Yang Ikut

Wednesday, 28 October 2009

Contagion effects - ilmu baru yang patut anda tahu

Reactions: 
Sebagai menyambung Kempen MINGGU TANPA STRES


Anda pernah dengar istilah ini - "Contagion Effects"? Anda mungkin jarang mendengarnya, walaupun anda selalu melaluinya. Melainkan anda memang terdidik dalam bidang yang berkaitan dengannya.

Tahukah anda bahawa stres atau apa sahaja penyakit psikologi lain (misalnya kemurungan, kebimbangan) sebenarnya boleh dipindahkan kepada orang lain tanpa disedari. Seorang isteri yang tertekan di tempat kerjanya akan pulang ke rumah dengan muka masam, mulutnya bising-bising, dan tingkahlaku yang janggal. Hal ini dilihat oleh suami dan anak-anaknya. Mereka tidak berani untuk menegur melihat kepada wajah yang muram dan tingkahlaku yang pelik itu. Tanpa disedari, suami dan anak-anak di rumah juga menanggung stres.

Begitu juga - tatkala di pejabat. Ada rakan anda yang baru sahaja dimarahi pengurus. Mukanya masam. Mulutnya kumat kamit merungut. Dia menghentakkan fail. Dia bercakap dengan suara yang kasar. Anda di sebelahnya juga akan stres. Inilah yang kita namakan sebagai 'contagion effects'.

Kajian makmal yang dilakukan telah menempatkan seorang remaja normal dengan sekumpulan remaja yang ada kecenderungan membunuh diri. Selepas beberapa hari tinggal bersama, pelajar normal tadi diuji. Nampaknya dia juga akhirnya ada kecenderungan membunuh diri.

Ini hal pelik. Tapi kepelikan itulah yang menjadikan bidang psikologi itu muncul.

Jadi, sekiranya anda stres, cubalah sedaya mungkin yang boleh mengawal riak wajah dan perlakuan anda. Agar ia tidak menjangkiti teman-teman atau ahli keluarga anda. Kalau boleh, jangan menziarahi orang sakit pada saat anda sedang sangat tertekan. Ia tidak membantu mereka yang sakit. Bahkan, menambahkan kerunsingan mereka.

Anda pernah alami 'contagion effects'? Atau sekarang ini anda sedang memindahkannya kepada orang lain? Sebagaimana yang sedang aku lakukan untuk memindahkan tekanan yang aku hadapi kepada orang lain melalui tulisan-tulisan minggu ini!

6 comments:

ihsan_huhu said...

btol2. tp kl ko hepi org lain yg tgh stress pon boleh terhepi gk.

Muhammad Teja said...

betul tu ihsan.

abang, kalau kita tegur orang kira contagion effect juga ke?

FakirFikir said...

Bukan tegur. Interaksi sosial yang berlaku yang sebabkan perubahan kepada pihak yang satu lagi. Istilah lain, cross over, lbh kurang sama, tapi lain.

zarzh said...

Jazakallah Fakir-fikir, begitu bermanfaat untuk dikongsi tulisan-tulisan sebegini.

Istilah lain yang biasa digunakan kalangan ahli dakwah yang maknanya hampir sama dengan `contagion effects´ adalah `terkesan´, terkesan dengan suasana seperti suasana dunia yang mengkhayalkan, terkesan dengan isu semasa, terkesan dengan mood kawan dan seterusnya...

Kerana itu usaha lagi dan lagi memperkatakan tentang kebesaran Allah serta mempratikkan sunnah Nabi agar kita semua terkesan pada kebenaran, kebaikan bukan pada yang mungkar.

- semoga fakir-fikir teruskan menulis kerana kebaikan itu tiada batasnya dan ilmu Allah itu terlalu luas (biarpun semua pokok-pokok ditebang untuk dijadikan pen, semua air lautan habis dijadikan tinta namun ilmu Allah tetap tidak berkurangan sedikit pun).

cucu Hipnie said...

salam wbt.

dulu sy ada knal kawan yang rasanya x dipengaruhi 'contagion effects'ni (skrg xtau bliau cmana).. dan, disebabkan sikap 'unawareness' bliau salu mnyebabkan sy stress.. huhu..

ps: unawareness ni boleyh diklasifikasikan sbg antonim 'contagion effects'?

FakirFikir said...

Cucu Hipnie aka niesa.imana,

Contagion effect ini ialah effect yang dipindahkan daripada A kepada B, dalam keadaan B tidak ada kaitan pun dengan masalah yang dialami oleh A. Sebab itu, kalau kita bersahabat dengan orang alim, kita mungkin ada potensi jadi baik. Kalau bersahabat dengan orang jahil, kita juga mungkin akan jadi kacau. Bergantung kepada siapa yang mempengaruhi siapa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails