Yang Ikut

Tuesday, 9 March 2010

Nasihat untuk bloggers - Part II

Reactions: 
Mengapa orang membaca apa yang kita tulis? Kita tidak tahu alasan mereka.

Mengapa orang setiap hari cuba meneroka laman web dan blog dan membaca sesuatu? Kita juga tidak tahu.

Apa yang ada di minda manusia apabila menghidupkan komputer mereka di waktu pagi. Apakah laman yang akan dibuka dahulu sebelum mereka minum kopi. Apakah pula perkara yang mereka baca sebelum menutup komputer dan tidur di atas tilam? Kita juga tidak tahu.

Setiap hari juga akan ada laman blog baru yang tumbuh - bagai cendawan - menulis dan merakamkan peristiwa dengan pelbagai cara. Ada orang yang mungkin bosan dengan cara mereka, ada yang menyukainya. Apa alasan orang menulisnya, kita juga tidak tahu. Seperti juga apa sebab orang membacanya.

Ada tajuk-tajuk atau topik-topik tertentu yang dicari orang. Dalam konteks blog aku, banyak orang secara tidak sengaja menemuinya apabila menaipkan ayat 'maksud stres'. Mengapa mereka ingin mencari maklumat berkaitan stres. Kita tidak tahu. Siapakah kumpulan peneroka ini? Kita juga tidak tahu. Mereka mungkin pelajar, pensyarah atau juga manusia yang sedang dilanda stres.

Italic
Sebenarnya - ini menunjukkan bahawa apa sahaja perkataan yang anda tulis, tentu ada manusia yang mencari maklumat mengenainya. Sekalipun anda cuma menceritakan hal berkaitan dengan 'pokok maman', lambat laun ada orang cuba menyelongkarnya.

Jadi - berhati-hatilah ketika menulis. Setiap blogger terdedah dengan membuka rahsia hidupnya kepada orang lain yang tidak diketahuinya. Orang boleh tahu siapa diri anda, sedangkan anda tidak tahu diri mereka. Ini telah aku ulas dalam satu kaedah di sini lama dahulu. Jangan menulis sewenang-wenangnya. Jangan hanya anggap hanya rakan dan saudara mara anda membaca blog anda.

Jangan menulis dengan patah yang buruk, lucah, kasar dan tidak bermoral. Ia akan menyebabkan orang melihat anda dengan imej yang tidak baik. Anda mungkin bukan orang baik - tetapi dengan menulis secara baik - sekurang-kurangnya orang tidak melihat anda dengan cara yang buruk.

Adalah lebih baik kalau anda menulis sesuatu yang memberi manfaat, sekalipun hanya memberitahu orang lain bagaimana caranya merebus telur ayam.

2 comments:

ihsan_huhu said...

lepas nih blog aku akan penuh dgn hadis2 nabi

zarzh said...

Benar nasihat sdr, saya setuju. Kata orang, tak sengaja terbuka aurat tidak apa tetapi sengaja membuka aurat adalah berdosa dan suatu kebodohan.

Sebegitulah mereka yang mencuba tetapi tersilap tiada masaalah berbanding mereka yang sengaja mendedahkan kesilapannya seperti sengaja mencarut, kasar dan lain-lain yang menampakkan primitifnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails