Yang Ikut

Wednesday, 11 November 2009

Beza lelaki dan wanita

Reactions: 
Ihsan bertanya: Apsal la pompuan nih biasenye lambat gle pikap esp bile kite buat lawak ke perli2 ke. Walaupon diorg nih berfikiran puitis tahap tinggi n suka sajak2? Adakah lelaki lebih hebat dlm bab2 puitis2 nih tp xsuke express? (ayat asal tanpa diedit tatabahasa)

**********************************************************************************
Aku tidak bercadang untuk menjawab soalan Ihsan. Aku cuma sekadar berkongsi pengetahuan.

Adakah lelaki dan wanita berbeza? Itu soalan yang selalu timbul dalam buku psikologi sosial dan personaliti. Jawapan yang dominan - ya.

Sejak dilahirkan lelaki dan wanita sudah berbeza biologinya. Maka berkatalah Douglas Kenrick, seorang ahli psikologi evolusi - 'we cannot change the evolutionary of our species, and some of the differences between us are undoubtedly a function of history'. Sebenarnya itulah hakikat kejadian manusia. Lelaki secara relatifnya lebih gagah dibanding wanita, sebaliknya wanita akan lebih lemah lembut. Semua ini ada hikmahnya. Lelaki menjaga keluarga, wanita melahir dan membesarkan anak. Cuba bayangkan wanita bertubuh sasa melahirkan anak, dan lelaki lemah lembut pula menjadi suami. Tentu sukar dibayangkan.

Adakah hal ini sama sahaja di seluruh dunia. Kajian ke atas 37 budaya manusia, merentas hampir seluruh dunia - dengan sampel 10,000 manusia - mendapati lelaki akan tertarik dengan wanita yang cantik dan berwajah muda. Wanita pula cenderung untuk lelaki yang gagah, dan mampu menyediakan sumber bagi menjaga wanita.

Bagaimana pun - ada hal yang sama - lelaki dan wanita tetap mengimpikan cinta, kasih sayang dan hubungan mesra. Ini tidak ada bezanya dalam apa budaya sekalipun.

Lelaki juga cemburu kalau pasangan wanitanya bermain kayu tiga dengan lelaki lain. Wanita pula tidak suka kalau pasangan lelakinya ada hubungan bersifat emosi dengan wanita lain. Semua ini berasaskan kepada sejarah evolusi manusia yang membentuk lelaki sebagai penjaga keluarga, dan wanita pula akan bergantung kepada apa yang boleh diberikan oleh lelaki.

Apa lagi beza antara lelaki dan wanita? Lelaki dalam apa budaya pun akan cenderung mengahwini wanita yang lebih muda. Semakin tua lelaki itu, semakin mereka mengimpikan wanita yang lebih muda dengan beza umur yang besar. (Jadi, tidaklah boleh dikatakan lelaki tua yang mengahwini gadis muda sebagai 'miang keladi', kerana ia nampaknya trend seluruh dunia dan semua budaya!). Wanita pula - hanya mengharapkan lelaki yang umurnya tidak begitu ketara dengan mereka, walaupun mereka juga mengharapkan lelaki yang lebih tua berbanding mereka. Bagaimana pun, wanita kurang tertarik dengan lelaki muda.

Hal ini kemudiannya diwariskan dari satu generasi kepada satu generasi - dalam garis budaya. Budaya inilah yang memperteguhkan perbezaan di antara lelaki dan wanita.

Wanita dalam kebanyakan hal mungkin tidak pernah akan sama sifatnya dengan lelaki. Lelaki dikatakan akan cenderung untuk bersifat individu dan berdikari. Sebaliknya wanita pula lebih 'collective' dan 'connected'. Kajian-kajian makmal mendapati lelaki cenderung untuk yakin kepada diri sendiri berbanding dengan wanita. Wanita pula didapati lebih mudah mengingat perkataan atau manusia yang ada hubungannya dengan kehidupan mereka. Semua ini dibincangkan dalam konteks 'self-schemas'. Anda boleh menggoogle untuk melihat apa yang dimaksudkan dengan konsep ini.

Menjawab soalan Ihsan - sama ada lelaki dan wanita akan selalu berbeza. Bagaimana pun untuk dikatakan wanita lebih puitis, mungkin juga tidak. Wanita mungkin lebih emosinya - menjadikan mereka kelihatan lebih puitis. Lelaki pula tidak boleh dikatakan tidak pandai meluahkan hal-hal bersifat seni - kerana banyak pemenang Nobel Kesusasteraan juga adalah lelaki. Di Malaysia - banyak sasterawan negara adalah lelaki.

6 comments:

ihsan_huhu said...

hahaha.. random gle soklan aku

thanks sbb jawab gk.

zarzh said...

Suatu penerangan yang baik, TQ


Suatu kajian diEropah menyatakan wanita lebih menggunakan imiginasi manakala lelaki pula mathematik... tak tahu pula saya benar tak benar sebab orang rumah saya lagi cekap jaga duit dan kira-kira berbanding dengan saya ni, kalau ada sekupang dalam poket pun masih nak diperhabiskan.

FakirFikir said...

Ihsan - ingat, cari gadis muda!

Zarzh - nanti kita buka buku lagi! Kita tengok apa yang patut. Setahu saya orang lelaki kena cari duit, orang perempuan patut belanja duit! kalau tak, habis tutup kedai kat Jalan Masjid India.

mangkuk statik said...

"Adakah lelaki lebih hebat dlm bab2 puitis2 nih tp xsuke express?...ihsan huhu2009
--> lu jiwang karat beb! Ngaku jelah sebenarnya kau nak tanya fakir fikir camner nak luahkan perasaan kpd awek sebenarnya. Wa sudah bole baca la bro!!
wakakakkaka

FakirFikir said...

Haha ..hang lagi hebat Azam..nanti kita ajar dia macam nak luahkan puisi untuk gadis Adelaide...

ihsan_huhu said...

brader mangkok, aku bab2 ayat awek nih dh ckop power dh. xpayah pkai ayat jiwang2 cam ko.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails