Yang Ikut

Monday, 26 October 2009

Pesan untuk budak-budak

Reactions: 
Ketika aku di bangku sekolah lagi, aku sudah melihat kelibat anak-anak saudaraku. Pada tahun 1988, aku melihat anak kakakku yang pertama. Ketika itu baru lahir. Kemudiannya, aku melihat munculnya beberapa orang lagi anak-anak kecil yang lain dari kakak dan abang-abangku yang lain.

Sekarang ini jumlah mereka sudah banyak. Aku tidak boleh menjawabnya secara spontan kalau ditanya secara mengejut. Aku perlu membilangnya satu persatu. Itu pun belum tentu betul.

Sebenarnya, aku mengharungi usia ini bersama-sama dengan proses pembesaran dan pendewasaan mereka. Aku boleh mengingati banyak detik hidup mereka.

Aku juga selalu bergusti dengan mereka, khususnya anak-anak saudara lelaki. Mereka meminati Stone Cold. Aku tidak tahu ejaan itu betul atau tidak. Aku tidak berminat dengan gusti. Aku hanya menontonnya pada zaman sebelum ada VCD lagi. Itu zaman Hulk Hogan. Itu zaman Mancho Man. Itu zaman Superfly.

Sedari kecil, aku memerhatikan mereka. Setiap kali bersalam dengan mereka, mereka pasti akan diketuk di bahagian umbun-umbun kepala. Itulah adalah trademark aku. Tujuan aku mengetuknya ialah agar mereka tahu bahawa mereka itu sebenarnya hanyalah 'budak' dari kacamata aku. Sampai sekarang, sebesar mana pun mereka, mereka akan juga diketuk umbun-umbunnya.

Sekarang ini mereka sudah membesar panjang. Yang kecil hanya beberapa orang sahaja lagi. Hanya dengan kumpulan ini aku masih boleh bergusti.

Yang lainnya, sudah besar panjang. Ada yang bersekolah menengah. Ada yang di universiti. Ada yang di matrikulasi. Usia emas seperti mana aku mula mengenal mereka dahulu.

Tetapi - sekalipun aku tidaklah lagi memerhatikan mereka secara dekat lagi - tetapi aku memerhatikan mereka dari jauh. Aku tahu sifat mereka. Ada yang baran. Ada yang pendiam dan memendam rasa. Ada yang riang. Ada yang pemalas. Ada semuanya. Aku tahu walaupun mungkin mereka tidak tahu. Tetapi tidak kisahlah, setiap manusia ada personaliti masing-masing.

Ada juga yang mungkin sedang merokok di sekolah. Mereka ini patut berhenti. Melainkan kalau mereka sering dapat nombor satu dalam kelas. Kalau selalu dapat nombor corot, merokok pula, tidak ada satu perkara pun yang boleh dibanggakan.

Bagaimana pun, ada satu ingatan aku untuk mereka. Jadilah diri sendiri di mana pun anda berada. Jangan sesekali berhasrat menjadi orang lain. Biarlah orang lain punk, tetapi kita biarlah dengan cara kita. Biarlah orang lain berfoya-foya kerana ada banyak duit, kita mesti tetap dengan diri kita - kerana itulah kita sebenar. Usah menyusahkan diri untuk menjadi orang lain.

Salah satu perkara lagi untuk menjadi diri sendiri - pastikan kita sentiasa ada kelas tersendiri dalam pelajaran. Itulah yang akan menentukan siapa kita.

4 comments:

Abang Ben said...

"Oiii... korang... berenti merokok le..." kata Awang Changloon kepada anak2 sedaranya. Beliau berdiri sambil cekak pinggang. Matanya hampir tersembul keluar. Marah.

Apabila dilihat nasihat dan marahnya tidak berkesan, beliau beredar... sambil menghembus asap rokok Dunhill.

"Budak-budak sekarang... kalau exam bagus boleh la merokok... ni tidak..." katanya dalam hati sambil menyambung batang rokok kedua.

;)

ihsan_huhu said...

fullamak ayat last tuh mmg bes r!

FakirFikir said...

Ben -->Aku tak cekak pinggang punya dlm bab tu...jgn bimbang..Aku cuma akan psiko kalau result depa teruk!

Huhu -> bila free bagitau, nanti aku belanja hang makan!

ihsan_huhu said...

esok aku free.. cun la kol aku k

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails