Yang Ikut

Tuesday, 9 March 2010

Sejak bila kita mencinta orang lain

Reactions: 
Sejak bila kita mula mencintai seseorang?

Ketika kita masih kecil - kita berasa malu apabila cuba dipadankan dengan orang lain yang berbeza jantina. Kita berasa malu besar. Ketika kita kecil juga, kita mungkin pernah sukakan seseorang. Tetapi, kita tidak pasti ia 'cinta' atau 'suka'. Tetapi pastinya, deria suka kita itu tidak sama dengan deria suka kita kepada teman yang sama jantina.

Adakah itu cinta?

Sebenarnya kita tidak begitu pasti. Adakah semasa mata liar kita melihat seorang teman sekelas ketika di sekolah adalah dianggap sebagai mencintai seseorang. Setelah itu, kita selalu berangan-angan untuk mendekatinya - tetapi kemudiannya tidak menjadi kerana bimbangkan hasrat kita itu ditolak.

Atau kita mula merasa mencintai seseorang tatkala membeli belah di pasar raya. Kita terasa ingin sangat mengenalinya. Kita terasa seperti ingin mendapatkan nombor telefonnya. Kemudiannya, ia sekali lagi tidak menjadi kerana hal yang pelik meminta nombor telefon dari seorang yang tidak kita kenal.

Kita mungkin merasa kita mencintai seseorang setelah beberapa kali berjumpa bagi hal yang lain. Kita berasa mata kita tidak lagi dapat bertentang mata dengan orang itu. Kita harap matanya juga serupa.

Itulah cinta. Banyak cerita yang tidak kita tahu. Ia fenomena pelik.

Tahun demi tahun berlalu. Ada sebahagian dari watak dalam angan-angan cinta kita yang masih lagi kita ingati. Ada pula yang telah kita lupakan.

Ada orang yang puluhan tahun bercinta, tetapi tidak berakhir di alam rumahtangga. Ada yang hanya sekadar sekali bertentang mata, akhirnya disudahi dengan perkahwinan.

Cinta - ia hanya kisah angan-angan kita. Ia hanya cerita khayalan.

Bagaimana aku mula bertemu dengan isteri aku? Ia mungkin bukan hal yang patut aku cerita dalam blog. Tetapi ia juga bukan hal yang pelik.

7 comments:

Ahmad Al-Hadi said...

Asam di darat,
ikan di laut....
....
....
kau sambung je la fakir sahb.....
hehehehe

ihsan_huhu said...

konfius2

ziarah76 said...

sambung jgn tak sambung...hehehe

mangkuk statik said...

Cakap banyak taknak!
Tolong apload picture album yg bini kau simpan surat2 cinta kau. Bakmai aku nak usha!
Cinta "hanyalah cerita khayalan"!
Citt Poodahhh!!
muahahhahaha...
....walaupun kau betul!
mauahhahaa

Othman Juliana said...

sy pernah berkawan-bertahun lamanya (5, 6 tahun x silap). seminggu sblm sy amek keputusan utk smbg blk study-dia nikah. permintaan ayahnya-tp saya tak percaya (ok, sbb sgt frust agaknya). Hidup di U bertahun2, rasa lepas segala lelah bekerja-sgt happy (yele, keje bertahun2 sblm tu). Rasa sudah melupana si dia&tidak rasa ada kasih lg yang tinggal.

hari ini, sudah 2 tahun dia menjejaki saya. saya mengelak & mengelak. 3 minggu lepas-kami berjmpa. mcm ada kejutan elektrik-haha, jatuh blk kah? Cinta ke? Ayoyo, mcm bermain dgn api!!

Muhammad Teja said...

"telah jatuh cinta dan jatuh kerana kerana cinta"

selamat bercinta, wahai insaninsan yang kucintai. :D

Chah said...

cinta hang tak pelik, tapi aku pelik cmne orang cam hang leh ada jugak rasa nk cinta-cinta yg jiwang2 tuh..pidahhh!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails