Yang Ikut

Wednesday, 10 March 2010

Sejak bila kita mencinta orang lain - II

Reactions: 
"Hari ini, sudah 2 tahun dia menjejaki saya. Saya mengelak dan mengelak. 3 minggu lepas-kami berjumpa. Macam ada kejutan elektrik. Jatuh balik kah? Cinta ke? Ayoyo, macam bermain dengan api!'

Itu kata seorang teman menceritakan kasih yang putus - dan kemudiannya bertemu semula dengan bekas temannya. Ia belum tentu jatuh cinta semula. Ia belum tentu bakal memulakan kisah hidup seperti dulu. Apatah lagi dalam keadaan pasangannya sudah mendirikan rumahtangga. Ia hanya sebahagian ilusi yang selalu bakal menyusahkan kita.

Bagaimana pun, kalau mereka cuba mencipta semula kenangan lama - berkali-kali berjumpa misalnya, ia akan memulakan cerita baru. Tetapi ingat, cerita cintanya kali ini tidak akan sama dengan cerita cinta sebelumnya. Ia akan menjadi lebih payah dan rumit. Ia akan membakar. Ia bukan lagi cerita membahagiakan.

Kalau dia ingin bertanya pandangan, aku akan berkata - jangan terjatuh pada lubang yang sama dua kali!

Orang boleh meninggalkan seseorang setelah menemui seseorang. Orang juga boleh mencari seseorang setelah merasa tidak begitu bahagia. Makna bahagia itu sendiri sangat subjektif. Orang sering menggunakan alasan jatuh cinta untuk mencipta kebahagiaan yang baru. Orang menggunakan alasan cinta - kerana ia ayat yang paling mudah disebut. Hakikatnya, orang sendiri tidak begitu jelas apa yang dimaksudkan dengan cinta. Orang juga tidak jelas dengan apa yang dikatakan bahagia.

Cinta memang perasaan senang yang menyusahkan. Tetapi jangan menyusahkan diri kerana cinta. Kita boleh jatuh cinta, tetapi jangan berkali-kali terjatuh kerana cinta.

Pesanku untuknya - carilah cinta lain. Ia mungkin lebih membahagiakan. Simpanlah cinta lama sebagai kenang-kenangan di hari tua. Rakamlah ia sebagai catatan pengalaman kita sebagai manusia. Cerita luka dan patah hati adalah cerita semua manusia.

Kata Ebiet G Ade dalam lagunya - cinta tak semestinya bersatu.

6 comments:

ihsan_huhu said...

carik je org lain apa daa

Anonymous said...

ada org mengaku mencintai suami ku...tapi kerana persahabatan dgn ku dia mengalah...huhu, boleh percaya kah...

ainishamsi said...

saya ade soalan,

ape definisi cinta sebenarnye? ape beza, suka, cinta, minat?

haha. dah macam column dr love dah ni.

ismadiyusuf said...

cinta pada makhluk kita suka...
cinta pada Allah kita takut...

Othman Juliana said...

mcm kenal kata-kata teman tu :D dan sedang sgt2 berusaha~ cuma macam takde cinta lain yang sudi singgah. kena keringkan hati supaya x jatuh lg. oh!

Othman Juliana said...

ihsan_huhu:
carik je org lain? klu org lain pun x nak? ***errrr... ye ke? ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails