Yang Ikut

Wednesday, 3 March 2010

Mengapa kita tidak bahagia?

Reactions: 
Ini soalan yang selalu kita tanya pada diri kita.

Kita merasa tidak bahagia mungkin kerana kita tidak memiliki kasih sayang. Kita juga merasa tidak bahagia mungkin kerana kita tidak punyai kesenangan kewangan seperti orang lain. Mungkin juga kita tidak begitu bahagia kerana kita berhadapan dengan kerjaya yang buruk. Mungkin juga kerana kita memilih hidup dalam persekitaran yang teruk.

Kita merasa tidak bahagia apabila apa yang cuba kita lakukan tidak tercapai. Kita gagal dinaikkan pangkat. Kita gagal peperiksaan. Kita juga mungkin melihat persahabatan kita tidak semeriah orang lain. Atau merasa tidak dihargai oleh keluarga.

Semua ini menjadikan kita berasa gusar dan tidak bahagia.

Adakah benar semua ini faktor manusia tidak bahagia. Sebenarnya, dalam psikologi - apa yang berlaku ini tidak semestinya adalah faktor sebenar menjadikan kita tidak bahagia. faktor utamanya ialah berada dalam diri kita juga. Kita membandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. Perbandingan inilah yang menyebabkan kita berasa tidak bahagia.

Sekarang ini - katakan kita cuma mendapat gaji RM 1,500 sebulan. Ia jumlah yang sangat kecil. Bagaimana pun, angka RM 1,500 itu mungkin sangat besar kalau kita hidup dalam persekitaran orang susah. Jumlah itu juga menyebabkan kita sangat bahagia kalau dibandingkan dengan mereka yang lebih teruk hidupnya dari kita.

Kita berasa tidak bahagia apabila membandingkan rumahtangga kita dengan orang lain. Orang lain kononnya mempunyai isteri yang cantik, rumah besar dan kereta mewah. Keluarga orang lain juga kelihatannya sangat membahagiakan, berbanding kita yang hanya berkereta buruk dan hidup di kawasan setinggan. Isteri kita juga tidak menawan. Sebenarnya, kita menjadi tidak bahagia apabila membandingkan dengan orang lain yang tidak setara. Kita mungkin sangat bahagia kalau dibandingkan dengan orang lain yang turun naik mahkamah syariah, atau pinggan mangkuk pecah kerana bergaduh setiap hari.

Itu hal perbandingan yang diceritakan dalam ilmu psikologi. Ilmu yang didatangkan dari Barat. Ia menceritakan hal jiwa manusia.

Hakikatnya, kita mempunyai kitab psikologi yang lebih baik lagi. Ditulis oleh ulamak silam kita. Anda carilah kitab "Penawar Bagi Hati'. Ia kitab yang sangat baik menerangkan bagaimana manusia sepatutnya menguruskan hati.

Anggota badan kita yang lain - berfungsi seperti apa yang diarahkan oleh hati. Jadi, bahagia atau tidak ditentukan oleh hati kita.

5 comments:

ihsan_huhu said...

pengajaran: xyah la banding2 nih, or banding2 la dgn org yg lagi susah.

WanBeruas said...

Salam, singgah jap..hum very good entri & blog...

ziarah76 said...

ada satu cerita, seorang keluar dari masjid tiba2 seliparnye hilang, marah2 menyumpah seranah dia.
Tapi sedang marah-marah di anak tangga masjid, dia ternampak seorang yang keluar juga dari masjid tapi takde kaki satu! Tersenyum je org tak berkaki tu.
Org yg marah2 tersenyap, lalu tersentak hatinya bhw bersyukur ada kaki. Hilang seliper pun nak marah, orang hilang kaki senyum je. Alangkah bahagianye.

Bahagia ada dlm hati, org sekarnag makan macam2 mahal2 tapi tak bahagia, orang zaman dulu makan ikan kering je tapi hatinya penuh bahagia, tenang.

Dlm bab dunia, jangan tengok orang yg lebih tinggi kedudukan kerana boleh menyebabkan kita berasa tak cukup dgn apa yg ada, kena tengok orang yg lebih rendah kedudukan baru rasa syukur, hargai apa yg kita ada.

Dlm bab agama, kena tengok orang yg confirm berjaya, tinggi kedudukannya...macam sahabat2Nabi. Supaya dpt contohi utk amal meningkat, bahagia.

Begitupun, ini bukan bermakna tak perlu usaha perkara dunia sebaik mungkin, tetapi sifat kanaah (berasa cukup) itu penting utk bahagia.

Sebab manusia ini sebenarnya, jika diberikan gunung emas pun dia rasa tak cukup maka dia nak satu lagi gunung emas dan seterusnya.

Maka beruntung orang yg ada sifat kanaah tu, dia menjadi kaya, kaya di hatinya menjadi kaya kesemuanya.

Org kaya yg takde sifat kanaah itu, dia sebenarnya miskin dan tak bahagia.

Umma-ali said...

Salam,
Dari sudut keagamaan,kita kena bandingkan diri kita dgn org yg lebih cthnya,kawan kita dapat tilawah Quran 1 juzuk setiap hari,kenapa aku nak buka Quran pun susah?
Dari sudut keduniaan, kita bandingkan diri kita dgn org yg lebih kurang dari kita, cthnya, kalu kita naik kereta kancil, kita nampak org naik motor kapcai, kita syukur wpun hanya kancil, kalau hujan tak kuyup...
Dgn ini kita akan berlumba2 untuk kebaikan dan bersyukur atas setiap kurniaan Tuhan...

hainur hapis said...

Alhamdulillah
Jazaka Allah Khir :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails