Yang Ikut

Saturday, 24 October 2009

Nik Aziz, Tian Chua dan politik Malaysia

Reactions: 
Nota: Ini bukan perbincangan politik.

Ada dua berita besar yang sedang berlegar dalam senario politik Malaysia saat ini. Anda yang meminati politik sudah tentu membacanya. Bagi yang tidak berminat dengan politik, jangan hiraukannya. Teruskanlah dengan pekerjaan anda.

Nik Aziz dianggap tokoh ulama penting dalam PAS. Ia bukan sahaja pemimpin yang deihormati dalam partinya, tetapi juga di antara Menteri Besar yang bertahan lama. Ketika semua negeri dipimpin oleh Barisan Nasional, hanya Nik Aziz seorang sahaja mampu membuktikan bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk partinya.

Nik Aziz - dia bersuara sejujurnya. Mungkin, tidak ada pemimpin politik yang sehebat beliau dalam hal menyuarakan pandangan. Beliau tidak menyembunyikan apa-apa. Dia menyuarakan apa sahaja yang pada pandangannya adalah betul, walaupun ia mungkin memberikan kesan tidak baik terhadap partinya. Tetapi itulah Nik Aziz. Bukan sekali atau dua kali dia mengeluarkan pandangan yang dianggap kontroversi, bahkan berkali-kali.

Terbaru - kritikan beliau terhadap beberapa pemimpin dalam PAS yang dianggap beliau sebagai sedang menjadi duri dalam daging dalam isu kerajaan perpaduan. Mereka yang dikritik ini bukanlah ahli biasa, atau pemimpin peringkat bahagian. Mereka yang dikritik ini termasuklah presiden parti dan naib presiden. Ini hal luar biasa. Tidak ramai manusia yang berani mengkritik orang atasannya. Apatah lagi dalam konteks budaya Asia dan 'jarak kuasa' yang tinggi seperti Malaysia.

Tetapi itulah yang menjadi seseorang itu dianggap pemimpin. Sifat utama pemimpin ialah prinsip. Ingat - prinsip. Tanpa prinsip, lebih baik anda menjadi pengemis sahaja.

Pemimpin mesti ada ciri uniknya. Pemimpin mesti berani menanggung risiko. Pemimpin sentiasa lain dari orang bawah. Anda boleh membezakan di antara pemimpin dan pengikut dalam konteks apa pun, sekalipun anda tidak kenal mereka. Kalau anda seorang yang berminat membaca buku, carilah buku Gary Yukl.

Tian Chua - mungkin bukan sesiapa kalau dibandingkan dengan Nik Aziz. Dia hanya pemuda Cina biasa sahaja. Bekas penyelidik bagi sebuah NGO di Hong Kong.

Tetapi itu dahulu. Dia juga dilihat pemimpin bagi yang meminati cara beliau menempuh gelojak politik tanahair. Pada era reformasi tahun 1990-an, dari seorang yang bukan sesiapa - beliau tiba-tiba muncul karektor pejuang anak muda. Beliau berani tidur di hadapan trak polis yang sedang bergerak, dan tentulah berkali-kali juga disembur dengan gas pemedih mata.

Apabila beliau dikatakan menggigit telinga seorang anggota keselamatan, itu bukanlah hal yang pelik bagi anak muda sepertinya. Tetapi itulah ciri uniknya. Ciri uniknya ialah keberaniannya dalam hal-hal seperti itu. Dia mungkin bukan pemidato hebat, bukan juga seorang yang hebat berkata-kata. Cuma kerana keberaniannya, beliau dianggap sebagai memiliki sifat pemimpin.

Bekas Perdana Menteri kita - Tun Mahathir juga ada sifat uniknya. Tidak ada orang yang berani dan sekerasnya dalam mengambil tindakan politik. Tentu tidak ada pemimpin lain dari negara Asia yang berani mengambil tindakan memboikot produk Britain - apatah pada waktu itu dipimpin oleh orang yang besar juga - Margaret Tatcher. Tun Mahathir jugalah yang mengkritik Tunku Abdul Rahman sehingga beliau dipecat dari parti.

Tetapi itulah pemimpin. Pemimpin mesti berani dan ada prinsip.

Sekarang ini berapa banyak pemimpin seperti ini? Banyaknya yang hanya baling batu sembunyi tangan, atau sekadar bersembunyi di tabir poket si anu itu dan ini. Kalau anda berminat dengan filem, tontonlah Scent of a Woman, lakonan Al-Pacino. Lihatlah bagaimana sifat pemimpin itu dibentuk dan dibina.

Tentulah, dari zaman ke zaman - pemimpin akan datang dan pergi. Pemimpin baru akan juga dilahirkan. Bagaimana pun, setiap pemimpin mesti ada sifat uniknya yang tersendiri. Jika tidak, pemimpin itu hanya mampu bersifat sebagai pemimpin di atas kertas.

Dipuja semasa berkuasa, dicerca semasa kuasa mula meninggalkan dia. Inilah yang membezakan di antara pemimpin dan pengurus.

Nota: jika ada masa, nanti kita kendalikan program kepimpinan lagi. Kita lihat apa ciri yang perlu pemimpin miliki.

5 comments:

mangkuk statik said...

Memo dari editor!!!

Saudara Fakir di minta search dulu elok2 fakta sebelum menulis. Wikipedia atau google adalah di sarankan.
Tiada filem lakonan al pacino yg berjodol "sense of woman". Dahlah salah, grammar pon hancus!
Akan tetapi ada filem lakonan al pacino yg berjodol "Scent of a woman" atau kalau yg terjemahkan ke bahasa Melayu menjadi "Bau Kaw Kaw Awek".
Barangkali, filem inilah yg di maksudkan saudara fakir.
Harap maklum. Potong gaji 20 percent!
Sekian....
Editor GemPaq

FakirFikir said...

Terima kasih tuan. Sudah diperbetulkan. Maklumlah dah lama tak tengok filem. Apa pun, hang patut tonton filem tu dan rebiu sikit.

Abang Ben said...

Memo dari KETUA EDITOR,

blog ini perlu ditukar nama kepada TERLEBIHFIKIR sebab entry harian. FAKIRFIKIR hanya untuk blog yang entry-nya 1-2 kali seminggu.

Terima option ini atau resign!

- Ketua Editor Jelita.

FakirFikir said...

Gamaknya inilah tekanan yang dihadapi oleh penulis akhbar. Walaupun majoriti meminta untuk diupdate setiap hari, tetapi ada invisible hand yang sedang beraksi. Tak apa, lepas ini blog ini akan diupdate setiap jam!

ihsan_huhu said...

sbb tuh r diorg nih menonjol drpd pemimpin2 yg lain.

org lain perut n XXX menonjol ade r.

ps: oi xpuas ati g undi kat tepi tuh r sementare talian masih di buka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails