Siapakah guru terbaik kita?
Walaupun tidak semua, hampir kebanyakan guru yang mengajar di sekolah aku, masih aku ingat. Pastilah mereka tidak akan kenal aku.
Antara yang ingat dengan baik ialah 3 orang.
Kes 1.
Tahun 1986 - cikgu matematik memanggil aku ke bilik guru kerana hal-hal lemah matematik. Terlihat pula beliau aku berstokin belang. Zap. Sebiji penampar aku kena petang itu. Cikgu di sebelah cikgu wanita itu melihatnya. Dunia ini sungguh tidak adil. Pelajaran petang itu - berstokin belang adalah kesalahan besar di sekolah.
Kes 2.
Tahun 1989. Satu tengahari, aku ponteng kelas dan balik melepak di asrama. Tidak disangka, ada spot check pula tengahari yang damai itu. Aku diminta datang ke biliknya. Zup. Dua rotan kena tengahari itu. Tak ada siapa yang tahu sebab ia berlaku dalam bilik. Pelajaran tengahari itu, di bilik penolong kanan ada tersimpan rotan rupanya.
Kes 3.
Tahun 1989. Satu malam di bilik kelas. Tiba-tiba datang guru asrama bersama dengan jaga asrama. Dipanggilnya nama beberapa orang. Aku salah satu list yang ada malam itu. Zap tiga kali penampar di muka. Aku tidak ingat lagi sebelah kiri muka atau kanan dulu. Tapi berulang-ulang. Kemudian dia menerpa pula kepada 2 orang kawan aku yang lain yang duduk di belakang. Entah berapa kali. Dia kemudiannya berpatah balik. Dua kali lagi zap. Malang sungguh malam itu. Kemudiannya baru tahu - kami telah dituduh melakukan kesalahan yang tidak dilakukan.
Pelajaran aku terima - tiada semua hukuman memerlukan perbicaaran.
Kes 3 yang paling menyedihkan.
Tidak mengapalah. Dunia berubah, tahun berlalu. Kalau tidak, aku mungkin tak merasa masuk universiti.
Selamat hari guru.
Siapakah guru terbaik kita?
Guru terbaik kita ialah pengalaman.
Yang Ikut
Showing posts with label budak sekolah. Show all posts

Wednesday, 18 May 2011
Tuesday, 24 August 2010
Surat dalam laci - Part 1
Dikisahkan sebuah cerita lama.
Dahulu, pada tahun 1990 belum lagi ujud e-mel. Jauh sekali dibayangkan akan munculnya sms. Jadi surat adalah penghubung komunikasi manusia. Surat adalah komunikasi tanpa suara, menyampaikan hasrat terpendam yang tak mampu disuarakan.
Di satu pagi - pemuda yang selekeh dan serabut itu telah duduk di bangku sekolahnya. Seperti biasa, tempatnya ialah meja paling belakang. Ia tempat duduk paling harmoni untuk pemuda berseluar bot cut itu. Dia menarik buku sekolahnya yang ditinggalkan di dalam meja itu. Tiba-tiba terpacul satu surat. Satu nota.
Mesejnya ringkas sahaja. Ia ditulis oleh seorang gadis berumur 19 tahun. Ia cuma ingin menyatakan hasrat ingin berkenalan. Itu sahaja. Ia tidak mengajak untuk berkahwin. Tidak juga mengajak untuk keluar berdating di kebun bunga.
Pemuda itu membacanya sekali lalu. Dia tahu siapa pengirimnya. Seorang budak perempuan yang satu kelas dengannya. Bagi pemuda itu - untuk apa ingin berkenalan dengannya. Mereka satu kelas. Sudah tahu satu sama lain. Baginya, dunia berkenalan itu tidak begitu penting.
Dia memperonyok kertas itu kecil-kecil. Tanpa berfikir panjang, pemuda berambut serabut itu membuangnya ke dalam tong sampah. Gadis tadi, yang duduknya tidak begitu jauh dengan pemuda tadi, menjelingnya sahaja.
Pemuda itu tidak ambil tahu pun sama ada gadis tadi akan kecewa atau tidak. Itu tidak penting baginya.
Sampai sekarang pemuda itu tidak tahu sama ada gadis penulis nota itu hilang ke mana. Mereka tidak pernah bertemunya lagi sejak hampir dua puluh tahun ini. Mungkin gadis tadi sudah berkahwin dengan jutawan ternama. Mungkin tinggal di kota besar. Semua itu luput sama sekali.
Nota itu juga mungkin sudah reput. Tidak siapa yang tahu. Kalau pada hari ini, ada budak sekolah bertemu dengan nota itu - mereka pastinya ketawa. Dunia hari ini orang mengirim e-mel, atau menghantar sms. Orang yang menulis nota di atas kertas adalah manusia yang ketinggalan zaman.

Friday, 19 February 2010
Old school - part 3
Old school bukan hanya pengalaman. Old school bukan hanya cerita lama. Old school adalah pemikiran. Old school adalah jatidiri.
Pemikiran orthodox itulah old school. Orthodox bukanlah pemikiran usang atau lapuk. Ia adalah warisan kita. Ia patut dijaga. Ia patut dipertahankan.
Dalam hal berbahasa - tidak memandang hina dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah old school. Berbangga dengan bahasa Melayu di celah orang mengagumi bahasa Inggeris adalah old school.
Dalam hal beragama - tidak teruja dengan pemikiran falsafah baru yang didatangkan orang baru yang popular - yang terkenal - adalah old school. Old school berpegang dengan kitab asal biarpun hanya belajar di atas anjung rumah. Old school yakin dengan aliran mazhab empat - biar pun ada orang yang berkata mereka lebih bijak. Tidak mengapalah kalau tidak bijak pun - kita tetap old school.
Old school juga tidak akan membiarkan perjuangan parti didominasi ahli korporat, para peniaga dan pencari untung. Old school hanya bercakap tentang usaha agama dan usaha memartabatkan bangsa. Tidak popular tidak mengapa. Itu hakikat old school. Old school juga tidak rasuah, tidak makan komisen, dan tidak pakai orang tengah.
Old school tetap cool walaupun ada kereta BMW dan tinggal di kondominium mewah. Old school tetap minum di warung kopi. Old school tidak hairan dengan pangkat dan darjat. Old school tidak hisap dadah dan merosakkan anak dara. Old school hidupnya biasa-biasa sahaja.
Old school tidak mudah berubah. Old school kental dalam perubahan. Old school adalah pemikiran.
Mengapa old school dan bukan sekolah lama?

Monday, 1 February 2010
Coretan kenangan 1
Apa kenangan yang paling dalam indah dalam hidup anda?
Mungkin banyak. Mungkin tiada.
Sebenarnya, banyak kenangan indah kita hanya muncul ketika muda. Sebab waktu itu apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita dianggap kegembiraan. Mungkin ketika bersekolah, peluang kita untuk mengingat banyak benda manis lebih banyak, sebab fikiran kita masih belum dicelarukan dengan banyak hal hidup yang sukar.
Tahun 1991 - aku di tingkatan 6 atas. Waktu itu membuat keputusan sangat mudah. Aku dengan Mat Jun - selepas habis sekolah di tengah hari, tidak tahu hendak pergi ke mana. Akhirnya, kami ambil keputusan pergi mandi sungai tidak jauh dari bandar Jitra. Mudah sahaja hidup waktu itu. Buka baju seluar dan terjun dalam sungai. Tidak peduli sangat dengan orang lalu lalang di atas jalan raya.
Malamnya, menjelang dinihari - kami akan menaiki basikal meronda dari Bandar Baru Darulaman sehingga pekan Jitra - melewati perumahan dan lorong. Kami akan menyanyikan lagu Ebiet G Ade - Jakarta - yang waktu itu kami tidak tahu apa bentuknya. Sepanjang menaiki basikal itu - mungkin lebih 10km - aku tidak tahu berapa batang rokok yang habis. Kemudiannya, kami akan singgah di mana-mana warung untuk makan nasi lemak, sambil Mat Jun akan bercerita tentang pelbagai teori falsafah.
Itulah kenangan indah waktu muda. Ia tak akan berulang lagi. Semakin berusia, kita disibukkan dengan banyak hal. Kita tidak akan mampu mengulang semula kenangan indah waktu muda.
Sampai sekarang - aku dan Mat Jun masih berkawan baik. Setiap kali balik, kami akan melepak di kedai mamak di Changlun. Seperti biasa, dia masih berfalsafah! Barang tentu kami tidak akan berbasikal lagi di tengah malam seperti dulu.

Monday, 26 October 2009
Pesan untuk budak-budak
Ketika aku di bangku sekolah lagi, aku sudah melihat kelibat anak-anak saudaraku. Pada tahun 1988, aku melihat anak kakakku yang pertama. Ketika itu baru lahir. Kemudiannya, aku melihat munculnya beberapa orang lagi anak-anak kecil yang lain dari kakak dan abang-abangku yang lain.
Sekarang ini jumlah mereka sudah banyak. Aku tidak boleh menjawabnya secara spontan kalau ditanya secara mengejut. Aku perlu membilangnya satu persatu. Itu pun belum tentu betul.
Sebenarnya, aku mengharungi usia ini bersama-sama dengan proses pembesaran dan pendewasaan mereka. Aku boleh mengingati banyak detik hidup mereka.
Aku juga selalu bergusti dengan mereka, khususnya anak-anak saudara lelaki. Mereka meminati Stone Cold. Aku tidak tahu ejaan itu betul atau tidak. Aku tidak berminat dengan gusti. Aku hanya menontonnya pada zaman sebelum ada VCD lagi. Itu zaman Hulk Hogan. Itu zaman Mancho Man. Itu zaman Superfly.
Sedari kecil, aku memerhatikan mereka. Setiap kali bersalam dengan mereka, mereka pasti akan diketuk di bahagian umbun-umbun kepala. Itulah adalah trademark aku. Tujuan aku mengetuknya ialah agar mereka tahu bahawa mereka itu sebenarnya hanyalah 'budak' dari kacamata aku. Sampai sekarang, sebesar mana pun mereka, mereka akan juga diketuk umbun-umbunnya.
Sekarang ini mereka sudah membesar panjang. Yang kecil hanya beberapa orang sahaja lagi. Hanya dengan kumpulan ini aku masih boleh bergusti.
Yang lainnya, sudah besar panjang. Ada yang bersekolah menengah. Ada yang di universiti. Ada yang di matrikulasi. Usia emas seperti mana aku mula mengenal mereka dahulu.
Tetapi - sekalipun aku tidaklah lagi memerhatikan mereka secara dekat lagi - tetapi aku memerhatikan mereka dari jauh. Aku tahu sifat mereka. Ada yang baran. Ada yang pendiam dan memendam rasa. Ada yang riang. Ada yang pemalas. Ada semuanya. Aku tahu walaupun mungkin mereka tidak tahu. Tetapi tidak kisahlah, setiap manusia ada personaliti masing-masing.
Ada juga yang mungkin sedang merokok di sekolah. Mereka ini patut berhenti. Melainkan kalau mereka sering dapat nombor satu dalam kelas. Kalau selalu dapat nombor corot, merokok pula, tidak ada satu perkara pun yang boleh dibanggakan.
Bagaimana pun, ada satu ingatan aku untuk mereka. Jadilah diri sendiri di mana pun anda berada. Jangan sesekali berhasrat menjadi orang lain. Biarlah orang lain punk, tetapi kita biarlah dengan cara kita. Biarlah orang lain berfoya-foya kerana ada banyak duit, kita mesti tetap dengan diri kita - kerana itulah kita sebenar. Usah menyusahkan diri untuk menjadi orang lain.
Salah satu perkara lagi untuk menjadi diri sendiri - pastikan kita sentiasa ada kelas tersendiri dalam pelajaran. Itulah yang akan menentukan siapa kita.

Friday, 13 March 2009
Apa khabar orang muda
Beberapa hari ini sudah tulis yang berat-berat. Kali ini ingat nak cerita hal yang ringan-ringan sahaja. Lagi pun, sekarang ini fikiran kita pun sudah berserabut dengan macam-macam cerita. Kalau kita baca tajuk depan surtakhabar Malaysia, rasanya sudah tidak ada berita yang menyeronokkan. Saman, politik lompat, bongkar-membongkar, tangkap-menangkap dan rasuah merasuah.
Kebanyakannya melibatkan orang kita juga. Mungkinkah inilah juga sebabnya tentera Portugis dengan jumlah tidak sampai 50 orang mudah sangat menawan Melaka.
Cuma lega sikit ada berita ada anak Melayu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah. Nanti bila sudah ke luar negara, jangan lupa ibu ayah. Jangan lupa orang kampung. Jangan lupa guru. Jangan lupa rakan-rakan yang membesar dan berkongsi duka. Semua itu adalah penyumbang kejayaan besar. Tanpa mereka semua, mungkin kita tidak ke mana pun.
Semalam, ketika merayau-rayau dalam dunia siber, terjumpa satu artikel lama. Artikel itu aku tulis sekitar tahun 2000-2001 dahulu. Waktu itu umur masih muda. Belum masuk 30 tahun lagi. Waktu itu aku kerja penulis di sebuah syarikat portal pendidikan, Sekolah.Com. Mungkin itulah satu-satunya artikel aku yang masih ujud. Yang lain dah banyak terpadam dengan berkuburnya portal tersebut. Kakitangannya pun merayau ke merata tempat. Tak pernah berjumpa lagi. Yang terakhir berjumpa, Hisham. Dahulu di Jerman, sekarang tidak tahu.
Hari ini, kalau kita melihat anak-anak sekolah di tepi jalan, kita kadang-kadang berasa semacam juga. Ada yang menghisap rokok, ada yang merempit dan ada juga yang sudah pandai pasang teman lelaki atau wanita masing-masing. Kita berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Tetapi, bila diingat balik, yang berubah hanyalah persepsi kita sahaja. Penafsiran baik dan buruk bergantung kepada usia dan pengalaman. Ketika kita masih muda, kita pun sama juga. Kita juga sembunyi-sembunyi merokok di belakang tandas, atau sesekali keluar asrama di waktu malam menonton konsert Search atau Lefthanded. Waktu itu kita ingat tidak ada apa yang salah pun. Bagi kita, itu hal biasa sahaja. Yang melihat ia sebagai tidak betul ialah guru, ibu bapa atau orang yang lebih dewasa daripada kita.
Sekarang, apabila kita berumur - kita juga melihat orang yang lebih muda dengan perspektif yang lain. Kita menggunakan kayu ukur berbeza. Kita menggunakan tahap umur kita untuk menilai mereka yang berada pada tahap yang lain. Kita selalu berkata kita 'makan garam terlebih dahulu' - falasi yang biasa. Apa kaitan makan garam dengan pengetahuan?
Sebenarnya, bagi aku - kita dan mereka yang lebih muda sebenarnya sama sahaja. Kita pernah melakukan kesalahan di masa muda. Sekarang pun, kita masih melakukan kesalahan juga sesuai dengan umur kita. Anak-anak muda ini pula - akan sampai saatnya nanti akan melihat generasi lain yang lebih muda - sama seperti apa yang kita lihat.
Jadi - apa penyelesaiannya? Kita perlu berkongsi cerita. Kita perlu bersahabat dengan mereka. Itu sahaja. Sebab itu, sekitar Jun nanti aku akan kembali ke sekolah lama aku. Aku hendak bercerita sesuatu dengan mereka.
Kalau ada masa, nanti kita berbincang cerita benar seorang teman yang terjebak dengan dadah.

Subscribe to:
Posts (Atom)