Semalam berakhirlah satu fasa survey di seluruh negeri Selangor. Jumlah keseluruhan hampir 650 orang. Sama ada orang Malaysia stres atau tidak, marah atau murung - semuanya akan terjawab selepas ini. Buat masa sekarang data itu masih di Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak. Ann, Su, Melati dan Amiruddin yang membantu menjalankan kerja-kerja survey sejak 2 bulan lalu. Penghargaan khusus kepada Maizatul kerana menjadi kordinator untuk survey ini. Juga buat Bro Zainol yang tolong menjadi agen transfer wang.
Kos keseluruhan untuk upah sahaja RM 9,750. Belum termasuk kos photostat, petrol, pentadbiran dan juga pos semua soalselidik tersebut dari Malaysia ke Australia. Aku jangkakan kos tersebut akan lebih dari RM 14,000. Rupanya besar juga biaya untuk melakukan survey. Itu baru kos sekali survey. Survey selanjutnya ialah pada Januari 2010. Itu belum termasuk kos untuk 3 kali kajian lain yang aku buat di Malaysia sebelum ini.
Sebab belanjanya besar, dan semuanya adalah sukar - mungkin sebab itulah orang yang ada PhD terasa diri mereka begitu pandai! Ia mungkin bagi mewajarkan wang yang telah dihabiskan dalam kajian.
Aku ada wang sebanyak itu? Jangan bimbang - aku memang pakar dalam membuat hutang!
6 comments:
terima kasih diucapkan kepada abg awang kerana memberi kami peluang meneroka negeri selangor yang sememangnya mencabar seperti dikejar anjing, masuk hutan untuk ke estet, & menyemai padi di sawah. tapi 3 kali g kuala selangor aku x dapat2 lg tgk kelip2 T_T
dan juga yg paling ptg, thanx yer untuk duit raya =D ader gak jupe lecturer2 uitm n bbdk master um tolong jwb survey. yg pnah study kat oz pon ada.apepun misi utama aku mencari jodoh gagal. nex survey roger2 la kitrg yer :p
TK utk semua yg membantu. Bagus juga, selama ini dok ronda Adelaide sahaja. Sesekali belajar kenal bumi sendiri. Sebelum ni cuma tahu keramahan anjing Australia, kini baru tau betapa ramahnya anjing-anjing di Malaysia :)
Ok, nanti bulan pertama January mula lagi. Gaji akan masuk sebelum raya AidilAdha - Insyaallah.
haha.. gle cover jauh2 pon still gagal mencarik jodoh.
hahahaha
aku ada idea cam mana nak membanyakkan duit..
jom kita juai corell..haha..aku seriuss ni..
siol ihsan. taste aku tggi sgt kot
chah -- nanti aku aku pikiaq. Nak pos tu yg payah
Ihsan & N -- jangan bergaduh. Ambik je N tu...hi hi
Post a Comment