Yang Ikut

Tuesday, 20 October 2009

PhD itu tidaklah susah

Reactions: 
Aku mulakan tulisan ini dengan kenyataan positif 'PhD itu bukanlah susah".

Sebenarnya, dalam hidup ini tidak ramai yang berhasrat untuk menyambung pengajian dalam PhD, kecuali untuk beberapa kategori manusia sahaja.

Kumpulan pertama ialah mereka yang diperlukan untuk mempunyai PhD sebagai salah satu syarat pekerjaannya. Aku termasuk dalam kategori ini. Bagaimana pun, dalam kategori ini, ada yang sememangnya berminat untuk mengaji PhD, dan ada yang tidak. Ada yang memang pintar dan keupayaan mereka tidak perlu diragui. Ada yang sebenarnya tidaklah sepandai mana pun, cuma kadang-kadang berlakon pandai dan tahu semua perkara.

Kumpulan kedua - ialah mereka yang semata-mata berhasrat untuk mendapatkan gelar 'Dr' di hadapan nama mereka. Dengan cara itu, ia memungkinkan mereka kelihatan lebih cerdik berbanding orang lain. Jadi jangan hairan kalau mendengar khabar angin ada VIP yang mengupah orang lain menulis tesis PhD untuk mereka, atau ada yang membeli PhD dari Amerika Syarikat. Mereka ini mungkin bukan orang yang pintar akademik, tetapi kita perlu memberikan mereka penghargaan kerana mereka ini pintar untuk hidup. Mereka tahu memanipulasi persepsi manusia.

Kumpulan ketiga - ialah mereka yang memang berminat dengan pengajian. Mereka ini tidak menjalankan kajian kerana ia sebagai syarat pekerjaan mereka, bahkan sanggup berbelanja sendiri untuk menjalankan penyelidikan PhD. Mereka ini manusia hebat. Mereka inilah scholar tulen. Sebab itu, di universiti ada pelajar PhD yang sudah cukup tua dan sesuai dipanggil 'atuk'. Orang bertanya, mengapa nak sambung PhD lagi? Orang terlupa, itulah buktinya manusia tidak pernah akan sama.

Kumpulan keempat - mereka yang tidak tahu untuk berbuat apa. Mereka mungkin tidak ada pekerjaan hendak dibuat. Jadi, sebagai cara mengisi kelapangan waktu, mereka memohon membuat PhD. Ada yang ditaja, ada yang tidak. Ada yang dijanjikan pekerjaan, ada yang tidak dijanjikan apa-apa. Bagaimana pun, kumpulan ini kebanyakannya ialah orang yang pintar.

Jadi - apabila ada orang bertanya sama ada untuk mendapatkan PhD itu mudah atau susah, ia bergantung kepada kategori mana anda berada. Kalau ada kenyataan-kenyataan pelik lagi janggal yang keluar dari manusia yang ada PhD, anda juga boleh menyemak dari kategori mana PhD itu mereka dapatkan.

Realitinya mendapatkan PhD itu bukanlah susah sangat!

5 comments:

ihsan_huhu said...

aku rs aku xtermasuk dlm golongan2 org yg nk wat PhD

mangkuk statik said...

naj buat phd senang. Nak perabihkan tu yg susah.....

Chah said...

aku tak dak dalam mana-mana kategori yg hang tulih tu, tapi aku memang sokong orang yang bijak pandai, tanpa sedikitpun 'PhD' syabas inspektor shahabb...:D

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy berhenti jd tutor sbb x sanggup nk pegi amik phd..mcm susah..

Mai Mohamed said...

Saya dalam golongan yang mana pun saya tak pasti.. Tertekan dengan perkerjaan. Bercuti seketika dengan menyambung phd. Berharap selepas 3 tahun saya menghadapi dunia dan cabaran baru..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails