Yang Ikut

Sunday, 1 November 2009

Warna kulit apa lagi?

Reactions: 
Ketua Wanita Gerakan dipetik menyarankan agar gagasan 1Malaysia adalah berdasarkan kelayakan, dan bukan warna kulit. Ini boleh dibaca di Malaysiakini. Jika tidak, besar kemungkinan Barisan Nasional akan kalah lagi pilihanraya akan datang.

Kalau orang tanya aku, aku tidak pernah akan setuju dengan pandangan ini. Aku bias bangsa. Aku tidak pernah akan setuju dengan pandangan mengaitkan meritokrasi. Aku tidak kisah kalau kalah pilihanraya, tetapi bangsa Melayu tetap mempunyai keistimewaan di buminya sendiri. Aku tidak kisah dengan pilihanraya, kerana aku yang penting ialah perjuangan untuk bangsa dan agama, bukan untuk pilihanraya. Itulah asas pandangan aku yang selalu bias, rasis dan anti klimaks.

Tidak guna menang besar dalam pilihanraya, kalau kita hilang semuanya. Biar kalah pilihanraya, tetapi kita menang semuanya.

Gerakan sendiri sebenarnya tidak layak untuk memberikan pandangannya dalam hal ini. Ia kalah besar dalam pilihanraya lalu. Tidak perlulah ingin menjadi juara dalam keadaan ia sendiri gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Aku lihat inilah masalah besar di negara kita. Orang Melayu yang sering diminta berkorban itu dan ini. Orang Melayu diminta beri itu dan ini, sebagai kononnya itulah landasan sebenar kemakmuran Malaysia.

Kalau begitu, anda di pihak lain juga mesti sanggup berkorban. Jangan mengawal ekuiti negara. Jangan kawal industri simen dan besi. Jangan kawal industri beras. Jangan kawal industri percetakan. Jangan kawal industri pembekalan. Jangan kawal industri peruncitan. Jangan kawal semua. Berkorbanlah sedikit. Jangan kawal Fakulti Perubatan.

Tidak ada pula suara begitu. Asyik-asyik orang Melayu diminta berkorban.

Sebenarnya orang Melayu tidak ada apa pun yang dikawalnya. Yang dapat projek pun, hanya atas kertas sahaja. Semua barang beli dari orang lain. Kuli tukang bancuh simen dan ikat besi sahaja orang Melayu.

Dalam pentadbiran awam pun, memang sepertinya banyak orang Melayu. Tetapi segala jenis pembekal bukan orang Melayu pun.

Jadi - apa lagi hendak dikorbankan. Warna kulit siapa yang harus kita minta samakan?

Kawan-kawan aku yang jadi exco dalam UMNO dan juga PAS, harap berhati-hati dalam isu ini. Jangan dalam Barisan Nasional kerana 1Malaysia, kita nak kesamarataan hak, dalam Pakatan - kita nak kesamarataan bangsa - maka orang Melayu ada apa lagi?

3 comments:

speedrider said...

I'll take ur last paragraph as a self reminder. Tapi benda tu cukup susah bila aku seorang.

Dan aku setuju dengan pendapat Gerakan tak layak nak berikan pandangan tu.

mangkuk statik said...

Benar Fakir. Aku sokong 100%.

FakirFikir said...

Speedrider and Mangkuk statik, aku akan ulas lagi. Ia bukan kerana hampa setuju dengan hal ini. Hanya kerana aku tidak setuju dengan hal itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails