Yang Ikut

Friday, 23 October 2009

Beza orang pintar dengan orang lain

Reactions: 
Kalau anda terpedaya dengan tulisan aku sebelum ini, anda tidak pintar!

Benar, orang pintar tidak berpeluang dan tahu dengan banyak perkara. Tetapi, kebanyakan peluang itu sebenarnya tidak diperlukan pun dalam hidup mereka. Orang pintar mesti membezakan hidup mereka dengan orang kebanyakan. Ibarat seekor helang yang terbang tinggi. Orang kebanyakan ialah layang-layang. Jumlahnya banyak. Walaupun terbang dekat dengan mata kita, tetapi tidak ada orang menghiraukannya. Tetapi helang yang seekor itulah yang dikagumi orang.

Tidak perlu pun orang pintar mengetahui cara menjerat pelanduk, mendapatkan rebung dari buluh atau mengemaskini harga ikan. Itu bukan perkara besar bagi orang pintar. Tidak ada guna sedikit pun mengetahui cara menjerat pelanduk dalam persekitaran semua hutan bertukar bandar. Rebung boleh dibeli dari pasar sahaja. Jadi tidaklah perlu orang pintar membuang masa. Sebagai orang pintar, anda boleh menyuruh orang lain membeli ikan untuk anda.

Mengetahui bagaimana kelakuan orang jahat di dalam masyarakat mungkin diperlukan. Tetapi tidak semestinya juga. Ingat, situasi orang berubah, dan cara masyarakat melakukan devian sosial juga berubah. Tatkala orang pintar tahu bahawa penjual burger bertukar jual beli dadah, para penjahat ini sudah menggunakan kaedah lain pula. Jadi tidak perlu pun orang pintar mengetahui selok belok kejahatan dalam masyarakat.

Mengetahui adanya ulat motor yang boleh membawa kita ke Thailand tanpa pasport juga tidak perlu. Mengapa harus menggunakan jalan salah kalau ada cara lain? Menggunakan cara salah hanyalah perbuatan orang bodoh. Menggunakan perkhidmatan ulat motor bermakna kita menyumbang kepada rasuah. Ulat motor ini merasuah pihak berkuasa di kedua-dua buah negara bagi membolehkan mereka beroperasi. Jadi, jangan benarkan rasuah bermaharajalela. Orang pintar tidak akan melibatkan diri dengan hal itu.

Lagi pula, kalau tertangkap di Thailand, orang pintar akan merana. Merengkuk di penjara Thailand yang sempit, makan nasi dan kangkung menyebabkan banyak orang menderita penyakit. Jadi jangan pilih cara bodoh.

Memulakan perbualan secara 'sekema' dan 'belia' dengan orang kampung memang diperlukan. Inilah yang dilakukan ahli politik. Mereka bercakap mengenai agro-tech, bio-tech atau nano apabila berucap di khalayak orang ramai. Mereka juga menggunakan istilah ekonomi 'menguncup' atau 'kenaikan index matawang' di hadapan orang kampung. Ini menjadikan orang kampung yang tidak faham apa-apa sangat teruja. Mereka sangka si pengucap itu orang yang pintar. Ini jugalah menjadikan orang kampung sangat teruja dan sangat menghormati orang politik.

Jadi - orang pintar harus bercakap dengan cara itu. Biar orang kampung tahu kita lain dari yang lain.

Jadi - sebagai orang pintar, tugas anda bukanlah untuk tahu semua perkara. Tugas anda ialah memanipulasi orang yang tidak tahu. Inilah yang telah terjadi dalam kehidupan kita. Sebab itulah emak dan ayah kita tidak mahu kita menjadi orang yang bodoh. Mereka tahu benar, orang bodoh selalu akan bernasib malang dan dipermainkan orang!

Itulah yang bakal membezakan orang pintar dengan yang tidak.

3 comments:

ainishamsi said...

sebenarnya saya baru nak utarakan idea yang dalam entry ni dalam entry lepas.

hidup untuk menjadi lebih baik. m mungkin orang yang dikatakan pintar tu tak terdedah dengan cabaran yang disenaraikan dalam entry sebelum ni, tapi semestinya setiap alur hidup itu ada cabaran yang berbeza. dan di situ bermulanya ujian untuk orang-orang pintar tersebut.

pintar atau tidak, bukan persoalan. kalau setakat pintar di atas kertas, itu tak bermakna pintar dalam kehidupan. =)

FakirFikir said...

Aini --> orang pintar kena cepat beri feedback!

ainishamsi said...

slow n steady penting jugak ape?

thesis thesis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails