Yang Ikut

Tuesday, 30 March 2010

Nota fikir sesudah maghrib

Reactions: 
Tanya Datuk A Samad Said:
'...mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?'. Ia dipetik dari sini.

Melayu terancam kerana kita tidak lagi mempunyai pejuang yang tulen. Tidak ada lagi golongan budayawan dan seniman yang memacu gerak perjuangan bangsa. Tidak ada lagi golongan guru yang menjadi nadi perjuangan. Tidak ada lagi golongan marhaen yang tulus menyatakan hasrat.

Lihatlah di sekeliling anda. Tidak perlu lihat jauh-jauh. Lihat di kampung anda.

Para kontraktor, pemodal dan peniaga itulah yang menjadi manusia politik - yang kemudiannya melaungkan kata keramat perjuangan bangsa. Politik telah dibungkuskan bersama dengan berahi untuk cepat kaya dalam dunia yang sementara ini.

Sebab itu kita selalu mendengar ungkapan: "Nak kaya masuk politik". Tidak ada lagi orang berkata: "Kita berpolitik untuk memajukan bangsa'.

Ia kini menjadi trend penggiat politik dari semua parti.

Ada hal yang perlu diperbaiki. Ada yang boleh kita perbetulkan. Ada juga yang patut kita tinggalkan. Kalau tidak, ia boleh merosakkan kita.

Kasihan kita. Kita mungkin terancam. Kita juga mungkin tidak terancam.

Siapa mengancam siapa.

1 comment:

ismadiyusuf said...

pejuang tulen ada di mana-mana...cuma kita tak mengangkat si pejuang tulen itu..kerana si pejuang tulen akan muncul bila keadaan tak tulen lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails