Yang Ikut

Thursday, 18 March 2010

Ini nota sedih yang memilukan

Reactions: 
Kita selalu mendengar kisah orang menulis nota cinta dalam botol, dan kemudiannya dicampak ke laut. Dengan harapan nota cinta itu akan sampai. Ada nota yang sampai, ada yang tidak. Ada yang berjaya, dan ada yang gagal.

Ada satu kisah benar bagi hal ini. Ia tercatat dalam buku psikologi.

Tahun 1971 - seorang lelaki telah menuliskan nota cintanya, lalu memasukkan ke dalam botol. Ia dicampakkan ke Lautan Pacific di antara Seattle dan Hawaii. Sepuluh tahun kemudiannya botol itu ditemui di pantai Guam. Notanya berbunyi begini?

If by the time this letter reaches you, I am old and gray, I know that our love will be as fresh as it is today.
It make a week or it may take years for this note to find you...If this should never reach you, it still be written in my heart that I will go to extreme means to prove my love for you.
Your husband, Bob.

Wanita yang tercatat namanya dalam nota itu akhirnya berjaya dihubungi oleh seseorang menerusi telefon. Nota itu dibacakan kepadanya.

Apa reaksi wanita tadi?

Wanita itu ketawa besar. Dengan marah, wanita itu akhirnya berkata: "We're divorced", lalu menghentakkan telefonnya.

Begitulah tragisnya sebuah hubungan. Tidak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. Tidak semua cinta perlu bertepuk kedua belah tangan. Ada yang berakhir di lautan.

5 comments:

azharjaafar said...

Ada jugak orang buang saka dalam botol..

aishah_conteng_je said...

tiba2 rasa macam nak tulis surat cinta macam tu..

WanBeruas said...

..dan cinta tak semestinya bersatu...bro gua suka lu punya blog..salam..

ismadiyusuf said...

jika ingin dicintai, cintailah dulu orang...

Muhammad Teja said...

kasihan lelaki ni.

cintanya mendalam, tetapi tidak mahu diselami si isteri.

lantas, dibotolkan 'cintanya' itu, untuk membuktikan pada lautan, betapa luas hatinya.

inilah nasib lelaki, yang jarang-jarang orang ketahui.

mencintai, namun tepuk sebelah, tak berbunyi.


:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails