Yang Ikut

Friday, 16 October 2009

Ini pesan agama

Reactions: 
Aku bukan ingin berceramah agama di sini. Aku bukan orang yang pandai akan hal itu.

Tetapi, sebagai pelayar internet, anda sesekali tentu juga melayari laman-laman lain. Anda juga mungkin melayari laman berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Anda juga sesekali singgah di laman politik.

Sekarang ini, laman politik adalah antara laman popular di Malaysia. Semua orang meminati politik. Semua orang ingin tahu cerita-cerita kontroversi politik Malaysia. Semua orang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Aku tidak kisah dengan pandangan politik mana-mana aliran sekalipun.

Bagaimana pun, anda perlu berhati-hati apabila membacanya. Seperti juga tatkala anda membaca blog ini, anda jangan mempercayai kesemuanya. Akal anda diperlukan bagi menafsirnya.

Aku lihat ada beberapa laman politik yang seolah-olahnya begitu sekular dan sosialis. Mereka adakalanya menganggap semua agama adalah sama.Walaupun tidak menyebut secara langsung, ada yang melihat Lailatul Qadar atau api neraka seolah-olah dongeng cerita. Begitu juga ada beberapa laman lain yang ditubuh atas nama perjuangan dan emansipasi komuniti Islam - jelas sekali bertentangan dengan apa yang disarankan oleh Islam.

Adakah Islam sama dengan yang lain?

Hakikatnya tidak. Apabila beranggapan semua agama adalah sama, maka kita sebagai orang Islam telah menjatuhkan martabat dan kesucian Islam. Islam adalah satu-satunya agama untuk kita dan untuk semua manusia. Sampai bila-bila pun ia tidak akan berubah. Itulah yang menjadi tunjang akidah dan kepercayaan kita.

Jangan sesekali anda berkata, "Ah, semua agama sama sahaja. Semuanya menyuruh kebaikan". Jangan anda berkata begitu. Kita tidak boleh menganggap agama orang lain sama dengan kita. Ia boleh mencederakan akidah anda.

Bagi mereka yang menulis, itu hal mereka. Ini dunia demokrasi. Bagi yang membaca, anda perlu berhati-hati.

(Nota: sekiranya anda ingin memberikan komen, jangan sebutkan nama laman atau individu berkaitan. Ia bagi mengelakkan kontroversi. Cukuplah sekadar ia menjadi pengetahuan kita bersama).

4 comments:

Abang Ben said...

semua agama = sama. Itu pegangan golongan Islam liberal. Memang kena hati2. Dan kebanyakannya orang pandai2 macam hang.

FakirFikir said...

Nasib baik aku tak pandai. Sebab itu aku tak join depa

mangkuk statik said...

Pandangan ni memang berleluasa di Indonesia. Ari tu baru aku baca blog mamat ni yg pernah kerje jadi Boss kat indonesia. Dia memang aktif berblog dan liberal pemikirannya dalam hal falsafah nih.. Blog dia kat sini.....sat aku nak carik http dia...
http://fakirfikir.blogspot.com
Jom kita kutuk dia beramai2!!!
Ganyang Fakir-Fikir!!

FakirFikir said...

Terima kasih atas nasihat hang! Itu belum aku bagitau ada satu blog lain lagi yang taukenya ada kedai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails