. Kerana kita tahu, usaha yang besar sekalipun akan menyebabkan kita tetap gagal.
PENYEMPURNAAN KENDIRI: Akhirnya, kerana kurang usaha, maka kita akhirnya gagal matematik. Maka ia menyempurnakan nujuman kita tadi.

NUJUMAN: Menganggap jiran sebagai sombong. Maka setiap kali melihatnya, kita tidak menyapa. Kita juga tidak menghulurkan wajah yang mesra.
PENYEMPURNAAN KENDIRI: Kerana kita tidak menyapanya, dia juga tidak memberikan perhatian kepada kita. Akhirnya sempurnalah kesombongan kedua-duanya.

NUJUMAN: Kita beranggapan pelajar selekeh dan nakal sebagai bodoh. Mereka ini biasanya duduk di barisan belakang dalam bilik darjah. Guru tidak memberikan perhatian kepada mereka kerana tahu ia akan membuang masa. Usaha mereka tidak diberikan perhatian.
PENYEMPURNAAN KENDIRI: Guru tidak memeriksa tugas mereka dengan baik. Maklumbalas juga tidak diberikan. Pelajar tadi, kerana tidak diberikan perhatian - akhirnya benar-benar jadi bodoh.

NUJUMAN: Orang Melayu tidak bijak berniaga. Apabila berurusan dengan kakitangan awam untuk mendapatkan bantuan, mereka dipandang sebelah mata. Mereka tidak dilayan secara sepatutnya berbanding bangsa yang dianggap pandai berniaga. Permohonan pinjaman bank pula, kadang-kadang dirumitkan dengan birokrasi kerana bimbang peniaga Melayu ini tidak mampu membayar balik pinjaman. Orang Melayu juga tidak dipanggil 'tauke' walaupun berniaga besar. Orang lain yang hanya menjual kacang goreng di tepi jalan dipanggil dengan panggilan 'tauke'. Gelar yang memotivasikan.
PENYEMPURNAAN KENDIRI: Akhirnya kerana susah untuk mendapatkan bantuan, orang Melayu tidak mampu berniaga. Mereka tidak berani mencuba. Cabaran paling besar mereka berniaga bukan survival berniaga itu sendiri, tetapi umpat orang yang memperlekehkan mereka. Akhirnya mereka jadi hilang motivasi. Perniagaan mereka gagal. Sempurnalah apa yang dinujumkan tadi.

Lihatlah, betapa apa yang berlegar dalam kognitif kita kadang-kadang merosakkan orang lain. Kita mungkin tidak melakukan apa-apa pun. Tetapi 'tidak melakukan apa-apa' itulah yang telah kita lakukan. Ia hasil pemikiran kita yang tidak betul. Semua orang mengalami situasi ini. Kita tidak menyedarinya.

Guru muda seperti Isuzu Aizu tentu pernah melihat semua ini di sekelilingnya bagaimana guru bersembang mengenai seseorang pelajar di bilik guru, dan melayan pelajar di dalam kelas. Peniaga seperti Azam Swinging Bowl juga tentu menghadapi kesulitan untuk berurusan dengan kerenah birokrasi kerana masalah 'nujuman penyempurnaan kendiri' yang ada di ruang minda mereka yang ingin memberi pinjam.

Jadi, untuk kita - jangan gagalkan orang lain. Jangan menujum yang bukan-bukan.

Kalau ada masa, nanti kita bincang topik falasi.

3 comments:

isuzu_aizu said...

'menganggap matematik sebagai susah'
ehe, tu memang anggapan saya masa belajar add math di skolah dulu. sehingga ke akhirnya, matematik moden dpt dikuasai dgn cemerlang, add math pula memang hancus walaupun dah cuba meluangkan masa utk add math setiap hari. mungkin saya tak suka bile nombor diganding bersama huruf. saiko. saya tak nampak jalan kira bila terlalu banyak abc/xyz. heheh. (di sekolah dan pre u saya pelajar corot utk add math/ calculus. selalu dapat 9%- 12%)

'pelajar selekeh dan nakal dianggap bodoh' memang tak dinafikan terjadi anggapan macam tu di kalangan guru,sampaikan diri sendiri pun pernah hilang motivasi untuk mengajar budak2 nakal di kelas hujung, tapi bila keyakinan tu kembali, dapat jugak lah diatasi stress tuh. sebab saya percaya, the effort and patience that counts. bila lihat budak2 tuh dapat ambil sedikit dari yang diajar tuh pun dah cukup bahagia. mereka mungkin tak bercita2 menjadi doktor atau angkasawan, tapi saya harap mereka menjadi orang. (nak kata tak nakal, ahli dorm form 5 dulu semua nakal2 belaka, yang bawak segala benda haram , fly asrama, komik lucah, ponteng prep, dll, sampai dorm kena blacklisted. hahah. orang kata tak adventure la kalau tak buat nakal di kisas :D)

mangkuk statik said...

Bank tak nak bagi pinjaman kalau tak de pengalaman. Tapi camner nak cari pengalaman kalau tak di beri peluang meniaga. Its a chicken or egg dilemma, which one came first.
Ape ape hal pon saper2 yg bagik istilah melayu "nujuman pemyempurnaan kendiri" tu patut di sula sebab buat malu org melayu jer.

FakirFikir said...

Tu Isuzu -- Saya dulu duduk kelas paling depan, tapi dalam kelas baris paling hujung. Masa tu ada seorang guru, dia tak berapa suka kami beberapa orang. Mungkin salah kami. Maka di sepanjang kelas guru tadi, kami diberikan kebebasan sama ada untuk masuk atau tidak kelas. Kami memilih untuk tidak masuk. Tuhan mentakdirkan saya bertembung dengan guru tadi sekali lagi 8 tahun kemudian di library UKM ketika saya buat MA. Dia pun sedang buat MA masa tu. Hah.

Azam --> Tak apa, hang bawa bomoh santau semasa buat loan. Gerenti depa bagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails