Yang Ikut

Thursday, 12 March 2009

Kursus kepimpinan orang muda: siri 3

Reactions: 
Sila baca Siri 1 dan 2 dahulu sebelum baca bahagian ini.

Situasi 3: Group Cohesiveness

Melihat kepada kedudukan pekerja sekarang, anda melihat betapa perlunya kejelekitan kumpulan (group cohesiveness) perlu diperkuatkan. Syarikat tidak akan mampu menyempurnakan misi sekiranya setiap ahli kumpulan bergerak sendirian. Sebagai pengurus baru, apa yang perlu anda lakukan. Bagaimana boleh anda buktikan kepada para pekerja menunjukkan betapa kejelekitan kumpulan itu sangat utama?

Step 1: Anda memanggil satu lagi mesyuarat. Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa agenda dan polisi. Bagaimana pun sebelum memulakan mesyuarat, anda seperti biasa akan berperanan sebagai pemimpin psikologi yang cuba mengubah minda pekerja.

Step 2: Di dalam bilik mesyuarat, anda bertanya kepada pekerja anda* "Bolehkah kita mengangkat seorang daripada anda dengan hanya satu jari?". Para pekerja akan menggeleng-gelengkan kepala. Mustahil boleh mengangkat seorang individu dengan satu jari sahaja.

Step 3: Anda mintalah seorang daripada ahli mesyuarat tidur terlentang. Anda kemudiannya meminta semua ahli mesyuarat (misalnya 12 orang) untuk meletakkan jari telunjuk mereka di bawah badan ahli yang tidur tadi. Kemudiannya minta mereka angkat. Ia pasti boleh diangkat kerana walaupun dengan satu jari, tetapi disebabkan tenaga 12 orang berhimpun, ia tidak seberat mana lagi.

Kesimpulannya:
Dengan hanya kerja secara berkumpulan, semua masalah dapat diselesaikan. Yang berat menjadi ringan.

*Kaedah ini diambil dari satu siri latihan di Port Dickson sekitar 1999. Tetapi kaedah ini banyak digunapakai oleh kebanyakan pengendali latihan lain juga.

TAMAT KURSUS

NOTA: KAEDAH MENGHAFAL
Sekitar Jun 2009, aku akan ada di Malaysia. Sekiranya anda merupakan guru sejarah atau geografi atau subjek-subjek yang memerlukan daya hafalan, aku bercadang untuk mengadakan bengkel menghafal secara percuma (sekadar memenuhi masa lapang) kepada pelajar sekolah kategori SPM.

Bagaimana pun jumlah pelajar haruslah tidak begitu ramai, maksimum dalam 30 orang. Keutamaan hanya kepada sekolah luar bandar sekitar Changlun, Jitra, Taiping, sekitar Perlis dan jarak perjalanan di antara keduanya. Ini kerana itu jalannya aku selalu berulang alik nanti. Ia dilakukan secara informal sahaja. Sekiranya dirasakan perlu, hubungi fakirfikir@hotmail.com. Bagaimana pun mungkin tak banyak tempatlah boleh pergi. Bergantung kepada masa.

2 comments:

zarzh said...

"kejelekitan", eeemm, bagus ayat ni.

Teringat satu kisah Red Indien yang mana seorang tua ahli hikmah dalam Red Indien menunjukkkan kelebihan bekerja berkumpulan. Diambilnya satu anak panah lalu dipatahkannya dengan mudah. Kemudian diambilnya pula beberapa anak panah lalu digenggam dan cuba dipatahkan, hasilnya tidak berjaya. Contohnya, bila bekerja berkumpulan, sesuatu tersebut menjadi bertambah kuat.

mangkuk statik said...

Kalau awek yang tido telentang, aku raser ada yg pakai lebih dari satu jari untuk angkat awek tersebut!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails