Yang Ikut

Sunday, 11 October 2009

Adelaide Bloggers!

Reactions: 
Aku percaya di Adelaide ini terdapat banyak anak Malaysia yang mempunyai blog masing-masing. Setiap orang mempunyai alasan dan tujuannya sendiri membaangunkan blog. Ada yang mungkin ingin berkongsi berita dengan keluarga, mencurahkan rasa dan derita, berkongsi pengetahuan, melempiaskan rasa marah dan banyak lagi.

Namun, blog juga sebenarnya memberikan lebih banyak manfaat daripada itu. Ia menjadikan kita bersahabat dengan banyak orang. Ia menjadikan kita mengetahui apa yang sedang dialami oleh teman-teman kita di luar sana. Bentuk persahabatan mungkin sekadar maya, dan bukan fizikal. Tetapi, itu tidak mengapa. Yang penting, aspek positifnya.

Jadi - aku terasa seperti perlu diwujudkan satu komuniti Adelaide Bloggers yang mana kita sesekali boleh berjumpa atau mengadakan aktiviti bersama untuk kebaikan anak bangsa. Atau mungkin sekadar makan-makan dan minum kopi berbual-bual kosong.

Kita juga mungkin boleh merancang untuk menulis tema yang sama pada setiap hujung bulan, misalnya berkaitan pendidikan, politik, atau apa sahaja. Setiap orang boleh menulis dengan cara masing-masing, berdasarkan pandangan masing-masing. Yang utama, satu hari bagi setiap bulan kita menyumbangkan sesuatu untuk bangsa dan negara.

Semua orang yang mempunyai blog bebas untuk menyertainya tanpa mengira aliran politik, ideologi atau usia. Kita tidak perlu membataskan penyertaan semata-mata kerana ada yang senior atau ada yang lebih muda. Semua orang sama sahaja. Komuniti ini pula perlu bergerak secara informal sahaja, agar kita tidak terlalu terikat dengan banyak peraturan dan undang-undang.

Kita juga tentunya perlu mengadakan link bagi semua ahli komuniti.

Azam tentunya perlu dilantik menjadi Presiden kerana dengan cara itu setiap kali pertemuan membolehkan kita minum percuma.

Amacam? Ada komen?

8 comments:

Abang Ben said...

jalan terus!!! Aku tinggal berapa bulan je ni kat Adelaide huhuhu

Muhammad Teja said...

organisasi LSS sedia bekerja dalam hal ehwal penulisan ini. :D

mangkuk statik said...

kalau jadik presiden bole dapat sekretari cun dan seksi dak?
Ade ape2 tender tertutup yg boleh dapat kat aku?

FakirFikir said...

Bro Ben - Hang boleh jadi pemerhati bebas. Tak pun lantik hang jadi Presiden dalam tempoh 2 bulan!

Teja - mungkin perlu iklan idea ini. Kalau tak jadi tak apa, ini dunia demokrasi.

SwingingBowl - boleh dapat sekretari omputih juga. Tapi hang perlu bayar gaji.

Inah said...

boley2 :)..tapi aku duk msia lagi ni :D

ihsan_huhu said...

boleh2. tp kne ade full-time editor yg kne edit post2 aku, pendek kate tulis je balik sume r

FakirFikir said...

Inah -- Tak pa. Ini cuma idea. Belum mula. Belum jadi. Belum tentu jadi!

Ihsan -- hang tulis tiga ayat cukup. "Saya nak kahwin".

oryza sativa said...

Idea yg menarik...
hrp dpt dilaksanakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails