Yang Ikut

Tuesday, 23 March 2010

Perang politik ini memang menyusahkan

Reactions: 
Perang memang menyusahkan.

Perang bukan sekadar peperangan ketenteraan. Percanggahan ideologi politik juga peperangan. Mungkin tidak banyak negara yang mengalami 'kempen sepanjang tahun' seperti Malaysia. Kita kelihatannya seperti akan menghadapi pilihanraya beberapa bulan lagi.

Semua ini mungkin kerana cara kita berpolitik juga. Kita tidak memberikan banyak ruang melalui media. Jadi orang menggunakan media alternatif - internet untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Orang terpaksa berkempen sepanjang hari - dengan ceramah dan seminar. Orang perlu mencipta isu demi isu, polemik demi polemik.

Semua ini tentu bukanlah hal yang sihat, dalam keadaan banyak isu rakyat yang masih belum selesai.

Sebentar tadi - Perdana Menteri Australia dan Ketua Pembangkang berdebat secara langsung dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Kesatuan Akhbar Australia. Perdebatan ini berkaitan polisi kesihatan yang menimbulkan banyak bantahan. Rakyat pula boleh bersoal jawab dengan kedua-dua tokoh tadi. Ia disaksikan melalui kaca televisyen seluruh negara.

Itulah peperangan politik di negara maju. Semua orang berpeluang mendengar dan mengulas isu. Tidak ada yang menang. Tidak ada yang kalah.

Kita pun - sampai masanya perlu juga membuka ruang kebebasan media. Agar tidak ada banyak khabar angin yang berlegar dalam langit pemikiran kita.

Kalau tidak - sampai bila-bila pun perang politik ini akan terus menyusahkan. Tidak ada berita lain yang dibualkan, melainkan gossip politik yang tak kunjung padam.

Apa isu yang kita ada? Lompat parti, krisis politik MCA, siapa pemimpin sebenar PPP, ketuanan Melayu, liwat, dan bermacam-macam lagi.

Siapa mahu menerangkan kepada kita tentang situasi ekonomi semasa? Apakah langkah yang telah diambil?

2 comments:

ismadiyusuf said...

baru pagi tadi teman sekerja memberitahu tentang akhbar-akhbar dan yang sealiran dengannya..lebih memperkatakan tentang politik, memburuk dan memperkecilkan lawan masing-masing tapi amat kurang ditonjolkan bagaimana nak selesaikan masalah yang berlaku di Malaysia, iaitu kerjasama antara pemerintah dan pembangkang, ...

ziarah76 said...

Msia belum sampai tahap Australia, nampaknya dlm bab debat terbuka tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails