Yang Ikut

Friday, 26 March 2010

Senyum mesra jiwa parah

Reactions: 
Fikiran serabut, jiwa kacau. 

Sudah dua hari, analisis statistik tidak menjadi. Ini data survey pertama aku dulu terhadap 185 orang pekerja di negeri Selangor. Puas aku cuba memanipulasi coding. Tidak berhasil juga.

Ada dua sebab utama. Satunya, mungkin sebab data yang sedikit. Sebab lebih besar ialah data ini berkemungkinan telah cuba diisi sendiri seperti yang aku ulas sebelum ini.

Dalam statistik, biasanya terdapat hubungan di antara satu fenomena dengan fenomena lain. Misalnya 'suka' dengan 'gembira". Orang yang suka tentu akan gembira, atau orang yang gembira besar kemungkinan akan suka.

Bagaimana pun, dalam kes data aku ia pelik. Ia seolah-olahnya,  'suka' berhubungan secara positif dengan 'marah'.  Sepatutnya ia negatif. Sebab itulah aku mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kutipan data peringkat pertama dahulu. Pertamanya aku terkesan dengan tulisan yang sama dalam setiap borang soal selidik. Keduanya warna pen pun sama juga. Ketiganya, jawapan di antara setiap responden juga sama. Keempatnya - dalam satu kawasan yang didiami penduduk Cina, mereka dapat hampir semua responden!

Nasib baik kerja yang tidak jujur ini tidak dilakukan pembantu penyelidik yang lain. Kalau tidak tentu keadaan akan lebih parah.

Untuk kajian peringkat 2 dan 3, masalah seperti ini tidak ada. Terima kasih untuk Ann, Su dan rakan-rakan mereka.

Jadi apa yang patut aku buat? Mungkin kita patut bernyanyi 'senyum mesra jiwa parah, walau luka ketawa jua"!

2 comments:

ihsan_huhu said...

gle kantoi kencing.

nih sure muke2 yg kantoi meniru kat skola. nk tipu pon xpandai

isuzu_aizu said...

senyum mesra jiwa parah, walau luka ketawa jua ---> lagu nih adelah normal utk org yg suke buat mcm cool mcm sy. hahah

hmm drpd 24 respondan yg sy kene jumpa, 8 org adalah dr kaum cina, dan sy tak dapat satu pon dgn mcm2 alasan . hmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails