Yang Ikut

Tuesday, 27 October 2009

Stress - bersiap sedialah untuk mati

Reactions: 
Stress boleh bawa mati ke? Budak-budak universiti bertanya. Kami selalu stress, tak mati pun. Stress exam, stress assignment, stress experiment tak menjadi. Hari-hari kami stress. Relaks jer. Hari-hari boleh ke Rundle Mall. Celah-celah tu sempat lagi ke Melbourne jalan-jalan. Boleh balik kampung pergi Sogo, singgah Reject Shop. Sempat lagi dapat awek baru di kampung. Tak mati pun.

Itu stress lain. Itu bukan stress sebenarnya. Cuma pening lalat. Dalam setahun, hanya berapa kali sahaja budak universiti stress. Hantar assignment, legalah stress. Experiment tak jadi, godek-godek wayar sikit, manipulate data sikit, stress dah hilang. Budak sekolah pun sama juga. Cuma dua tahun sekali baru stress. Itu bila ada exam besar.

Tetapi - orang berkerja lain. Orang bisnis lagi teruk. Di kilang, hari-hari bos Jepun tanya, apasal tak capai target. Lalu depan superintendent, dia tanya lagi - 'kau tidur ke, tak reti jaga budak-budak'. "Apasal kau tak capai target'. Lalu depan budak-budak operator - Hari ini kami tak larat la. Besok la, kami pulun bagi dapat target"

Ada orang kerja, tak habis di ofis bawa balik rumah. Kadang-kadang jam 1 pagi masih melangut depan komputer. Dia lupa ada anak bini di rumah. Bila balik rumah, tengok-tengok suami dah bawa balik orang baru. Atau isteri dah lari ikut Bangladesh jual karpet. Waktu itu baru bertambah stress. Baru tahu langit itu selalu tinggi.

Orang bisnis lagi teruk. Surat bank dah boleh buat kertas recycle. Surat along jangan tanya lagi. Itu belum tahap customer cari depan rumah. Ada kereta yang kena tarik. Rumah kena sita. Anak kena culik. Pasport kena tahan. CITOS black-list nama. Hutang dah banyak. Nak pinjam lagi dah tak boleh. Kontraktor dah lari. Pekerja pula dah bising-bising nak minta naik gaji.

Sampai satu tahap, nampak bangunan bank pun dah terlebih takut berbanding nampak hantu langsuir. Tiap-tiap hari mimpi yang sama - hutang, hutang, hutang. Itu baru betul-betul stress. Bukan pening lalat lagi.

Stress sebenarnya tidak bawa mati. Yang bawa mati ialah kerana stress mengaktifkan penyakit lain. Stress --> darah tinggi ---> stroke ---> mati. Stress --->sakit jantung --->mati. Stress --->depression ---> terjun bangunan --> mati.

Sebab itulah, dalam statistik, kena pakai Amos. Ini bagi memudahkan mengira kesan mediator. Apa hubungannya di antara X dan Y dalam hubungan Z.

Inilah yang sebabkan stress bawa mati. Sebab itulah, jangan ingat stress macam bisul. Bisul cepat hilang. Stress boleh terbawa-bawa dalam mimpi. Makan lauk daging pun kadang-kadang terasa macam makan ikan tamban.

Adakah hanya orang berkerja sahaja stress? Tidak juga. Orang yang sepatutnya sudah berkerja, tetapi tidak ada kerja juga stress. Begitu juga orang yang berkerja tiba-tiba hilang kerja, itu lagi stress.

Anda stress? Kalau begitu, bersiap sedialah untuk mati!

10 comments:

Abang Ben said...

zaman student ialah zaman ideal. Tanggungjawab cuma study je (dan enjoy - optional).

Bila dah berkeluarga/bekerja baru real life datang. So jangan berlagak pandai/cerdik/wise la wahai student undergrads. Korang belum letak langkah pertama lagi pun!

Always take benefit from ahlifikir macam FakirFikir (gua dah jek lu, bila nak belanja gua steamboat?)

Muhammad Teja said...

kalau tak stress pun, kita semua pakat-pakat menuju kematian juga kan? haha

FakirFikir said...

Ben --> Nanti aku buat jamuan farewell untuk hang. Biar sekali makan saja, lepas tu tak payah belanja dah!

Teja --> Tak stres pun mati juga. tapi tu mati macam P.Ramlee. Mati dalam iman. Bukan mati dalam hutang!

isuzu_aizu said...

kalau saya mimpi harimau menyerang kampung dgn dasyatnya , takde kaitan ngan stress kot? harap2nya tidak. huhu

FakirFikir said...

Mimpi harimau okay. Jangan mimpi ada buaya darat atau lintah darat masuk kampung. Itu bahaya.

ainishamsi said...

kalaulah penyelesaian hidup semuanya mati.

tapi hidup tak berhenti sampai mati. hidup lepas mati pulak?

FakirFikir said...

Aini --> cukup dulu setakat itu. Jangan panjangkan lagi. Nanti tambah stres.

ihsan_huhu said...

stress fracture pon xmembawa maut. tp boleh membawak kepade sakit2 kaki mcm en ben

cucu Hipnie said...

salam wbt..

ohh, sy selaku undergrade terkesan.. syukurlah, sy mmg jarang stress, cuma stress bila tengok kakak2 yg dh berfamili selalu stress..

FakirFikir said...

niesa.imana --> Stres tengok kakak2 yang berfamili selalu stres -- itulah contagion effect.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails