Yang Ikut

Sunday, 1 November 2009

Warna kulit apa lagi II

Reactions: 
Aku bukan ahli politik. Aku tidak ada cita-cita dalam politik. Tetapi, aku ada banyak kawan-kawan dalam politik. Banyak dari mereka yang ada jawatan dalam politik. Baik orang UMNO, baik orang PAS. Tetapi, aku melihat situasi politik orang Melayu pasca pilihanraya 2008 agak kucar kacir.

Dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah ada usaha untuk melahirkan satu masyarakat yang sama rata. Tiada lagi hal ketuanan bangsa Melayu. Semua orang sama sahaja. Sekali pandang, ia bagus. Ia mungkin meleburkan isu rasuah, kronisme dan monopoli.

Dalam Barisan Nasional - setiap hari ada desakan untuk melihat semula persoalan ketuanan bangsa Melayu. Ada yang cakap secara terbuka, ada yang cakap secara bisik-bisik. Bergantung kepada siapa yang bercakap, dan dengan khalayak mana mereka mengucap. Rasional hal ini mudah. Semua ini bagi membolehkan mereka menyaingi Pakatan Rakyat yang sedang sibuk dengan isu ketuanan rakyat.

Aku lihat ini masalah besar. Sebab aku orang Melayu yang susah. Sebab aku anak kampung.

Kita diminta untuk memberikan tumpuan berdasarkan prestasi. PRESTASI. Ingat ayat ini.

Cuma aku selalu membayangkan begini. Anda sedang menaiki kereta Ferrari. Aku pula sedang menaiki kereta Kancil. Itu pun kereta yang dipinjam. Kemudian, tiba-tiba orang meminta agar penilaian kejayaan perlumbaan 100 kilometer hendaklah dilakukan dengan melihat siapa yang sampai dahulu. Ini mustahil. Sampai kiamat pun aku kalah. Aku cuma memandu kereta Kancil.

Aku setuju dengan persoalan ketuanan rakyat atau persamaan hak. Semua orang diberikan peluang sama rata. Tidak ada yang tertindas. Tidak ada yang menindas. Tiada yang kecil, tiada yang besar.

Tetapi, kalau begitu aku minta kita berpatah balik dari mula. Dari kosong. Semua kekayaan dibahagi sama rata. Semua orang ada kuasa beli yang sama rata. Populasi masyarakat yang hidup di bandar dan desa sama banyak bagi setiap bangsa. Pemilikan ekuiti perniagaan dan ekonomi juga sama banyak. Semua orang diminta memasuki satu sistem pendidikan yang sama. Jadi, setiap orang ada keupayaan, kekayaan dan kemahiran yang sama. Semua orang bertanding di padang yang sama rata.

Dalam kata lain, kalau kita ingin menilai perlumbaan, semua orang diberi kereta sama jenis, sama kuasa kudanya, petrol jenis yang sama dan bertarung di litar yang sama. Jadi, dengan cara ini mudah untuk kita lihat siapa yang berprestasi atau tidak. Jadi, tidak ada lagi perlumbaan di antara kereta Kancil dengan Ferrari. Sekarang ini, yang berlaku mungkin teruk lagi. Mungkin antara pejalan kaki dengan pesawat Concorde.

Untuk melaksanakan ini, semua orang sanggup berkorban. Yang kaya sanggup memulangkan hartanya kepada negara untuk diagih-agihkan agar semua orang menikmati taraf hidup yang sama. Untuk melaksanakan ini, setiap orang perlu sanggup merasakan penderitaan yang dihadapi oleh orang lain.

Setuju?

Tentu tidak. Ia mustahil. Kalau begitu jangan hanya bercakap isu sama rata, kalau kita juga tidak sanggup untuk menjadi sama rata. Kalau begitu, apa salahnya kita memberikan sedikit keistimewaan untuk bangsa yang bersawo matang itu yang sebenarnya telah berkorban lebih awal lagi - sejak sebelum merdeka lagi.

5 comments:

speedrider said...

Buat masa sekarang, apa yang kita nampak

Melayu - Kuasa
Cina - Ekonomi
India - Ekonomi

1. Adakah kaum lain sanggup berikan sedikit pegangan ekonomi kepada Melayu?

2. Kuasa, Melayu telah berkorban buat sekian lama di Pulau Pinang dengan memberi kuasa sedikit kepada Gerakan di Pulau Pinang walaupun UMNO mempunyai majoriti kerusi (dulu, bukan masa sekarang)

3. Kuasa, adakah orang Melayu bersedia untuk memberikan jawatan tertinggi negara kepada bukan Melayu? Jawapan aku....
YA JIKA BELIAU ISLAM, TIDAK SAMA SEKALI KALAU DIA BUKAN ISLAM.

ziarah76 said...

fakir,
I think U hv very good point here.
aku pun org susah (dari keluarga org susah).
The reality is, political parties are now racing damn hard to gain support after last gen election. And they willing to do whatever its takes . The danger is that when they easily sacrifice what belong to malay/muslim.
Regardless the fact that, we can't compare apple with lemon, as we can't let ferrari race the kancil. It's absolutely unfair.
So, i agree with u.

FakirFikir said...

Speedrider & Ziarah76,
Doesnt matter which political parties we are supported, but we need to think Malay future.Kadang-kadang game politic ini bahaya juga, as they try to ploy everything. Bila balik kampung dan tengok anak bangsa kita, kadang-kadang kita sedih. Ada yang tingkatan 3 dah berhenti sekolah. Ada yang hanya kerja tebang pokok bakau. So, macam mana kita nak bersaing?

Kita tidak sebijak orang lain yang berpecah untuk bersatu, tetapi kita bersatu untuk berpecah.

Abang Ben said...

Aku pening bab politik ni tu malas nak komen. Dulu pernah involved la kejap. Sekarang bagi kat orang berkelayakan je la, macam hang. Aku join nanti buat makin serabut je hahaha...

Kalau aku senang je. Bubar PAS. Semua Melayu Islam masuk UMNO. Nak bergaduh/bertekak semua dalam UMNO. Tapi bila ada anasir luar jahat dok ganggu, maka bersatu suara+tenaga untuk hapuskan anasir tu. Takde la jadi macam sekarang ni. Semua benda nak bertekak. Last2 sendiri rugi, baik UMNO maupun PAS.

Tapi model Australia ni nampak macam cantik. Orang tak cukup belanja, ada bantuan kerajaan yang komprehensif. Tak boleh masuk Uni, boleh masuk Tafe yang melambak2 dok ada. Everyone survives here. Mungkin hang boleh komen bab ni pulak.

ihsan_huhu said...

bahagi sama rata tuh dh macam communisme dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails