Yang Ikut

Sunday, 4 October 2009

Musim bunga tiba lagi - Pesan untuk Luqman

Reactions: 
Gambar ini dirakamkan di Happy Valley, dalam perjalanan ke Aldinga Beach.

Luqman Hakiem.
Ini musim bunga. Bunga tumbuh meliar di mana-mana. Di bukit, di hutan atau di padang. Semua pohon mewarnakan ruang. Ia mewangikan alam. Ia menyinari kehidupan. Bunga, pokok dan alam adalah kehidupan yang membahagiakan. Tangan manusialah yang merosakkannnya. Kejahatan manusialah yang menghancurkan kehidupan.

Bunga ini sangat disukai kaum wanita. Aku terlupa nama bunga ini.

Luqman Hakiem,
Aku tidak tahu mengapa wanita sukakan bunga. Mungkin warnanya. Mungkin harumnya. Atau, memang bunga itu sendiri adalah perlambangan wanita. Seperti biasa, kalau begitu sifatnya - bunga akan sentiasa ditipu kumbang. Ia akan singgah pada setiap kuntum bunga. Dan, akan ditinggalkannya. Jangan kau menjadi begitu. Ingat, setiap bunga yang gugur tidak akan tumbuh kembali.

Ini gambar anak aku Luqman Hakiem. Dia sentiasa mahu memberikan posing yang melucukan.

Ingat Luqman Hakiem,
Hidup ini bukan lucu Luqman. Hidup ini keras. Hidup ini padang perburuan. Hidup ini sentiasa memilukan. Kadang-kadang meriangkan. Hidup ini bukan sekadar musim bunga yang indah. Ia juga bercampur musim dingin, panas dan gugur. Berselirat di antara panas alam dan marah manusia. Bercampur di antara suka dan duka. Bercampur aduk antara realiti dan mimpi. Kau akan tahu jawapannya bila dewasa nanti.

2 comments:

ihsan_huhu said...

mcm bunga lavender. kat mesia org dok gila2, kat sini belakang rumah tepi longkang pon byk

isuzu_aizu said...

yup2. tu bunga lavender. normally berwarna purple. purple juga ade berbagai2 purple dan berbagai2 bentuk bunga. yang panjang, bulat, kuncup dsb. tapi ade jugak lavender yang berwarna lain seperti merah, kuning dll. ade jugak lavender yang tidak berbunga, tp daunnya boleh dijadikan sumber haruman. bagi yang berbunga, bunganya menjadi sumber haruman.

*banyak la pulak info pasal lavender kan, haha. dpt tahu ni sbb pernah masuk lavender farm @ barossa valley :D alih2 duduk di ovingham, turun bas je lalu lalang kat rimbun2 lavender tepi jalan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails