Yang Ikut

Wednesday, 18 March 2009

Siri Akhir: Kalau belum, baik jangan:

Reactions: 
SIRI KEMPEN ANTI DADAH

Apa kesimpulan yang kita belajar dari cerita 1 dan cerita 2. Kedua-duanya cerita benar. Yang tidak benar cuma nama watak-watak sahaja.

Kesimpulan: mengapa orang mula terjebak dengan tabiat menghisap dadah:

1. Jangan mulakan aktiviti menghisap rokok sebelum usia yang sesuai. Banyak risikonya. Pertamanya apabila anda mula tidak berasa 'puas' lagi dengan menghisap rokok, anda akan mencari bahan baru untuk memuaskan nafsu anda. Bahan-bahan baru ini biasanya dengan sesuatu yang ringan sahaja. Misalnya ganja, atau daun 'biak'. Bahan-bahan ini tidaklah begitu buruk di mata masyarakat. Tapi, apabila masyarakat merestuinya, anda akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi dengan menggunakan bahan-bahan lain pula (misalnya heroin, pil kuda, ubat batuk).

2. Kawal anak anda sebelum umur 25 tahun. Perhatikan mereka. Jarang orang yang berumur pertengahan 20-an, akan memulakan sesuatu yang tidak mereka mulai ketika remaja. Biasanya penagih dadah bermula dengan umur awal remaja. Ini tahap paling kritikal. Tahap ini mereka sedang mencari 'identiti diri'. Mereka akan cari sesuatu yang akan menjadikan mereka lain, atau unik. Sekiranya mereka memilih untuk bermain gitar, itu bagus. Jangan biarkan mereka memilih sesuatu yang merosakkan masa depan (Untuk peminat psikologi, sila baca tahap perkembangan manusia J Piaget dan KA Ericsson).

3. Dadah adalah penyakit. Penagih ialah pesakit. Ia akan merebak sepertimana wabak. Kalau di tempat anda sudah ada yang mula menagih, pastikan anak-anak remaja anda tidak terjebak. Lihat juga kawan-kawan anda. Sebab, lambat laun daripada seorang, pasti akan terlahir seorang lagi penagih dadah baru. Ia berkembang dengan cepat. Jadi, sama ada anda menghapuskan punca penyakit (misalnya ubati penagih dadah pemula) atau membawa anak-anak anda keluar dari kawasan terbabit.

4. Sekiranya anda mempunyai teman-teman atau saudara mara yang menagih, jangan sisihkan mereka. Penyisihan akan membuatkan mereka lebih jauh. Mereka akan mencari teman-teman yang mahu bersahabat dengan mereka (biasanya penagih juga). Jadi, bersahabatlah dengan mereka. Kalau pun anda tidak mungkin mampu merawat mereka dengan mudah, sekurang-kurangnya satu hari nanti mereka akan pulang mencari anda. Atau sekurang-kurangnya anda dapat membantu agar mereka tidak terlibat dengan jenayah.

5. Paling akhir, tetapi paling utama - sediakan bekal agama untuk anak-anak kita. Untuk kita juga. Memang, sejahat mana pun manusia, kalau ia mempunyai asas agama, inilah yang akan menjadi 'tali' yang akan menarik dan merenggang apabila seseorang terjebak dengan dadah. Pada masa dia sedang 'high' mungkin dia terlupa agama, tetapi pada waktu lain ia akan berfikir akan keburukan tabiaatnya. Proses tarik tolak ini akan berlangsung dalam tempoh lama. Tapi sekurang-kurangnya dia ada sesuatu.

Iklan, kalau ada di tempat anda ingin bercerita fasal dadah, Bento sedia membantu. Aku dah bercakap-cakap dengan dia semalam.

3 comments:

muhriz rahmat said...

Penagih juga perlu rasa dihormati. Mereka akan tau diri masih dihargai.

Persoalan: Tapi, adakah kemungkinan penagih akan membunuh diri jika gagal berubah? tak pernah dengar lagi rasanya. Ada info tak?
Walaupun tidak cukup wang mereka tetap mahu kehidupan berpanjangan.

FakirFikir said...

Rasanya tidak ada penagih yang kecewa sampai untuk membunuh diri kerana gagal untuk berubah. Kalau kecewa sampai ke tahap itu, itu penagih yang luar biasa. Banyak yang bunuh diri kerana tidak sedarkan diri.

Tapi ini soalan yang sangat menarik. Mungkin boleh buat kajian. Ia hampir menyamai konsep pekerja di Jepun yang bunuh diri kerana kecewa dengan prestasi. Mustahil tidak ada penagih yang setinggi itu darjah usahanya. Tentu ada. Nanti saya cuba cari dalam journal.

zarzh said...

Menarik dan kenyataannya bahawa ini adalah suatu usaha yang berlarutan dan bukan suatu yang mudah pada mereka yang berpengalaman samaada diri, salah seorang ahli keluarga, teman mahupun kenalan. Pada saya, rata-rata yang terlibat adalah dari suasana persekitaran samaada pengaruh, kekosongan jiwa, tekanan jiwa dari sesuatu perkara lepas dll yang mana selama mana adanya kehidupan bebas lepas dan tidak terkawal ditambah tiada suasana mengajak kepada amalan beragama terutama dari keluarga yang membesarkannya, segala teori untuk membasminya keangka sifir adalah masih suatu teori. Mungkin banyak membuahkan kejayaan tetapi dalam pada itu, hadir seterusnya dadah-dadah dalam bentuk baru berserta dengan penagih-penagih yang baru. Atas sebab utama, jiwa akan sentiasa mencari sesuatu untuk mengisi kekosongannya atau pun sesuatu yang disangka dapat mengubatnya.

Kesimpulan dan cara untuk membasmi yang diuraikan oleh FakirFikir adalah benar sekali.

Tentang bunuh diri, banyak kes seperti seorang pemabuk tegar yang kemudian kehilangan segala-galanya seperti keluarga, pekerjaan dll satu persatu yang menyebabkan dia bertindak untuk meminum lagi untuk menghilangkan kekecewaannya, sebegitulah mereka yang akhirnya mati overdos. Mahupun mereka yang mencapai peringkat lali pada kesan dadah yang diambil cth heroin lalu mengambil dos yang tinggi dalam mengejar apa yang diingini.... wallahualam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails